Sentiasa mengambil peduli kehendak dan melakukan aktiviti turun padang berjumpa dengan pendengar menjadi antara faktor utama yang sering ditekankan dalam operasi stesen radio, Suria FM.
Perkara itu diakui Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group Bhd, Datuk Dr. Mohd Aminuddin Mohd Rouse ketika ditemui pada majlis sambutan Suria FM 15 Tahun di atas kapal persiaran Genting Dream baru-baru ini.
“Apa yang kami capai ini bukan kejayaan setahun atau dua tahun tetapi usaha keras berterusan. Suria FM ialah produk Melayu paling kuat dalam kumpulan The Star jadi kita mahu supaya Suria FM memberikan sumbangan terbaik dan relevan dari semasa ke semasa,” katanya.
Sehubungan itu Mohd Aminuddin berkata, Suria FM memberikan tumpuan terhadap kandungan terutamanya apa yang dikehendaki oleh pendengar dalam semua aspek termasuk lagu yang diputarkan.
“Begitu juga media sosial kami, laman web dan medium ke udara digital serta aktiviti seperti Jelajah Suria FM yang diadakan setiap tahun.
“Kami juga mendengar pandangan daripada semua pihak termasuk pekerja dan penyampai mengenai apa yang boleh dilakukan,” katanya.
Ads
Beliau juga berkata penyampai Suria FM juga sentiasa dekat dengan pendengar tak kira segmen antaranya Morning Morning Suria, Suria Petang, Gaya Suria dan Suria Cinta.
“Saya pernah pergi klinik dan jururawat di situ pasang Suria FM, bila saya tanya kenapa dengar Suria, mereka cakap suka dengan penyampainya saya terus hubungi Rara (Sharifah Shahira) dan beri mereka cakap, begitu juga DJ Lin saya terus hubungi dan beri mereka bersembang.
“Mereka sangat terharu dan gembira. Ini antara pendekatan yang saya tekankan supaya sentiasa dekat dengan pendengar,” katanya.
Ads
Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid turut merakamkan penghargaan buat teman media yang disifatkan banyak membantu stesen berkenaan dalam mebuat liputan.
“Terima kasih kerana tidak pernah jemu dengan menyokong Suria FM. Kejayaan kami ini penuh dengan air mata dan usaha sekeluarga dan anda teman media juga sebahagian daripadanya,” katanya.
Lebih menarik, stesen berkenaan juga bakal mencipta sejarah dengan bersiaran dari atas kapal persiaran Genting Dream selama empat hari bermula 9 Januari depan, meraikan ulang tahun ke-15 stesen itu.
Ia turut membawa misi bagi mencatat sejarah dalam The Malaysia Book of Records apabila bakal menjadi stesen radio pertama bersiaran di atas kapal.
Ads
DJ Lin optimis bahawa kolaborasi bersama Resorts World Cruises itu bakal menjadi penanda aras kepada pencapaian mereka.
“Memang kami ada perancangan untuk memecahkan rekod di Malaysia. Pertembungan antara Suria dengan Resorts World Cruises ini umpama satu rezeki dan jodoh.
“Alhamdulillah, kolaborasi ini adalah tanda pencapaian, rezeki dan tuah buat kami. Terima kasih kepada semua yang memudahkan segala urusan,” katanya.
Tiga penyampai yang akan bertugas pada sesi berkenaan ialah Shuib, Ajak dan Suraya yang mengendalikan segmen Morning Morning Suria.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan berjaya, Noor Neelofa menganjurkan sebuah majlis ilmu yang diadakan di rumah bapa mentuanya, Datuk Seri Ismail Norbat.
Sebagai tuan rumah, Neelofa dilihat turut mengundang rakan selebriti khusus bagi sama-sama mendapat manfaat menerusi majlis ilmu yang diadakan.
Antara yang hadir termasuk penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Nora Ariffin, Lisadawati, Izara Aishah, Kilafairy dan ramai lagi.
Malah menerusi Instagram, Siti turut memuat naik momen ceramah Ustaz Wadi Anuar.
“Pengajian bersama @ustazwadianuar. Alhamdulillah banyak ilmu yang dapat dikongsi bersama. Terima kasih @neelofa dan @pu.riz kerana mengundang saya dah suami serta rakan-rakan artis yang lain.
