Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo menafikan dakwaan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan individu bergelar ahli politik seperti mana yang tular menerusi sebuah video di media sosial baru-baru ini.
Menurut Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana ahli politik dan wanita di dalam video viral tersebut bukanlah dirinya.
“Saya tak kenal siapa itu. Ada ke berita dan gosip seperti itu? Saya tak pernah menonton video tersebar yang dimaksudkan itu. Ada yang kata itu saya?
“Minta maaf sangat, saya terpaksa maklumkan kepada semua bahawa itu bukan saya. Saya tiada hubungan dengan mana-mana ahli politik Malaysia.
“Saya hanya fokus urusan kerjaya saya bersama Dolla,” katanya kepada MH.
Ads
Sabronzo berkata sedemikian ketika ditemui di Konsert Jiwa Malaysia 2024 yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.
Jelas penyanyi berusia 29 tahun itu lagi, selain memberikan fokus terhadap kumpulan Dolla, dia juga tidak akan berahsia dengan peminat sekiranya dia mempunyai hubungan istimewa.
“Ketika ini, kerjaya adalah keutamaan saya.
Ads
“Namun, andai kata saya punyai hubungan serius pada masa hadapan sekali pun dan orang bertanya, saya tidak akan nafikan jika hubungan itu benar,” ujarnya lagi.
Ditanya bagaimana khabar angin seperti ini boleh tersebar, penyanyi lagu Damelo ini percaya platform internet mampu mewujudkan apa sahaja jenis persepsi.
“Saya pun tak tahu macam mana gossip seperti ini boleh timbul.
Ads
“Mungkin ada yang kata stail saya nampak sama seperti wanita di dalam video itu tapi saya tidak akan berpakaian dengan gaya sebegitu.
“Pada saya, orang-orang di internet ini sangat kreatif. Seperti yang saya katakan tadi, itulah kenyataannya,” akhirinya.
Sebelum ini tular sebuah video yang memperlihatkan seorang wanita yang dikatkan mirip Sabronzo memasuki sebuah bangunan sejurus selepas seorang lelaki yang dipercayai ahli politik tiba di lokasi sama.
Ahli politik berkenaan juga dikatakan pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang penyanyi popular namun ikatan itu berakhir dengan perpisahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon baru, Christine Joanne membuat pendedahan yang mengundang perhatian di laman Twitter.
Model dan pelakon ini merungkai kronologi perkenalannya dengan bapa tunggal berkenaan, selepas penyanyi dari Singapura itu berpisah dengan Bella Astillah.
Jelasnya, perkenalan mereka bermula menerusi Instagram pelakon Halalkan Hati Yang Ku Curi itu.
Lalu difahamkan, Aliff selepas itu ada memberikan perhatian kepadanya dan meminta nombor telefon peribadi untuk berkongsi mengenai beberapa perkara.
Jelas wanita ini lagi, meski baru berkenalan, namun Aliff juga menyatakan perkataan ‘sayang”.
Berikut merupakan pendedahan yang dibuat Christine Joanne;
Bagaimanapun, segalanya mula berubah dan lelaki didakwa mula tidak mengendahkannya.
Jelas wanita ini lagi, dia terpaksa memberikan penjelasan kerana ramai berhak untuk tahu kebenarannya dan dia tidak mahu namanya terpalit dengan kontroversi bersama Aliff di kemudian hari.
Joanne juga menjelaskan dirinya telah memaafkan segala perbuatan penyanyi Jangan Ganggu Pacarku ini dan mendoakan yang terbaik.
Katanya, setiap wanita tidak berhak untuk dipermainkan.
Foto : Twitter Christine Joanne
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas mengalami episod cinta duka sebelum ini, selebriti serba boleh, Zulin Aziz ada memberikan pendapatnya mengenai cara terbaik yang boleh diamalkan untuk move on dari titik hitam yang pernah menimpa diri.
Malah, dia turut menerima pertanyaan sama dari pengguna media sosial lainnya menerusu teks peribadi.
Lalu, Zulin ada berkongsi sepotong video mengenai perkara itu, sekitar Disember lalu.
“100 kali tutup pintu bukak pintu tutup balik org ketuk org tutup sampailah waktu yg tepat kau xyah bukak pintu ..org tu bukak sendiri sbb dia dah ada kunci .#jodoh
sabar dan terus berdoa pada Allah sesungguhnya Allah sebaik2 perancang. Sekian dari ustazah zulin,” tulisnya.
Sementara dia antara lain di dalam video berkenaan pula berkata;
Assalamualaikum, ramai yang DM tanya saya macam mana cara Kak Zulin move on. Tengok saya gelak ‘hahaha’ macam tak ada masalah.
“Tapi hati saya Allah sahaja yang tahu. Apa yang boleh saya katakan adalah manusia datang dan pergi dalam hidup kita. Jadi saya selalu rasa begini. Bila dia pergi, saya percaya ada yang baik akan menggantikannya.
“Kalau saya tutup pintu hati saya, maksudnya saya tinggalkan kesan yang tidak baik di hati saya. Di mana perasaan akhir yang ada di hati saya adalah kekecewaan. Rugilah. Kita tak boleh tutup pintu hati kita. Kita buka pintu hati kita sebab kita kena percaya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
“InsyaAllah, selepas dengan ujian Allah akan gantikan dan hadiahkan dengan kebahagiaan, InsyaAllah. Yang paling penting doa, tawakal, berserah, kuatkan iman kita pada Allah semoga kita ditemukan dengan orang yang baik,” jelas Zulin.
Foto: Instagram Zulin Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Raysha Rizrose mendedahkan dia masih belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga selepas kakaknya, Uqasha Senrose berkahwin 5 November lalu.
Menurut Raysha, dia tidak menafikan selepas dua kakaknya iaitu Nelydia dan Uqasha masing-masing sudah bergelar isteri, ramai yang menunggu hari bahagianya.
Peminat mengetahui, Juara Dewi Remaja 2015 ini merupakan kekasih kepada pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri.
“Tekanan itu pasti wujud, tapi apabila orang tanya saya anggap ia satu doa. Saya belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat ini.
“Saya tak nak terlalu terburu-buru dalam soal perkahwinan. Keutamaan saya sekarang adalah kepada kerjaya dan keluarga,” katanya.
Tambahnya lagi, meski hubungannya bersama Nabil sudah lama terjalin namun dia tidak bimbang sekiranya hubungan terbabit tidak kesampaian atau berdepan sebarang dugaan.
“Sejujurnya tiada langsung perasaan itu sebab saya percaya dengan ketentuan Ilahi. Kalau sudah tertulis jodoh saya dengan dia, ia pasti akan berlaku.
“Kalau ada jodoh adalah. Saya percaya dengan waktu tepat yang Allah sudah rancang untuk kami berdua. Insha-Allah apabila waktu itu sudah tiba, saya dengan gembiranya akan kongsikan kepada semua,” katanya lagi, memetik Harian Metro.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Raysha Rizrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...