Seiring dengan perkembangan dunia digital yang kian pesat berkembang di seluruh dunia, Digital Content Connection (DCC) mengambil inesiatif dengan menjalin hubungan bersama ACE Pictures menerusi sebuah perjanjian kerjasama.
Menerusi kerjasama berkenaan, dua syarikat tersebut bakal membuka ruang, seterusnya menyediakan sokongan terhadap bakat-bakat tempatan, terutamanya dalam industri perfileman, khasnya yang melibatkan dunia digital.
Malah, diharapkan kerjasama ini akan memberi ruang buat pengkarya untuk mempersembahkan naskhah mereka dalam skop yang lebih luas.
DCC akan menggalas tanggungjawab dengan mewujudkan sistem sokongan bagi memberikan nasihat serta pandangan dalam pembangunan projek filem untuk pembikin filem.
Sementara ACE Pictures pula akan mengenalpasti, seterusnya membuat kajian dan menyediakan dana kepada projek yang layak serta menepati syarat yang ditetapkan agar menarik minat pasaran global.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif ACE Pictures, Johnny Chang, melihat kolaborasi ini sebagai satu kerjasama menarik dan optimis di dalam memberi impak baik buat pengkarya filem tempatan.
“Kami teruja dengan jalinan kerjasama ini. Gabungan antara dua teraju ini diharap dapat dapat membantu mengetengahkan karya penerbit filem tempatan yang mempunyai kualiti terbaik dalam naskah mereka di peringkat antarabangsa.
“Kami bukan sekadar mahu menyediakan dana semata-mata, sebaliknya impian kami adalah untuk untuk melihat pengkarya tempatan menggapai kejayaan di peringkat global, di mata dunia,” katanya.
Ads
Johnny Chang berkata demikian pada sidang media yang telah pun berlangsung di Zebra Showcase, Palace of the Golden Horses, baru-baru ini.
Terdahulu, DCC merupakan sebuah organisasi baru yang diketuai oleh mereka yang mempunyai pengalaman luas selama lebih 40 tahun dalam industri kreatif.
Syarikat berkenaan mempunyai objektif untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai kebolehan tinggi dalam kreativiti digital.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Content Connection, Datuk Raja Aznil Raja Hisham pula sebolehnya mahu memberi peluang besar buat pengkarya berkualiti untuk mempersembahkan karya mereka tetapi tersekat atas kekangan dana.
Ads
“Tidak dinafikan, masalah kekurangan dana menjadi sesuatu yang sering diperkatakan dan sebolehnya kami mahu meringankan ia dengan membantu dengan cara tersendiri.
“Selain mahu memasarkan Malaysia sebagai rakan kolaborasi ideal untuk hub kreatif dan kandungan digital, DCC juga akan terlibat dalam meningkatkan kemahiran serta teknologi.
“Ia penting bagi memudahkan pengeluaran filem, kesan efek khas, animasi, permainan dan banyak lagi,” maklum Aznil.
Di majlis yang berlangsung, ‘media presentation’ untuk Digital Content Connection (DCC) juga turut dipertontonkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Betty Banafe kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan umrah.
Sehubungan dengan itu, Betty turut berdoa agar negara Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni.
“Apa pun yang ditakdirkan oleh Allah, kami doakan yg terbaik untuk Malaysia.
“Setiap ujian yg berlaku, ada hikmah di sebaliknya. Yang akhirnya dunia ini adalah sementara dan kita semua akan pulang kepada Sang Pencipta kita.
“Menggalas kepada posisi pemimpin bukan satu tanggungjawab yang kecil, besar di mata Allah yang akhirnya kelak akan ditanyakan di hari mashyar.
“Kita manusia penuh dgn dosa dan maka tiada yg lain, hanya berbalik padanya mohon kekutana dan keihklasan dalam apa saja perjuangan yg kita lakukan. Insyallah kita akan tenang dijiwa dan tidak akan pernah gentar melawan musuh samaada dengan kekerasan mahupun kelembutan.
“Bismillahhirahmanirahim.. Moga malaysia menuju negara yang makmur dan harmoni sentiasa. Amin ya rabb,”titipnya sambil disertakan foto di sekitar Kota Suci Mekah.