“Semoga Allah SWT berkati dunia akhirat. Amin ya rab,” tulis Siti pada ruangan kapsyen. Video pendek tersebut kini sudah menerima lebih 76,000 tontonan.
Kilafairy juga memuat naik foto kandid sepanjang majlis.
Sebelum ini, majlis ilmu sama telah diadakan di kediaman Siti dan mengikut perancangan, usrah bulan seterusnya akan dilakukan di rumah pelakon, Linda Rafar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Zul Ariffin enggan lagi memberikan penjelasan berhubung video lucah individu mirip dirinya yang tersebar sejak bulan lalu menerusi laman sosial.
Katanya kepada MH, dia sudah memberikan kenyataan sebelum ini dan tidak mahu mengulas panjang.
“Untuk hal yang berkaitan dengan video tersebut, saya tiada komen mengenainya.
“Tiada sebab untuk saya marah walaupun sering menjadi mangsa teknologi. Mereka boleh buat apa saja yang dimahukan.
“Untuk saya, ia tidak memberikan kesan. Saya masih lagi bekerja,” katanya.
Bintang berusia 34 tahun ini ditemui di lokasi penggambaran filem Talbis Iblis di Hatter’s Castle, pada Selasa.
Pada masa sama, dia juga tidak merasakan apa yang berlaku memberi impak memandangkan dirinya hanyalah seorang pelakon, bukan selebriti.
“Kalau ada yang menganggap dirinya selebriti, itu mungkin memberi kesan kerana ia membabitkan imej.
“Saya lebih menjaga kualiti di lokasi penggambaran. Sebagai seorang pelakon, hanya ini yang saya tahu, selebihnya ia kehidupan peribadi.
“Saya tidak boleh menghentikan orang nak buat macam-macam. Hanya yang merisaukan saya adalah perkara memberikan impak buruk pada kerjaya,” katanya lagi.
Zul turut menambah, dia sudah melalui
pelbagai kontroversi sepanjang bergelar anak seni.
“Setiap orang ada kisah masing-masing. Kerana itulah saya tidak pernah memberikan komen terhadap pelakon lain kerana kita tidak tahu, masa saya akan tiba.
“Kalau bukan saya menjadi mangsa, pasti ada artis lain,” jelas Zul jujur.
Terdahulu kecoh rakaman berdurasi 45 saat yang merakamkan seorang lelaki didakwa mirip pelakon berkenaan yang berada dalam keadaan berbaring sambil merokok sebelum mula menunjukkan alat sulitnya.
Lelaki berkenaan yang kelihatan seperti berada di sebuah bilik itu seolah-olah sedang berinteraksi dengan individu lain menerusi panggilan video.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Intan Najuwa selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Dato’ Ahmad Asraf Azman, 39, dengan sekali lafaz pada jam 6.45 petang tadi.
Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd Wahid, 26,selamat dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot di majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah resort di Pantai Desaru, Johor.
Dalam majlis yang bertemakan empat unsur alam ini, Intan menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan juga hantaran bernilai RM222,000.
Angka 2 menjadi pilihan sebagai lambang tempoh 2 tahun perkenalan antara Intan dan juga Dato Mohd Asraf.
Dalam majlis sama, kedua mempelai tampil memakai dua busana rekaan pereka fesyen terkenal, Fizi Woo yang bernilai RM 40,000 bagi sesi pernikahan dan Teh Firdaus bagi bersanding dan acara potong kek dan ditatarias oleh jurusolek terkenal, Dato Alha Alfa.
Majlis yang dikemudikan oleh pihak Rimbunan Events & Whitebox ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat,selebriti dan juga pihak media.
Segala persiapan telah pun berlangsung selama sebulan dan pemilihan tarikh 18 Ogos ini merupakan tarikh yang signifikan kerana ia juga merupakan hari kelahiran pelakon drama Jesnita itu.
Majlis resepsi kedua bertemakan tradisional bakal berlangsung di Rimbunan Event Space, Johor Bahru, malam esok.
“Alhamdulillah, saya bersyukur segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Doakan yang terbaik buat kami berdua dalam melayari rumah tangga. Walaupun sudah bergelar isteri, Intan akan terus menyambung karier lakonan serta mengutamakan juga pengajian Intan serta bisnes Intan sekarang.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberi seawal kerjaya Intan sehingga hari ini,“ katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!