Pelakon Oktovia Manrose mencoretkan dedikasi buat bapa tersayang, bekas penyanyi dangdut Iwan yang menjadi antara sebab dia kini mahu menjadi Muslimah yang lebih baik.
Oktovia menerusi Instagram menjelaskan, dia juga kini lebih memahami akan tujuan hidup di dunia sekaligus mahu memperbanyakkan amalam sebagai bekalan.
“Berkat doa dan istiqamah seorang bapa. Mujahadah sendirian untuk menebus kekhilafan dulu. Usahanya sangat terasa. MasyaAllah dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah. Tiada apa yang lebih beruntung dari nikmat iman dan islam yang Allah beri sekarang.
“Allah bagi rasa. Allah bagi faham. MasyaAllah sangat luar biasa. Hari berlalu, makin kuat rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW. Semakin faham apa maksud dan tujuan hidup.
“Dunia adalah ujian semata-mata untuk kita mengumpulkan saham di akhirat. Yang pasti kehidupan selepas dunia adalah lebih dahsyat. Umur di dunia sangatlah singkat berbanding beratus ribu tahun di akhirat lamanya Nauzubillahminzalik.
“Tersangatlah rugi kalau mensia-sia diri dengan kemungkaran. Dunia ni bukan kehidupan abadi, tapi kehidupan bermula selepas kematian. Itulah hakikat kehidupan yang sebenarnya,” tulisnya.
View this post on Instagram
Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga mengakui sebelum ini dia bertanya sama ada sempat atau tidak untuk dia berubah ke jalan kebaikan.
“Dulu pernah bertanya pada diri sempatkah aku? Allah terima ke aku? Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dan percaya bahawa Allah akan terima setiap doa umatNya yang benar benar ikhlas. InsyaAllah.
“Perlahan-lahan mendidik diri untuk mendapat redha Allah. Bukan saja dari banyaknya ibadah kita lakukan seharian, tapi dari istiqomah dalam melakukan kewajipan kita pada Allah SWT. Alhamdulillah Allah dengan sifat Ar- Rahman, Ar- Rahim dan Al- ghofur, Allah bagi peluang.
“Satu persatu perubahan dalam diri, MasyaAllah. Bersyukur. Semuanya asbab usaha niat ikhlas dan doa seorang bapa yang soleh. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa merahmatimu wahai Ayahandaku Iwan Syahman.
“Semoga saya, ahli keluarga, sahabat sahabat yang dikasihi istiqomah dan mendapat pengakhiran khusnul khotimah,” titipnya lagi.
View this post on Instagram
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI