“Oksigen Tinggal 40 Peratus,” – Shuib Kongsi Keadaan Siti Sarah

Share

“Saya baru dimaklumkan oleh doktor yang keadaan Sarah tidak okey,” itu kata suami Siti Sarah, Shuib mengenai keadaan terkini isterinya yang kini mendapatkan rawatandi unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Menurut Shuib sebelum sesi bacaan Yaasin yang dilakukan secara virtual sebentar tadi, tahap oksigen Sarah kini menurun kepada 40 peratus.

“Sebelum saya masuk sesi siaran langsung ni, doktor baru saja menghubungi saya memaklumkan keadaan Sarah sangat tidak baik.

“Dia punya oksigen tinggal 40 peratus. Doktor sedang berusaha sebaik mungkin,” katanya.

Bekas penyampai radio itu pada masa sama turut dilihat gagal menahan air mata daripada terus mengalir dan meminta agar majlis bacaan Yassin dimulakan dengan segera supaya dapat mendoakan isteri tercintanya.

Bacaan Yassin dan doa itu diketuai oleh Uztaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman bersama lebih 900 orang terdiri dari rakan artis, media dan peminat.

Semalam, Shuib memaklumkan keadaan penyanyi berkenaan yang ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama.

Katanya, terus sama-sama kita mendoakan semoga Sarah berada dalam keadaan normal dan diberikan kesembuhan secepat mungkin.

Published by
MH