Kakak kepada penyanyi, Iman Troye menyifatkan adiknya itu memiliki jiwa yang sangat besar dan sentiasa menjadikan keluarga sebagai keutamaan meskipun kerap kali menjadi mangsa kritikan warganet.
Sifat sebenar penyanyi berusia 19 itu dapat dilihat menerusi sebuah video di Tik Tok yang memaparkan Iman sedang memperbetul posisi anak buahnya yang tidur di dalam kereta untuk keselesaan.
Menurut kakaknya Ain Fatiha, keperibadian seperti itu yang membuatkan rezeki lman sentiasa melimpah ruah.
“You gold. Awak kesayangan semua orang. Kenapa rezeki awak selalu murah? Sebab awak selalu mengutamakan keluarga dahulu.
“Bila kena kecam teruk dulu, awak boleh cakap tiada apa-apa. Adik okay. Semoga sentiasa kuat adikku Iman Alyssa. Semoga sentiasa didalam pelukan Allah,” tulisnya.
Pada masa sama, Ain turut mengakui menjadi keluarga kepada selebriti tidaklah seindah yang disangka oleh ramai.
Katanya lagi, dia menjadi bertambah kecewa apabila orang luar bebas untuk bercakap apa sahaja mengenai adiknya itu tanpa usul periksa.
“Ramai orang tanya best ke jadi famili artis. Tak. Tak best! Orang bebas bercakap tanpa tidur sebantal pun.
“90% apa yang orang cakap dekat luar sana, semua salah,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan agar Iman akan terus sukses di dalam industri seni tanah air.
“Inilah sebab namanya semakin naik sebab dia pentingkan family dia.
“Betul tu. Orang kecam tanpa fikir. Kecam macam dah kenal je. Stay strong sis.
“Sebab itu lebih baik kalau kita tutup je mulut kita. Tak perlu cakap apa-apa fasal orang lain.
“Stay strong akak sekeluarga,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sebelum ini, nama Iman pernah terpalit dengan beberapa siri kontroversi sehingga ada yang melabelkan dirinya sebagai artis lupa diri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Iman Troye & Tik Tok Ain Fatiha