Sementara itu, berita mengenai politik negara pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi diangkat menjadi Perdana Menteri kelapan hari ini.
Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Foto : Instagram Betty Banafe
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Ruhainies mengakui dirinya tidak berlebih-lebih mengenai penjagaan kecantikan kerana lebih percaya akan sesebuah produk yang serasi dengan diri.
Malah Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas turut mendedahkan, dalam sebulan dia hanya memperuntukkan kurang RM2,000 untuk penjagaan diri.
“Sebenarnya saya tidak pakai produk yang mahal pun untuk kecantikan. Bagi saya, kebanyakannya ada pandangan bahawa kita kena aplikasi produk yang mahal untuk miliki kulit cantik.
“Alhamdulillah, kulit saya tidak perlukan produk mahal untuk pastikan kulit kekal terjaga. Produk yang saya gunakan pun biasa-biasa saja.
“Saya hanya peruntukkan kurang dari RM2,000 sebulan untuk kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki,” katanya jujur.
Ditanya mengenai rutin kesihatan bagi memastikan penampilan sentiasa terjaga pula, bintang Jejak Karmilla ini memberitahu dia ada kunjungi spa dan sesekali luang masa dengan berenang.
“Setiap minggu sekali saya akan luangkan masa untuk urut serta rawatan spa. Sementara untuk kesihatan dalaman, saya akan isi masa dengan berenang kalau ada kelapangan.
“Alhamdulillah motabolisme saya tinggi, jadi buat masa sekarang saya tidaklah jaga sangat mengenai menu makanan yang diambil.
“InsyaAllah apabila sampai satu peringkat umur dan orang kata ketika itu metabolisme pun makin kurang hingga sebabkan badan mulai naik barulah saya akan kawal pemakanan,” jelas pelakon berusia 27 tahun ini lagi.
Bergelar duta kepada jenama penjagaan diri, Magicboo, Ruhainies menjelaskan dia tidak ada perancangan mengeluarkan jenama kecantikannya sendiri setakat ini kerana ada komitmen lain yang perlu diutamakan.
“Perancangan itu ada, tetapi bukanlah dalam waktu terdekat ini memandangkan saya baru sahaja buka kafe. InsyaAllah pada masa depan kalau ada rezeki,” akui Ruhainies yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem di samping Mira Filzah dan Fendy Bakri.
Terdahulu, adik kepada pelakon Risteena ini ditemui pada pelancaran pembukaan cawangan kelima sebuah butik kecantikan, My Beaute Village, di pusat beli-belah di Puchong, baru-baru ini.
Kumpulan muzik terkenal antarabangsa, Linkin Park membuat kejutan dengan memperkenalkan vokalis baharu mereka selepas 7 tahun kematian Chester Bennington.
Paling menggemparkan, vokalis baharu ini merupakan seorang wanita. Dikenali sebagai Emily Amstrong, wanita berusia 38 tahun itu merupakan bekas vokalis Kumpulan Dead Sara selain mula bermain muzik sejak usia 12 tahun lagi.
Membuat kemunculan sulung penuh bertenaga dalam satu persembahan baru-baru ini. Nyata, vokal Emily cukup sesuai dengan lagu-lagu Linkin Park dan dia meraih komen positif daripada para peminat Kumpulan itu.
Selain Emily, kumpulan itu juga turut memperkenalkan pemain dram baharu, Collin Brittain. Mike Shinoda, salah seorang ahli Linkinpark berkongsi dalam satu kenyataan mengenai dua figura baharu dalam kumpulan mereka itu.
“Semakin banyak kami bekerja dengan Emily dan Colin, semakin kami menikmati bakat bertaraf dunia mereka, kehadiran mereka dan perkara yang kami cipta.
“Kami berasa benar-benar diperkasa dengan barisan baharu ini dan muzik baharu bertenaga yang dihasilkan bersama,” jelasnya
Kumpulan ini akan melancarkan album baharu yang diberi judul From Zero pada 15 November akan datang. Album tersebut melambangkan simbolik masa lalu, kini dan akan datang Linkin Park.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemergian penyanyi Korea Selatan, Wheesung, pada awal bulan ini nyata mengejutkan industri hiburan dan para peminat di seluruh dunia.Terbaru, pihak polis yang menyiasat kes...