Pelakon, Aeril Zafrel meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir sikap masyarakat yang suka bersangka buruk mengenai niat seseorang.

Menurut Aeril, jika kita tidak mampu untuk mendoakan kebaikan orang lain, jangan pula kita menyebarkan kebencian.

“Haritu saya ada pos tentang niat saya untuk bayar zakat setiap bulan.

“Serta mengajak & mengingatkan kepada mereka yg berniaga untuk melakukan ibadat wajib ni.

Ads

“Jika kita tidak mampu untuk mendoakan, jangan kita menjadi asbab menyebarkan kebencian.

“Niat itu urusan hati, HATI itu urusan Illahi,” tulisnya.

Ads

Menurut suami kepada pelakon, Wawa Zainal itu lagi, niatnya berbuat demikian hanyalah untuk menggalakkan lagi para peniaga untuk menyumbangkan zakat kepada mereka yang memerlukan.

Rasa terkilan itu dikongsikan oleh Aeril menerusi akaun Twitter miliknya.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Aeril supaya tidak mempedulikan kata-kata negatif itu dan teruskan sahaja dengan niat murnianya itu.

“Orang Lain Pun Bayar Zakat Juga Takda Nak Menunjuk,” – Terkilan Komen Negatif Sesetengah Pihak, Ini Respon Aeril Zafrel “Orang Lain Pun Bayar Zakat Juga Takda Nak Menunjuk,” – Terkilan Komen Negatif Sesetengah Pihak, Ini Respon Aeril Zafrel

Terhadulu, Aeril memasang hajat untuk untuk menghulurkan zakat pada setiap bulan semenjak perniagaannya bertambah maju sejak kebelakangan ini.

Sumber: Twitter Aeril Zafril

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI