Pelakon dan usahawan, Fizo Omar menafikan mengenai spekulasi perpisahannya dengan Mawar Karim adaah disebabkan campur ahli keluarga.
Bekas finalis Hero Remaja itu berkongsi cerita menerusi sesi Live di Facebook Profesor Muhaya yang disiarkan Jumaat lalu.
Malah, Fizo menjelaskan tiada pergaduhan berlaku antara kedua-dua belah pihak dan dia memilih untuk terus berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
“Saya mendapat banyak respon daripada netizen mengatakan saya anak emak. Dan bercerai disebabkan oleh ibu. Saya harus nafikan kerana ia tidak benar.
“Persepsi orang, saya memilih ibu dan mengorbankan isteri dan anak, namun bukan itu yang berlaku. Saya ada jawapan sendiri dan Mawar tahu mengenainya. Dan atas sebab itu kami bercerai secara baik.
“Saya memilih untuk diam kerana tiada apa yang harus diceritakan. Tiada keburukan Mawar untuk dijaja dan terlalu banyak kebaikan dia untuk diceritakan.
“Ada wartawan yang cuba mengorek cerita namun jujurnya tiada apa yang menarik untuk dikongsi. Orang ramai hanya mahukan cerita keburukan. Namun, rumah tangga kami memang baik sebelum ini,” jelasnya.
Ads
Mengakui terkejut dengan spekulasi yang bertebaran, jelas bapa tunggal ini lagi, fitnah timbul hanya untuk melaga-lagakan.
Walaupun ramai yang meminta agar dia mengeluarkan kenyataan bagi menghentikan spekulasi, namun dia lebih selesa berdiam diri.
“Jujurnya saya terkejut apabila netizen membuat spekulasi mengatakan berlaku pergaduhan antara keluarga, namun sebenarnya kami baik-baik sahaja.
“Memang ramai yang memaksa agar saya bercerita untuk menjelaskan keadaan sebenar. Dan apabila saya memilih untuk berdiam diri, mereka kata saya yang bersalah.
Ads
“Tak apalah, saya baik-baik sahaja, cuma ia mungkin memberi kesan kepada keluarga saya,” ulasnya lagi.
Dilihat tenang saat prosiding di mahkamah minggu lalu, bapa kepada Wan Maryam memberitahu, emosi yang ditonjolkan bukanlah bermakna tiada sekelumit rasa sedih di hati.
Bagaimanapun, ia merupakan berkat zikir Ya Barik yang diamalkan.
“Saya sendiri terkejut dengan ketenangan diri sewaktu di mahkamah. Orang kata seolah-olah saya tiada perasaan.
Ads
“Namun, saya sangat sedih kerana kami sudah punyai anak dan Mawar juga banyak jasa dan kebaikan sepanjang kami bersama.
“Namun sudah tertulis jodoh sampai di situ dan ia atas persetujuan dan kebaikan bersama. Perceraian ini bukan kerana kami saling membenci,” akuinya yang kini lebih tenang selepas fasa perceraian.
Pelakon ini juga dilihat membuat kenyataan sudah memaafkan netizen menyebarkan fitnah dan spekulasi.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.
Fizo dan Mawar bercerai talak satu kira-kira jam 10.50 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor, 10 Julai lalu.
Tanggal 14 Februari yang sinonim dengan Hari Kekasih (Valentine’s Day) pastinya menjadi antara momen paling bermakna buat pelakon dan model era 90-an, Azah Aziz.
Pelakon dan model ini memaklumkan, pada tarikh itulah dia bertemu dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah buat kali pertama.
Berkongsikan kisah itu di laman Instagram miliknya, Azah atau nama sebenar Norazah Aziz, 50, berkata hari ini sudah genap 31 tahun dia berkenalan dengan teman sejiwanya itu.
“Kami bertemu pada Hari Valentine 1992. Saya ketika itu berusia 19 tahun, manakala suami 25 tahun. Hari ini genap 31 tahun kami bersama.
“Hari Valentine adalah sesuatu yang istimea buat kami, ia akan kekal dalam hati dan jiwa saya sampai bila-bila. InsyaAllah.
“Tiber fefeling jiwang pula dah tua-tua ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi posting itu juga, Azah menyertakan sebuah video yang memaparkan kompilasi gambar-gambar mereka bersama termasuk gambar ketika di awal pertemuan 31 tahun dahulu.
Pelakon drama Mat Despatch itu mendirikan rumah tangga dengan Daud, 56, yang merupakan lelaki kelahiran Perancis pada 7 Januari 1995.
Menurut Sakinah, dia tetap meneruskan usaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan kata-kata semangat kepada adik kepada Sharifah Shahirah ini agar bersabar dan nantikan peluang dikurniakan rezeki zuriat lagi.
Imbas kembali, Sakinah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015.
Pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya mata bernama Anais Adha, 3 tahun.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.