“Orang Kata Shuk Curang, Tak Padan Dengan Muka… Saya Sekali Pun Tak Pernah Melenting,” – Shuk Sahar

Share

Selepas teruk dikecam susulan dakwaan kisah kecurangannya, pelawak Shuk Sahar tampil meluahkan perasaan berhubung isu tersebut.

Ketika melakukan satu siaran langsung di TikTok, Shuk atau nama sebenarnya, Muhammad Shukri Mohamed Sahar, 36, mengakui dia sama sekali tidak pernah melenting dengan tanggapan negatif netizen terhadap dirinya.

“Saya sekali pun tak pernah melenting, aku terima guys.

“Orang kata Shuk curang, tak padan dengan muka, aku cuma nak korang fikir betul-betul life aku korang tak tahu story dia sepenuhnya, itu sahaja boleh cakap.

“Macam mana aku struggle, bila aku hilang semua… macam mana aku try cari ruang. Mungkin kadang-kadang silap aku nampak besar pada korang, aku minta maaf.

“Kalau rasa apa yang korang tengok tak suka di mata korang, aku minta maaf,” katanya dalam siaran langsung tersebut.

Biarpun sering dikecam, Shuk tetap dengan pendiriannya enggan mendedahkan kisah sebenar melibatkan rumah tangganya di media sosial.

“Biar orang betul-betul kenal sahaja tahu, aku minta maaf kalau korang rasa tak best. Malah di bulan puasa ini juga aku ambil kesempatan maafkan korang,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika dihubungi Media Hiburan, Shuk enggan mengulas lanjut mengenai kisah rumah tangganya.

“Saya minta maaf, tiada apa nak komen. Selamat berpuasa,” kata Shuk ringkas.

Terdahulu, isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Sera dilihat berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada bulan lalu sehingga mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Untuk rekod, Shuk berkahwin dengan Sera pada 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar