Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan penghargaan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang atas usaha gigih mereka dalam memadam kebakaran hutan di Pekan, Pahang.
Penyanyi lagu Kau Kekasihku itu secara khusus berterima kasih kepada anggota JBPM yang terlibat dalam Ops Cenderawasih, yang berlanjutan sejak awal Ramadan sehingga 23 Mac lalu.
“Terima kasih kerana bersiap sedia berkorban masa dan tenaga untuk memastikan rakyat dalam keadaan selamat.
“Juga terima kasih kerana bertungkus lumus memadam kebakaran hutan yang berlaku,” katanya.
Yayasan Nurjiwa Hulur Bantuan
Sebagai tanda penghargaan, Yayasan Nurjiwa telah menghulurkan sumbangan berbentuk kotak makanan kepada 150 anggota bomba terpilih melalui Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Pahang.
Ads
Siti Nurhaliza, selaku Pengasas dan Pengerusi Bersama Yayasan Nurjiwa, berharap agar bantuan ini dapat meringankan beban dan memberikan kegembiraan kepada anggota bomba bertugas.
“Kami berharap bantuan Yayasan Nurjiwa ini dapat meringankan dan memberikan kegembiraan kepada anggota bomba terlibat,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengerusi PERISMA Pahang, Suraya Jusoh turut menyatakan rasa penghargaan atas keprihatinan Yayasan Nurjiwa terhadap pasukan bomba.
Lebih-lebih lagi, ketika umat Islam sedang membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri beberapa hari saja lagi.
Ads
“Setinggi penghargaan buat Yayasan Nurjiwa atas keprihatinan ini. Bagi pihak kami, sumbangan ini sangat bermakna lebih-lebih lagi menjelang sambutan Syawal,” katanya.
Bantuan berkenaan telah diserahkan kepada Pengarah JBPM Pahang, Mohd Razam Taja Rahim, untuk diagihkan kepada anggota yang dikenal pasti.
Kebakaran Berjaya Dikawal
Mohd Razam yang turut hadir dalam majlis serahan tersebut juga meluahkan rasa terharu atas penghargaan yang diberikan kepada pasukannya.
Ads
“Terima kasih atas sumbangan dan penghargaan ini. Untuk makluman, Alhamdulillah, kebakaran hutan di Pekan telah berjaya dikawal sepenuhnya pada 23 Mac lalu,” katanya.
Sementara itu, sesi serahan turut dihadiri Timbalan Pengarah JBPM Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman, wakil Ketua Zon 1, pegawai kanan JBPM, serta ahli-ahli PERISMA Pahang.
Pada 16 Mac lalu, penyampai radio, Fizie Roslan telah meluangkan masa berbuka puasa bersama anggota bomba yang bertugas menerusi program Setulus Kasih Ramadan Mammy Mineral Essence.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Untuk rekod, Wawa telah mendirikan rumah tangga bersama Aeril Zafrel pada tahun 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6 tahun dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 4 tahun.
Foto : Instagram Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berada lebih dua dekad dalam industri seni tempatan, penyanyi Siti Sarah menyifatkan dirinya cukup mementingkan etika dalam setiap perkara yang saya lakukan.
Ini termasuk terhadap setiap posting yang ingin dimuat naik di media sosial kerana menyedari apa yang dikongsi akan menjadi perhatian ramai.
“Namun susulan insiden yang tercetus, ia sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai selebriti dan usahawan.
“Di sini, saya ingin jelaskan bahawa saya Siti Sarah Raissuddin tidak pernah terlintas untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, malah menghormati seluruh masyarakat di Malaysia.
“Bagaimanapun sebagai manusia kita semua tidak terlepas daripada melakukan kesilapan,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar.
Sarah pada masa sama turut menyambut baik permohonan maaf dari pihak Ridzo Okumura yang dipercayai menjadi antara pihak terawal yang memuat naik video tersebut hingga mencetuskan viral.
“Justeru saya menerima permohonan maaf yang dibuat Pengarah Syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Okumura yang memuat naik video perbualan kami tanpa mendapat keizinan saya terlebih dahulu sehingga menjadi tular.
“Atas insiden yang berlaku ini juga saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat Orang Asli.
“Saya amat berharap permohonan maaf saya ini diterima kerana ia bukanlah sesuatu yang disengajakan.
“Saya mohon isu ini tidak akan diperbesarkan lagi dan kenyataan ini akan menjadi yang pertama dan terakhir dari saya,” jelasnya.
Sehubungan itu, Sarah tidak akan lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu terbabit dan cadangan untuk mengadakan sidang media esok juga dibatalkan.
Terdahulu, penyanyi lagu Manis itu menjadi mangsa kecaman di media sosial apabila tular sebuah video mendakwa dirinya ada menyentuh soal fizikal masyarakat Orang Asli.
Video itu menjadi tumpuan selepas ia dimuat naik seorang individu dalam satu hantaran di Twitter.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sosialit terkenal New York, Jocelyn Wildenstein dilaporkan meninggal dunia pada 31 Disember 2024 ketika berusia 84 tahun.
Kematiannya itu disedari oleh tunangnya, Llyod Klein yang cuba mengejutkannya untuk makan malam Tahun Baru namun wanita tersebut tidak memberikan sebarang respon.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, turut dimaklumkan bahawa sosialit tersebut meninggal dunia di kediaman sementara mereka di Paris.
“Dengan berat hati dan dengan kesedihan yang mendalam, Lloyd Klein mengumumkan kematian tunang tercinta, Jocelyne Wildenstein.
“Jocelyn meninggal dunia dengan aman dalam tidurnya pada lewat petang 31 Disember 2024 di suitenya di Paris yang merupakan tempat pasangan itu tinggal sementara sejak Ogos 2024,” kongsi kenyataan tersebut.
Punca awal kematian Jocelyn diklasifikasikan sebagai kegagalan fungsi jantung.
Jocelyn Wildenstein dan Llyod Klein
Imbas kembali, Jocelyn bukanlah seorang pelakon mahupun penyanyi, namun dia terkenal di dunia Hollywood sebagai sosialit yang gemar melakukan pembedahan plastik.
Pembedahan plastik melampau yang dilakukan menjadikan mukanya kelihatan seperti kucing, dek kerana itu dia sering diberi gelaran the real life Catwoman.
Dengan penampilan yang sebegitu, dia menjadi tumpuan ramai. Jadi tidak hairanlah jika dia memiliki lebih sejuta pengikut di Instagram
Hidup sebagai sosialit, Jocelyn dikenali ramai apabila dia mengahwini hartawan New York, Alec Wildenstein pada 1978 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Namun jodoh tidak panjang, mereka bercerai selepas 19 tahun berkahwin. Kisah perceraian Jocelyn menjadi bualan hangat kerana dia menerima wang bernilai USD2.5 bilion hasil perceraian tersebut.
Terkini, Jocelyn menjalinkan hubungan dengan Llyod Klein yang merupakan seorang pereka fesyen sejak tahun 2001 sehingga kematiannya. Jejaka itu berusia 21 tahun lebih muda daripadanya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.