Selebriti popular, Noor Neelofa memohon doa yang baik-baik selepas memaklum dia kini sedang menantikan detik melahirkan anak sulungnya pada bila-bila masa.

Neelofa, 33, pada masa sama akui rasa gementar menantikan detik kelahiran bayi pertama selain bakal berkongsi berita gembira buat semua.

“Satu pengalaman yang berbeza. Insya-Allah untuk kelahiran nanti saya akan kongsi dengan semua, dalam masa terdekat. Orang kata menghitung hari. Dekat dah dan bila-bila masa saja.

“Tidak saya nafikan untuk melalui proses ini memang gementar. Dari segi persiapan kena belajar banyak perkara. Banyak baca buku, bertanya pada orang. Barangan ‘baby’ alhamdulillah dah siap,” katanya.

Ads

Neelofa ditemui pada Majlis Pelancaran Perisa Baharu Susu Nilofa di Bayswater, KLCC, sebentar tadi.

Dalam masa sama, Neelofa juga berharap diberikan rezeki untuk bersalin secara normal.

Ads

“Insya-Allah kalau diberikan rezeki memang nak bersalin normal.

“Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan diberikan pada saya selama ini. Tidak kira dalam kerjaya atau perniagaan tanpa jemu. Terima kasih mendoakan saya dan suami.

Ads

“Terima kasih juga yang mendoakan kelahiran saya. Minta doakan semoga segalanya dipermudahkan,” katanya.

Neelofa dan suami, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI