Penyanyi Ning Baizura menjelaskan dirinya tidak terkesan dengan kecaman serta kritikan warganet terhadap gaya persembahan atau penampilannya ketika menjayakan persembahan di sebuah kelab hiburan tempatan sebelum ini.
Menurut Ning, 48, dia juga tidak mahu melenting memandangkan sudah tiga dekad berhadapan dengan cabaran sebagai anak seni.
“Nak cakap apa saja, cakap sajalah. Benda sudah berlaku dan ia pun bukan berlaku dalam bulan puasa. Lagipun tahun lalu saya sudah kena.
“Memandangkan bulan ini adalah bulan Ramadan, saya pun tak mahu marah. Saya pun mudah, orang kata apa pun, saya jawab alhamdulillah, lagi kita dapat pahala. Ini semua macam digigit semut saja.
“Saya buat saja kerja saya. Sudah 30 tahun saya nyanyi, saya hanya jadi diri sendiri saja. Kalau tak suka, angkat kaki, jalan. Kalau suka, saya cakap ‘i love you’,” katanya.
Ads
Penyanyi Ke Sayup Bintang ini juga akui pada awal kemunculannya dalam seni, mungkin dia sudah melatah.
Bagaimanapun sekarang, dia sudah lali dan memilih untuk tidak menghiraukan perkara yang boleh mendatangkan kesan pada emosinya.
Ads
“Sebelum ini, kalau orang nak menegur, mereka akan tegur secara ‘direct’, tapi sekarang zaman media sosial, kita kena pekakkan telinga saja dan teruskan perjuangan.
“Tak perlu nak merapu atau marah. Ya, kalau dulu saya nangis buat sidang media, sekarang nak buat sidang media pun buat di media sosial. Jadi tak mengapalah, biarlah ia berlalu bagai angin menderu.
Ads
“Saya sudah 30 tahun dalam industri, dulu lagi teruk saya pernah kena. Malah nama saya pernah sampai ke luar negara, kena disenarai hitam dan banyak lagi. Jadi tak mengapa. Asalkan ia tidak menutup periuk nasi saya.
“Satu saya nak cakap, kebijaksanaan ‘keyboard warriror’ ini, diragui sebab kita tak tahu siapa yang menulis dan apa motifnya. Senang saja cakap, kalau dia ada di situ lain cerita, tapi dia tiada. Itu yang saya merasakan tak mengapalah,” katanya lagi.
Baru-baru ini, tular video klip persembahannya di sebuah kelab hiburan lalu ada mendakwa, penampilannyaagar keterlaluan di atas pentas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pertunangan penyanyi dangdut popular, Ayu Ting Ting dan Muhammad Fardhana pada penghujung minggu lalu menjadi sorotan ramai. Masakan tidak, kisah perkenalan mereka langsung tidak dihidu oleh sesiapa sebelumnya.
Saat majlis bertunang, Ayu Ting Ting atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina Abdul Rozak kelihatan cukup cantik mengenakan persalinan baju kurung putih sedondon dengan tunangnya yang berbaju melayu putih.
Bertemu dengan pihak media beberaa hari selepas bertunang, Ayu diasak pelbagai soalan mengenai perasaannya saat sudah bergelar tunangan orang setelah lebih 10 tahun hidup menjanda.
“Agak lama saya hidup sendiri, jadi rasanya seperti mimpi. Bila ada seseorang yang datang dalam kehidupan kita akan pasti rasa berbeza,” ungkapnya apabila ditemui wartawan setempat.
Ayu yang memiliki seorang anak perempuan sempat berseloroh mengatakan yang hatinya yang dahulu kosong kini sudah terisi.
Menyamakan kekosongan itu sehingga bersarang, sambil tersenyum manja Ayu berkata, “Kerana memang sudah lama hati saya kosong, kalau dibuka pasti banyak sarang labah-labah.”
Selain itu, wanita yang kini menginjak usia 32 tahun ini turut memohon agar semua mendoakan agar hubungannya ini lancar kerana dia sudah memutuskan untuk serius ke fasa seterusnya.
