Semalam, penyanyi, Ernie Zakri telah pun menyambut hari kelahirannya yang ke-28 tahun.

Apa yang menariknya, hari berbahagia tersebut turut diserikan lagi dengan kejutan daripada rakan artis, Syamel.

Menurut Ernie, dia amat terharu dengan kejutan tersebut sehingga tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah dengan izin Allah, Kak Ninie dah berumur 28 tahun! Syukur syukur.

“Thank you Bang Mel berjaya membuat air mata Kak Ninie tumpah sampai blusher pun hilang.

Ads

“Bang Mel suruh posing tak nampak macam 28, pose pose tu jelah saya boleh fikirkan,” katanya.

Melihat pada foto-foto yang dikongsikan di laman Instagram, susun atur meja yang telah digubah oleh Syamel dilihat sangat romantis apabila sarat dipenuhi dengan lilin, kelopak bunga ros dan juga belon berbentuk hati.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ku Bersuara itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraannya.

“Thank you so much juga diatas doa doa kalian. Maaf yang mana tidak sempat untuk saya balas dan baca.

Ads

“Moga Allah makbulkan doa doa kita semua. Kak Ninie juga doakan yang baik baik untuk semua!

“#28Dah Abaikan lagu last tu okay,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tidak putus-putus menitipkan ucapan selain turut memuji usaha Syamel yang dikatakan sangat comel dan ‘sweet’ itu.

“Omey…Kahwin Cepat,”- Sampai Tumpah Air Mata Mata ‘Birthday Girl’, Syamel Sambut Hari Jadinya “Omey…Kahwin Cepat,”- Sampai Tumpah Air Mata Mata ‘Birthday Girl’, Syamel Sambut Hari Jadinya

Ads

Foto yang sama turut dimuat naik oleh Syamel menerusi akaun Instagram miliknya.

“Happy 28th birthday Kak Ninie Ernie Zakri!

“Jom doakan Kak Ninie di ruangan comment ini cepat,” tulisnya.

Sumber: Instagram Ernie Zakri & Syamel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI