Satu perkongsian foto dari pelakon, Mimi Lana mencuri perhatian wargamaya hari ini.
Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin dilihat mengenakan persalinan hitam lengkap tangan yang cantik dilukis inai.
“Life is short, make every mehndi count! Have a wonderful weekend everyone,” tulisnya sebagai kapsyen.
Meski tidak memperincikan mengenai majlis siapa yang berlangsung, namun rakan artis serta peminat memberikan reaksi pelbagai terhadap perkongsian berkenaan.
Masing-masing memberikan ucapan tahiah dan mendoakan yang terbaik buatnya bersama teman, pelakon Syafiq Kyle.
“Yeay finally. Alhamdulillah congrats Mimi,” tulis seorang peminat.
“No no no jangan cakap dah nak kahwin,” kongsi peminat lainnya pada ruangan komen.
“OMG finally! Semoga semuanya dipermudahkan love,” ucap seorang peminat.
“Tahniah Mimi & Capik,” ucap peminat lain.
“Seriuslah, betul ke Mimi bakal berkahwin?,” tanya peminat.
Sehingga kini, foto yang baru sahaja dimuat naik itu sudah pun mendapat lebih 20,000 tanda suka.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macam-Macam Dugaan Kami Terpaksa Hadapi,” – Drama Scammer Tamat, Arash Mohamad Terharu Raih Kata Positif
Setelah bersiaran selama 20 episod, akhirnya drama Scammer telah pun melabuhkan tirainya.
Menerusi Instagram, pelakon senior, Arash Muhammad yang juga merupakan peneraju utama drama tersebut dilihat ada menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak henti-hentikan menyokong karya tersebut.
Jelas Arash, sepanjang menjayakan drama itu, dia m menerima pelbagai reaksi positif terutamanya perihal gaya lakonannya yang disifatkan berbeza daripada watak-wataknya sebelum ini.
“Assallamualaikum… SCAMMER dah tamat semalam. Jutaan terima kasih pada semua yang menonton dan tak putus-putus support citer ni.
“Banyak komen-komen yang saya personally terima dan kebanyakkan adalah komen-komen yang positif.
“Syukur alhamdulillah. Kami team SCAMMER sebenarnya amat-amah terharu dengan feedback yang kami terima.
“Tq pada semua yang terlibat dari big boss @radiusone_official hinggalah ke handyman kami yang sentiasa siap siaga menyediakan makan minum kami.
“Korang memang awesome!!! Inshaa Allah, ada rezeki kita jumpa lagi Di karya yang lain,” tulisnya.
Dalam pada itu, Arash turut menitipkan ucapan terima kasih kepada pengarah, kerana menghasilkan naskah yang sangat baik dan dekat di sisi masyarakat.
“Kalau korang nak tahu siapa pengarah yang telah menjadikan SCAMMER ni satu naskah yang lain dari yang lain, tgk foto poster SCAMMER kat sebelah ni.
“Yg Di sebelah kanan sekali sebelah foto Leon @brianchanyh Itulah pengarah kami, Mr. Labu! You have done a great job, brother,” jelasnya lagi.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Arash yang membawa watak sebagai Razman itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Arash turut mendedahkan meskipun mereka berdepan dengan pelbagai kesukaran sewaktu sesi pengambaran, namun, dia tetap meluahkan rasa syukur kerana segalanya telah pun dipermudahkan.
“Syukur Alhamdulillah… bukan sekadar drama tapi sebagai pengajaran jugak! Berbaloi rasanya bila flashback balik waktu shooting citer ni. Dengan macam-macam dugaan kami terpaksa hadapi disebabkan PKPP.
“Dugaan dengan cuaca panas di bulan Ramadhan. Tapi kami satu team gagah jugak menghadapi semuanya dan inilah hasilnya. Alhamdulillah… Tq guys!!! Sebab support hasil kerja2 kami.
“Tq team @radiusone_official kerana ‘pecah kapla’ utk menghasilkan naskah yg baik ini utk kami share bersama. Keep up the excellent work!!! Ada rezeki kita team up again,” akhirinya.
Sumber: Instagram Arash Mohamad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dengan Bismillah, Selawat…Terangkan Hal Sebenar,” – Shuib Cerita Suasana Hening Maklum Pada Anak Ibu Sudah Tiada
Pelawak dan bekas penyampai radio, Shuib berkongsi suasana syahdu ketika mahu memberitahu hal sebenar kepada ketiga-tiga anaknya berkenaan pemergiaan ibu mereka ke Rahmatullah, Siti Sarah Raissuddin akibat Covid-19, pagi Isnin.
