Penyanyi, Kaka Azraff mengakui dirinya pernah berdepan cabaran besar selepas membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Adam Azriff lebih dua tahun lalu.
Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff berkata, dia juga ada menerima komen negatif daripada rakan-rakan di sekeliling kerana ada yang mendakwa, Adam tiada memiliki pekerjaan yang tetap dan stabil pada ketika itu.
“Sejujurnya masa Kaka kahwin dengan Adam, dia memang tak ada apa-apa. Dia tak ada bisnes tapi saya tahu dia seorang yang rajin cuma mungkin pada ketika itu, rezeki belum ada.
“Namun tanpa fikirkan mengenai perkara tersebut, saya buat keputusan untuk kahwin dengannya.
“Jadi orang di sekeliling selalu cakap dan tanya, boleh ke dia jaga saya? Dia tak ada kerja nanti macam mana dia nak tanggung saya? Perkara ini banyak memberi tekanan kepada dia sebenarnya.
Ads
“Memang ketika itu dia tak ada apa-apa tapi orang lain tak tahu apa yang ada di dalam hatinya.
“Cukup atau tak cukup ke, hanya kami yang tahu. Orang luar hanya boleh bercakap sahaja. Jadi itulah apa yang kami lalui selama ini,” katanya jujur.
Kaka pada masa sama turut mendedahkan, dugaan rumah tangga yang dialami sering berpunca daripada pandangan orang sekeliling.
Ads
“Tahun pertama perkahwinan kami memang banyak sangat dugaannya dan ia bukan berpunca daripada kami berdua, tapi sebab kata-kata orang di sekeliling juga.
“Jadi pada Kaka, jangan dengar apa orang lain cakap dan bila kita sudah bertemu pasangan hidup yang serasi, hanya kita sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk pasangan,” akhirinya yang baru sahaja muncul dengan single terbaru, Janjiku.
Lagu hasil ciptaan komposer MFMF dan Tysha Tiar itu merupakan sebuah lagu yang mengisahkan tentang liku-liku kehidupan rumah tangganya bersama suami.
Ads
Imbas kembali, Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aslan, setahun.
Foto: Instagram Kaka Azraff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Minggu lalu, Erma Fatima ada menulis kapsyen humor tetapi ada elemen nasihat buat adik iparnya bersempena dengan majlis baby shower Betty Rahmad. Nyatanya, pengarah dan penerbit ini bagai tidak sabar untuk menantikan ‘ahli keluarga’ baru.
“Nikmatnya kurnian Allah kpd perempuan yg mampu mengandung …9 bulan itu yg paling indah…Alhamdulillah adik aku mampu melahirkn zuriat buat suaminya.. @ardydamis hang tkdak alasan nk menikah satu lg naaaa. Aku nk girl…tp tkpalah..syukur,” tulisnya.
Malah, Erma turut memuat naik beberapa potong video di majlis masa.
“Hari yg sangat mengembirakan kami sekeluarga. Terima Kasih Allah,” maklum Erma lagi sambil dihujani dengan ucapan tahniah daripada kalangan pengguna Instagram.
Tidak kurang, ada yang memahami apa yang ingin disampaikan Erma menerusi kapsyennya itu.
Apa pun, tahniah buat Betty sebab bakal timang cahaya mata lelaki tidak lama lagi. Semoga dipermudahkan.
Dalam perkembangan lain, seorang lagi adiknya Datin Seri Umie Aida baru saja dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2018 atas persembahan cemerlangnya menerusi filem Dukun.
Foto: Instagram Erma, Betty
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Neelofa menyifatkan setiap individu di muka bumi ini mempunyai perjalanan hidupnya yang tersendiri.
Menurut Neelofa, Allah telah mengurniakan rezeki buat seseorang itu dalam pelbagai cara dan sebagai manusia kita tidak patut mempertikaikannya.
Janganlah kita suka mempertikaikan rezeki orang lain. Ada orang, belajar tak cemerlang, alam pekerjaan top employee, business jual benda biasa je, tapi sebab usaha, boleh cecah juta-juta. Nyanyi ok, tapi sebab atittude dan rezeki dapat lagu yang best, lagu jadi meletop. Begitulah
“Janganlah kita suka mempertikaikan rezeki orang lain.
“Ada orang, belajar tak cemerlang, alam pekerjaan top employee, business jual benda biasa je, tapi sebab usaha, boleh cecah juta-juta.
“Nyanyi okay, tapi sebab atittude dan rezeki dapat lagu yang best, lagu jadi meletop. Begitulah,” tulisnya.
Kenyataan tersbut dikongsikan oleh pengacara program Next To Neelofa itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Melihat pula di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Neelofa itu selain turut berharap agar kita semua belajar untuk mengenal erti bersyukur.
Terdahulu, program Next To Neelofa kini telah pun memasuki episod ke-7 yang menampil chef tersohor negara, Chef Wan sebagai tetamu undangan.
Next To Neelofa boleh ditonton pada setiap Khamis jam 9.00 malam eksklusif di Astro Ria (123) dan Ria HD (104)
Sumber: Twitter Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, MH berkesempatan bertemu Forteen untuk bertanyakan mengenai perkembangan terkini mengenai kumpulan yang terkenal dengan lagu Berdua Bersatu itu.
Kongsi kumpulan yang dianggotai oleh One, Ameerais Azhar dan Ariz Lufiaz berkata mereka tidak merancang untuk menambah ahli kumpulan mereka.
“Ini merupakan sesuatu yang baru juga buat kami. Walau macam mana pun saya rasa semua dah tahu kita dah move on, dah berbaik semula. Tapi macam mana pun, Forteen harus diteruskan juga walaupun kami bertiga.”
“Buat masa sekarang ni memang kita orang rasa dah terbiasa bertiga hampir 8 tahun jadi kita orang memang tak ada nak tambah ahli ke atau apa.”
“Tapi mungkin akan ada featuring dengan artis-artis lain in future,”kongsi Forteen.
Dalam perkembangan lain, Fourteen kini telah melancarkan lagu single terbaru berjudul Diam Saja pada bulan lalu. Menurut Fourteen, lagu single terbaru ini merupakan buah tangan buat peminat Fourteen setelah hampir 2 tahun kumpulan ini menyepi.
Pelakon Eyka Farhana mengesahkan dia bakal melangkah ke fasa baharu dalam kehidupannya apabila akan melangsungkan pernikahan bersama pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Akhyar...