Bintang terkenal Hollywood, Olivia Newton-John meninggal dunia pada usia 73 tahun selepas lebih 30 tahun bertarung dengan kanser payudara. Selain terkenal sebagai penyanyi, mendiang turut  mencipta aura bintang menerusi watak Sandy dalam filem Grease.

Menurut kenyataan suaminya, John Easterling, yang disiarkan di akaun media sosial rasmi bintang itu. Mendiang Olivia meninggal dunia di rumah ladangnya yang terletak di California Selatan pagi ini dan dikelilingi oleh keluarga dan rakan baik.

Penghibur itu memiliki kerjaya yang menjangkau lebih lima dekad sejak usianya diawal 20an lagi. Selain mendedikasikan masanya dalam dunia seni. Dia turut meluangkan banyak masa berbakti untuk badan amal selepas pertama kali didiagnosis dengan kanser payudara pada 1992.

Ads
Olivia Newton-John Meninggal Dunia Selepas 30 Tahun Bertarung Dengan Kanser Payudara
Olivia bersama suaminya, John Easterling.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hati Kami Hancur, Dia Merupakan Dunia Kami,” – Tom Parker Meninggal Dunia Akibat Kanser Otak, Isteri Umum Berita Kematian

Sepanjang 30 tahun bergelut penyakit tersebut, penyanyi itu mendedahkan pada September 2018 bahawa dia merawat kanser di pangkal tulang belakangnya. Ia adalah diagnosis kanser ketiganya, selepas serangan kanser payudara kali kedua pada 2017.

Ads

Bintang kelahiran Britain dan dibesarkan di Australia itu mendedikasikan beberapa album dan konsert untuk mengumpul dana bagi penyelidikan dan pengesanan awal penyakit itu, termasuk pembinaan pusat kesihatan yang dinamakan sempena namanya di rumah angkatnya Melbourne.

Mendiang meninggalkan seorang cahaya mata, Chloe Lattanzi yang juga seorang penyanyi dan pelakon.

Ads

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI