Penyanyi rap, Joe Flizzow tidak akan menolak peluang untuk kembali bersatu di atas pentas bersama rakan seperjuangan Malique.

Perkara itu dikongsikan Joe selepas timbul desas-desus mengatakan bekas anggota Too Phat itu bakal membuat kemunculan semula.

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, bagaimanapun menyerahkan segala keputusan di tangan Malique dan dia sentiasa bersedia untuk kembali mengubat kerinduan peminat.

“Orang Bayar RM1 Atau Tak, Pun Saya Buat,” – Too Phat Kembali Bersatu? Joe Flizzow Tunggu Panggilan Malique

“Anda perlu bertanya sendiri kepada Malique. Doakanlah. Jika Malique tonton video ini, ‘it’s on you bro’. Awak yang buat keputusan. Saya sentiasa bersedia.

“Orang bayar RM1 pun saya akan buat. Tak bayar pun saya buat. Kalau saya kena bayar pun saya buat. Anak seni tempatnya di atas pentas. Too Phat adalah pentas pertama saya dan tempat saya belajar segalanya.

Ads

“Too Phat adalah tempat yang menjadikan diri saya yang sekarang. Kalau diberi peluang untuk kembali ke pentas itu, saya terbuka,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Satu Malam Di Temasik itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia yang di Le Meridien, Petaling Jaya, pada Rabu.

Terima Banyak Tawaran

Dalam pada itu, Joe memberitahu dia sebelum ini banyak menerima tawaran persembahan bersama Malique namun akur belum tiba masanya mereka bersatu kembali.

“Orang Bayar RM1 Atau Tak, Pun Saya Buat,” – Too Phat Kembali Bersatu? Joe Flizzow Tunggu Panggilan Malique

“Saya dapat banyak tawaran untuk mengadakan konsert bersama Malique. Jumlah tawaran yang mereka buat itu sangat tinggi. Jawapan saya tetap sama. Bukan wang yang mempengaruhi keputusan kami.

Ads

“Saya tetap konsisten. Saya tetap berada di sini dan tidak pernah ke mana-mana. Saya lalui semuanya. Saya menjawab persoalan untuk semua pihak sejak 20 tahun yang lalu,” ujarnya lagi.

”Kami Seperti Telepathy”

Ditanya sama ada dia ada berhubung dengan Malique, Joe memaklumkan mereka punyai cara sendiri untuk berkomunikasi.

“Orang Bayar RM1 Atau Tak, Pun Saya Buat,” – Too Phat Kembali Bersatu? Joe Flizzow Tunggu Panggilan Malique

“Kami belum lagi berhubung. Namun, saya berhubung dengan orang-orang yang ada di sekelilingnya. Saya gembira dengan usaha-usaha beliau untuk terus berada di industri ini.

Ads

“Saya doakan yang terbaik buat Malique. Selalunya kalau nak berjumpa, saya kena tunggu di telefon saya. Kami ada cara sendiri untuk berkomunikasi. Saya dan Malique seperti ada telepathy,” akhirinya.

Nama bekas anggota kumpulan Too Phat itu kembali menjadi perhatian selepas promoter konsert, Iman Tang ada memuat naik foto di studio rakaman milik Malique iaitu Qarma Studios, baru-baru ini.

Foto tersebut seakan memberikan bayangan bahawa ada sesuatu projek yang telah dibincangkan diantara Iman dan Malique.

Malah, tidak lama selepas itu, Malique pula telah membuka akaun di Instagram setelah sekian lama menyepi daripada media sosial.

Untuk rekod, Joe dan Malique menubuhkan kumpulan Too Phat pada 1998 dan menjadi antara kumpulan hip hop yang mencipta fenomena pada ketika itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI