“OOTD Dulu Sat, Yang Penting Wajib Letup,” – Pakai Jubah ‘Silver’ & Beg Tangan Mewah, Gaya Glamor Che Ta Ambil Vaksin Memang Wow!

Share

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan sekali lagi mencuri perhatian wargamaya apabila tampil mengenakan persalinan jubah glamor ketika mendapatkan suntikan vaksin dos kedua, baru-baru ini.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram, dilihat memakai jubah dalm rona perak dengan perincian labuci berkilauan lengkap beg tangan jenama mewah.

Pada ruangan kapsyen menerusi satu hantaran lain, Che Ta secara seloroh memberitahu, dia ‘melaram’ dengan busana cantik kerana bimbang baju yang ada akan ‘reput’ jika tersimpan lama.

“Masa sekarang ni, nak simpan baju lawa lawa takut qeput. tak kisahlah duduk rumah ka, p vaksin ka, melaram ja lah, tk tau bila lagi buleh p meladi ni. Takut nanti tua kt qumah ja.

“Harini kami p vaksin so OOTD dulu sat, yang penting wajib letups!,” tulisnya yang turut bermurah hati mengagihkan 10 helai tudung bawal, kek lapis pandan cheese dan minyak wangi jenamanya buat 10 petugas barisan hadapan yang terawal.

“Sebenaqnya excited sebab boleh kluaq… pas ni bila lagi boleh kluaq wei. Jangan kata baju2 pun dh nk qeput kita pun mereput sekali, tp apa pun harapnya kita semua dpt menjalani kehidupan mcm biasa blk lepaih ni kan, insyaAllah,” tulisnya lagi.

Che Ta sebelum ini turut menjamu petugas barisan hadapan dengan kek lapis pandan cheese hasil air tangannya sendiri ketika mendapatkan suntikan dos pertama pertengahan Julai lalu.

Malah penampilannya yang serba anggun pada ketika itu turut mencuri perhatian ramai.

Foto: Instagram Rozita Che Wan

Published by
MH