Perkenalan bersama tunangnya berlaku singkat dan dipertemukan oleh orang tua masing-masing, Ayu berkongsi yang mereka kenal hanya sebulan sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru sahaja khatam Al-Quran minggu lalu, pelakon dan hos, Norman Hakim mengulang kembali bacaan ayat-ayat suci agar dirinya terus istiqamah dan dapat mempelajari tafsir selepas ini.
Jelasnya, jika sebelum ini dia hanya mengamalkan mengaji empat muka surat, kini dia hanya membaca dua muka surat sahaja.
“Repeat & restart. Siapa nak join?Jom la jom. Kali ni mcm saya cakap semalam, saya nak baca 2 m/s je sehari instead of 4 m/s mcm sebelum.Sbb?Saya nak push diri istiqomah pulak utk baca tafsiran @taddabur sekali.
“Kalau 2 m/s sehari,in shaa Allah dalam masa 302 hari@10 bulan akan khatam.Ni bukan soal nak khatam je,ni soal nak faham apa isi kandungan Al-Quran,bukan setakat baca shj (peringatan utk diri sendiri)” kongsinya.
Ulasnya, pada mula dia ragu-ragu sama ada perlu dikongsikan niat ini ataupun tidak, namun kebaikan harus disebarkan agar dapat menjadi ikutan.
“So,ini kalilah saya nak ajak siapa nak join.Mana tau ada rezeki kita boleh buat majlis khatam sama2. Nak post ni pun saya dok fikir banyak kali,perlu ke nak bgtau yg kita ni baca Al-Quran? Perlu ke nak ajak
“Perlu ke tu?Perlu ke ni?Tp saya terus tarik nafas & decided ‘ini kalilah’,kalau tak,bila lagi?” jelasnya.
Kata pelakon Gerak Khas ini lagi, membaca Al-Quran bukan semata-mata mahu mengatakan diri baik, namun kerana menyedari diri banyak khilaf diri sebelum ini.
“Baca Al-Quran ni bukan nak kata kita ni baik,tp sbb kita ni banyak khilaf, banyak dosa & tak sempurnalah sbb tu kena paksa diri utk ambil,buka & baca.
“Nak pergi gym ke,nak main PUBG ke,nak karaoks ke,nak hangout ke,nak lepak mamak ke,nak layan make up kereta ke,pergi jelah. Takde siapa nak halang. Tp kita cuba seimbangkanlah dua2 kehidupan ni; antara duniawi & ukhrawi
“Tu je nak bgtau.Kalau rasa bermanfaat perkongsian ni,ikut je lah.Kalau rasa takde manfaat,boleh je waive.Hahhaha dah mcm cakap dgn anak2 pulak.Lebih kurang je pun apa yg saya cakap dgn diorang
“So,all the best.Nanti lagi 100 hari saya update lagi just utk follow up utk tanya siapa yg join saya 100 hari sebelum ok!Live life to the fullest!Peace no war!” tulisnya panjang lebar.
Pelakon dan usahawan, Datin Maria Farida kini sedang menikmati percutian di Osaka, Jepun bersama suaminya, Datuk Rahman Syakur bersempena meraikan ulang tahun pekahwinan mereka yang ke-3.
Kongsinya, dia gembira dan bersyukur kerana dapat merasai detik ini bersama lelaki yang telah menjadi impiannya selama ini.
Perkara itu telah dimaklumkan Maria menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.
“Celebrating our 3rd year Wedding Anniversary in Osaka Japan! With the man of my dreams who makes me blissfully happy everyday since we got married.
“If I had to do it all over again, I would still choose you over and over again my love… I love you sooo much Sayang! 3 wonderful years and forever to go,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Maria meninggalkan ucapan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat rumah tangga mereka.
Setelah sekian lama bergelar ibu tunggal, Maria telah berkahwin dengan Datuk Rahman Shakur pada tanggal 26 November 2015.
Foto: Instagram Maria Farida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...