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di dalam Instagram milik Allahyarham, Shuib mendedahkan anak-anaknya iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin serba sedikit sudah maklum mengenai keadaan ibu mereka menerusi media sosial.
Malah, ada di antara mereka yang bersama mengapa cakap ibu arwah sedangkan setahu mereka, arwah masih dalam keadaan koma.
“Sebenarnya, anak-anak dah nampak di Youtube pasal ibu mereka, Siti Sarah. Siap tanya penjaga kenapa cakap ibu arwah, ibu kan koma je. Lepastu diorang tanya lagi kenapa ada video “Anak-anak tidak tahu ibunya telah tiada”.
“Ya Allah beratnya hati kami, akhirnya dengan lafaz bismillah, selawat, daddy terangkan hal sebenar dengan tenang. Anak-anak menangis, mengharapkan ibu balik, rindukan ibu,” tulis Shuib.
Dia pada masa sama turut mendoakan agar anak-anak mereka membesar sebagai anak soleh.
“Uwais, Talita, Matin & Ayash, jadilah anak yang soleh & solehah, rajin solat, pandai mengaji Al-Quran, selalu bersedekah dan dengar cakap daddy & family.
“Kita hanya berpisah di dunia, bertemu kembali di Syurga,” tulisnya lagi.
Sementata itu, Shuib di dalam video berkenaan antara lain turut menerangkan bahawa Allah SWT lebih sayangkan ibu mereka.
“Anak-anak daddy yang buat yang paling baik. Dah mendoakan ibu, sembahyah hari-hari. Cuma, Allah lebih sayangkan ibu. Jadi daddy nak, anak-anak daddy dengar cakap semua.
“Allah sayang sangat dengan ibu sebab semua Allah punya. Daddy sudah ‘minta’ dengan Allah supaya pulangkan ibu. Tapi Allah lebih sayangkan ibu sebab ibu baik. Tapi tak apa daddy ada,” katanya sambil memeluk ketiga mereka.
Perkongsian penuh sebak itu dihujani dengan pelbagai komen netizen yang sama-sama tumpang simpati lalu menitipkan doa buat arwah dan keluarga.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bersyukur Dapat Jaga Dia, Basuh Najis & Mandikan Dia,”- Kisah Aizat Amdan Sama Arwah Bapa
Penyanyi dan penulis lagu, Aizat Amdan mengakui jarang meluangkan masa bersama arwah bapanya kerana sibuk dengan tuntutan kerja.
Bagaimanapun, dia tetap berasa syukur kerana Allah masih memberinya peluang untuk menjaga bapanya itu sepanjang setahun terlantar sakit akibat angin ahmar.
“Saya mengaku saya memang jarang sangat luangkan masa dengan ayah saya selalu. Saya dulu takut dengan ayah saya ada jarak antara kami. Ayah saya seorang yang agak garang dan tegas.
“Tapi alhamdulillah tuhan telah berikan saya masa dalam satu tahun itu dia terkena stroke dan terlantar di atas katil. Saya kena jaga dia macam mana dia jaga saya sewaktu kecil. itulah doa yang sering kita baca dalam solat kita.
“Saya bersyukur saya dapat jaga dia, basuh najis dia dan mandikan dia. Bukan saya seorang sahaja tapi seluruh ahli keluarga saya,” katanya.
Aizat berkata demikian ketika ditemui di Pelancaran Video Muzik Angin Lalu & Mini Showcase Aizat Amdan di The Gardens Theater, Mid Valley pada Jumaat.
Tambah Aizat lagi, lagu Angin Lalu ini adalah luahan hatinya secara peribadi terhadap pemergian bapanya itu.
“Ini adalah luahan hati saya secara personal. Mungkin apabila ayah saya hilng tu, ramai orang yang betul-betul concern dan tersentuh.
“Kerana itu baru saya tahu impak ayah saya dengan orang lain,” katanya lagi.
Selain muzik video, lagu Angin Lalu ini turut disertakan dengan sebuah filem pendek yang sangat menyentuh hati dan ianya boleh ditonton di laman Youtube.
Terdahulu, Aizat turut menerima penghargaan daripada pihak Warner Music apabila lagu Sampai Ke Hari Tua menerima anugerah 4X Platinum.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI