Pelakon dan pelawak, Ain Sufia hari ini berkongsi mengenai status kesihatan bapanya yang baru-baru ini dikejarkan ke Hospital Serdang dari Hospital Seremban, Negeri Sembilan bagi menjalani prosedur pembedahan membuang batu karang di kedua-dua belah buah pinggangnya.

Kongsinya menerusi Instagram, pembedahan yang dijalankan pada Khamis lalu tidak berjaya. Lalu, keadaan bapanya perlu dirujuk kepada pakar di Institut Kanser Malaysia (IKN).

“Salam semua. Terima kasih atas doa semua utk Abah. Saja nak share kat semua yg mendoakan Abah, operation yg abah buat Khamis lepas di Hospital Serdang TAK BERJAYA.

“Abah perlu di refer kpd yg lebih pakar di Institut Kanser Negara (IKN) tapi doc pakar tersebut tiada selama seminggu jadi doc Hospital Seremban buat keputusan cepat utk buat saluran kencing sementara di buah pinggang abah sblh kanan supaya tak jadi lebih teruk utk elakkan dpd dialisis.

“Buah pinggang sblh kiri mmg dah rosak dan juga ada batu karang. Jadi doc hanya fokus yg sblh kanan,” jelasnya.

Ads

Sambil mengharapkan yang terbaik buat bapa tercinta, bekas peserta Skool of Lawak ini juga turut mendoakan agar kita semua dilindungi daripada sebarang wabak dan penyakit berjangkit.

“Sementara tggu date drpd IKN abah tak boleh keluar dpd hospital lg sbb air kencing dpd saluran tu masih berdarah dan perlu diberi perhatian.

Ads

“Hari ni dah 8 hari lah abah kat hospital dan Umi yg teman abah. Ada yg ckp gilir2 lah ngn Umi tu. Kami adik beradik setelkan hal2 rumah, bawak dan masak makan minum Umi, bwk Umi blk mandi rehat dan tak perlu lah nk disenaraikn semua kat sini.

“Allah dah susun dgn baik. Insyaallah. ‘You are not in our shoes’.

Ads

“Doakan semua urusan Umi Abah di hospital dipermudahkan, batu karang abah pecah dan boleh keluar ikut saluran yg dibuat dan doc diberi petunjuk dpd Allah utk buat yg terbaik dlm rawatan abah.

“Semoga kita semua dilindungi dpd wabak penyakit, penyakit berjangkit. Aminnnn,” pohon Ain.

View this post on Instagram

Salam semua. Terima kasih atas doa semua utk Abah. Saja nak share kat semua yg mendoakan Abah, operation yg abah buat Khamis lepas di Hospital Serdang TAK BERJAYA. Abah perlu di refer kpd yg lebih pakar di Institut Kanser Negara (IKN) tapi doc pakar tersebut tiada selama seminggu jadi doc Hospital Seremban buat keputusan cepat utk buat saluran kencing sementara di buah pinggang abah sblh kanan supaya tak jadi lebih teruk utk elakkan dpd dialisis. Buah pinggang sblh kiri mmg dah rosak dan juga ada batu karang. Jadi doc hanya fokus yg sblh kanan. Sementara tggu date drpd IKN abah tak boleh keluar dpd hospital lg sbb air kencing dpd saluran tu masih berdarah dan perlu diberi perhatian. Hari ni dah 8 hari lah abah kat hospital dan Umi yg teman abah. Ada yg ckp gilir2 lah ngn Umi tu. Kami adik beradik setelkan hal2 rumah, bawak dan masak makan minum Umi, bwk Umi blk mandi rehat dan tak perlu lah nk disenaraikn semua kat sini. Allah dah susun dgn baik. Insyaallah. ‘You are not in our shoes’. . Doakan semua urusan Umi Abah di hospital dipermudahkan, batu karang abah pecah dan boleh keluar ikut saluran yg dibuat dan doc diberi petunjuk dpd Allah utk buat yg terbaik dlm rawatan abah. Semoga kita semua dilindungi dpd wabak penyakit, penyakit berjangkit. Aminnnn.

A post shared by Ain AWOK (@ainsufiaa) on

Foto: Instagram Ain Sufia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI