
Tanda pagar popular bagi bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee bersama seorang lelaki warga asing iaitu #daddybarumatabiru cukup menarik perhatian netizen.
Misalnya menerusi entri terkini Arthur Rashid, ia menjadi tempat netizen meluahkan rasa.
Berkongsi sekeping foto bersama seorang wanita dengan kata-kata rindu, ia membuatkan netizen patah harapan untuk melihat bekas isteri Ally Iskandar itu bersuamikan lelaki berkenaan.
“Great seeing cantik perempuan ni in NYC after 6 years! ? #rindu #missuniverse”
View this post on InstagramGreat seeing cantik perempuan ni in NYC after 6 years! ? #rindu #missuniverse
A post shared by Arthur Rashid (@arthurmilroy) on
Farah dilihat turut sama meninggalkan komen berbentuk gurauan.
“Omma tak sedih, omma marah je…hahaha.”
Arthur dilihat turut membalas reaksi Farah.
Comel sungguh pasangan ini. Apapun, semoga Farah kekal bahagia dengan kehidupannya kini.
Foto – Instagram Arthur Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Hafidz Roshdi Stop Jual Biskut ‘Kayangan’, Nak Tutup Order & Fokus Produk Baru Pula

Selepas kisah pergolakan rumah tangganya hangat diperkatakan, isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri giat mengusahakan perniagaan jualan biskut yang diberi nama Shelup Shelup.
Terbaharu, selepas dua bulan mengusahakan produk berkenaan, Shuhada mengambil keputusan enggan lagi meneruskannya kerana ingin memberi laluan untuk dirinya meneroka bidang pasaran produk lain pula.
“Assalamualaikum semua. Patut Shu give up atau teruskan dengan benda baru?
“Semua tahu Shu launch Shelup Shelup sebelum puasa haritu. Shu start Shelup Shelup sebab Shu nak hidupkan impian Shu berdikari dan jadi orang hebat macam korang semua.. dalam masa yang sama Shu nak semua rasa keunikan idea makanan Shu.
“Tapi, bila start operation Shelup Shelup, Shu berhadapan dengan macam-macam ujian dan dugaan. Walaupun ini normal dalam dunia business, tapi Shu nampak, Shu kena simplify business Shu untuk bergerak lagi jauh dan untuk Shu upscale lagi.
“Shu nak tutup terus order Shelup Shelup dan nak fokus untuk R&D (research and development) product next Shu.
“Kiranya, lepas ni dah tiada dah Shelup Shelup Raya Box, Shelup Mini atau Shelup Single pouch. Shu nak move to a simpler yet very significant product,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga menulis kata-kata penghargaan buat semua pihak yang selama ini telah menyokong perniagaan yang dijalankannya bagi menampung kehidupannya serta anak-anak.
“Terima kasih di atas semua sokongan yang diberikan selama ini. Shu rasa dihargai sepanjang perjalanan Shelup Shelup,” tulis Shuhada lagi.
Terdahulu, produk biskut Shelup Shelup dikritik netizen apabila ramai menganggap harganya tidak masuk akal apabila dijual pada harga RM179.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Tengok Meja Penuh Dengan Makanan Mesti Terfikir…,” – Titip Anzalna Nasir; Kalau Ada Rezeki Lebih, Sedekah Ikhlas

Pelakon Anzalna Nasir sama-sama insafi diri sekaligus menitipkan harapan buat semua yang berkemampuan untuk menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan.
Menurut Anzalna, tiada salah untuk memberikan sumbangan andai ada rezeki lebih dan yang terbaik adalah menderma dengan seikhlas hati.
Bekas finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa ini menulis kapsyen tersebut menerusi Insta Story pada Selasa.
“Bila tengok meja makan penuh dengan makanan mesti terfikir akan mereka yang kurang bernasib baik. Dalam keadaan macam ni jangan lupa mereka yang memerlukan kita.
“Sekiranya ada rezeki lebih jangan lupa hulurkan. Jangan fikir content untuk sosial media sahaja!
”Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. InsyaAllah,” coret ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiket ‘Sold Out’, New Boyz Rancang Tambah 1 Hari Lagi; “Sejujurnya Saya Bimbang Juga Kalau…”

Penyanyi Tomok terharu dengan sambutan yang diberikan peminat kumpulan New Boyz apabila dalam tempoh 24 jam sahaja, sebanyak 3,000 tiket konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang habis terjual pada Selasa.
Konsert yang bakal diadakan selama dua hari di PJ Pac itu habis terjual dengan setiap satu malam memperuntukkan sebanyak 1,500 tiket.
“Alhamdulillah ya Allah. Saya sangat terharu dengan sokongan daripada semua peminat. Dalam masa 24 jam, 1,500 tiket untuk dua hari habis dijual.
“Perasaan saya sangat terharu… seakan tidak percaya. Terima kasih kepada peminat kerana masih ada menyokong perjalanan New Boyz.
“Saya sangat berbangga kerana tiket konsert New Boyz selama dua hari habis dijual dalam masa 24 jam,” katanya.
Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 38, berkata pada mulanya dia berasa gusar terhadap sambutan jualan tiket memandangkan kebanjiran konsert yang giat dijalankan sekarang termasuk penyanyi dari negara seberang.
Namun, dia bersyukur apabila semuanya berjalan lancar malah konsert itu berkemungkinan akan ditambah sehari lagi bagi memenuhi permintaan peminat yang kecewa tidak dapat membeli tiket.
“Sejujurnya saya bimbang juga takut kalau-kalau tiket tidak laku. Industri muzik negara baru sahaja hendak pulih selepas pandemik Covid-19. Banyak juga konsert penyanyi lain yang menunggu giliran.
“Tapi Alhamdulillah, masih ada lagi peminat yang menyokong New Boyz apabila kami mengumumkan bakal mengadakan konsert.
“Ada peminat mencadangkan supaya kami menambah satu hari lagi menjadi tiga hari. Insya-Allah kami dalam perancangan,” katanya lagi.
Konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang akan berlangsung pada 10 dan 11 Februari 2023 di Theatre PJ PAC, Bandar Utama.
Tiket dijual dari harga RM98 hingga RM358.
Selain Tomok, New Boyz yang popular pada era penghujung tahun 90-an turut dianggotai Along, Ristoe, Lan dan Zack.
Antara lagu hits kumpulan itu yang masih menjadi siulan sehingga sekarang adalah Sejarah Mungkin Berulang, Meraung dan Marah Bukan Sifat Ku.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI