Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mendedahkan dirinya tersentuh ketika kembali menyantuni dan mengadakan program pemberian sumbangan buat para asnaf serta gelandangan di sekitar Kuala Lumpur, hujung minggu lalu.
Menurut Ebit, ada juga di kalangan mereka yang menangis dan meluahkan rasa sedih kerana terlalu rindu untuk bertemu dengannya.
Katanya lagi, dia sememangnya sudah pun menganggap para gelandangan ini sebagai saudara paling rapatnya ketika ini.
“Misi ke KL sahabat-sahabat yang disayangi. Sayu jer jumpa pakcik makcik ni semua. Ramai menangis rindu dah lama saya tak tengok mereka. Makcik-makcik kata kami hari-hari doakan ustaz. Kami sayang ustaz sangat.
“Sedih rasa. Orang miskin dan jalanan nilah saudara rapat saya. Anak bawah jambatan. Pakcik makcik dijalanan. Kakak ibu tunggal yang besarkan anak seorang diri. Gembira dan sayang pada mereka sangat,” tulisnya.
Ads
Perasaan sayu itu dikongsikan oleh Ustaz Ebit menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut menzahirkan rasa gembira apabila usahanya itu turut mendapat bantuan daripada kalangan artis termasuklah aktor popular, Zul Ariffin
“Hari ni mereka gembira lihat @zul_ariffin dan ramai lagi sahabat, artis-artis, influencer, gamers yang berdakwah dan berkongsi rezeki.
“Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah. Kerja ini banyak nak dibuat kerana itu perlu lebih ramai yang bersama-sama,” kongsinya lagi.
Ads
Malah, menerusi video berdurasi hampir satu minit itu turut memaparkan penglibatan Zul Ariffin yang dilihat tidak kekok untuk menyantuni para asnaf di program tersebut.
Tambahnya lagi, dia juga turut berharap agar penglibatan para selebriti serta bintang media sosial dapat membuat lata semua pihk untuk sama-sama menyertai kerja-kerja amal ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut mendoakan agar segala usaha amal dan dakwah itu akan sentiasa dipermudahkan.
Ads
“Alhamdulillah, hikmah PKP. Ramai artis berubah. Amin ya rabbal alamin. Teruskan beristiqomah.
“Ya Allah, terasa manis ukhwah yang dibina.
“Alhamdulillah, semoga Allah murahkan rezeki ustaz dan semua yang terlibat. Amin.
“MasyaAllah, may Allah always bless you ustaz and your team,” antara reaksi-reaksi positif netizen di laman Instagram.
Selain Zul Ariffin, antara selebriti yang turut dilihat sama-sama menjayakan program tersebut termasuklah Ali Puteh, Harris Annuar, Safwan Nazri dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Polis meminta agar pelakon dan penyanyi, Lufya Omar untuk memberikan kerjasama bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan menculik yang didakwa berlaku di sebuah taman permainan di Kota Damansara, Selangor pada 26 Jun lalu.
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mahu Lufya membawa anaknya yang berusia 5 tahun ke balai polis bagi merekodkan keterangan berhubung insiden tersebut.
Katanya lagi, pihaknya juga ingin mendapatkan lakaran wajah (fotofit) suspek bagi membuat hebahan awam.
“Polis sudah menghubungi Lufya dan sekarang masih menunggu kerjasama daripadanya,” katanya,” katanya seperti yang dipetik.
Tambah Fakhrudin, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.
Pada Jun lalu, MH melaporkan mengenai insiden yang menimpa Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 37, mendakwa cedera di bahagian kepala dan badan akibat dipukul dengan kayu oleh seorang lelaki dalam cubaan menculik anaknya, Laana Haura.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Astro Awani & Instagram Lufya Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sambil meluahkan rasa rindu buat tunang tersayang iaitu pelakon Kamal Adli, perkongsian foto dari bintang cantik Uqasha Senrose mendapat perhatian warganet.
Ini kerana, menerusi beberapa gambar yang dimuatnaik, salah satu daripada dilihat seolah-olah disunting dengan ketara pada bahagian pinggulnya sehingga membuatkan garisan dinding yang terletak di bahagian belakang turut sama ikut bengkok.
“I miss those days .. where i can see u when i miss you .. and now i miss everything about you my mr.fiance,” tulis Uqasha pada ruangan kapsyen foto berkaitan.
Kamal Adli turut memberikan respon terhadap posting Uqasha.
Sementara itu, ada pengguna Instagram yang memberikan pendapat mereka terhadap suntingan yang dibuat.
“Tiang bengkok,” kata seorang warganet.
“Walaupun saya ternampak garisan tiang tu bengkok, tapi takpe, kak Usta comel laaa,” tulis seorang warganet lain.
“Akak kalau tak reti edit boleh pm saya tau. Saya bantu akak confirm clean bukti,” tulis seorang warganet menawarkan diri.
“Terbengkok terus dinding belakang tu, tapi tetap lawa,” puji seorang warganet.
Bagaimanapun, ada juga yang memuji keserasian di antara pasangan ini dan tak kurang yang tidak sabar untuk menantikan hari bahagia mereka.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Aishah Ilias menjawab punca dirinya menghilangkan diri dalam dunia seni ketika namanya menjadi bualan ramai menerusi drama bersiri, Cinta Ibadah yang ditayangkan sekitar tahun 2014.
Menurut Aishah, dia memperlahan kerjaya atas faktor hal peribadi dan perkara tersebut sukar dijelaskan secara terbuka.
“Sebenarnya ada sebab ia berlaku, tetapi saya tidak boleh untuk mendedahkannya kerana ia membabitkan soal keluarga.
“Disebabkan itu, saya pilih untuk ‘rehat’ sekejap dan apabila semuanya sudah selesai, sekarang saya kembali semula berlakon,” katanya.
Bintang ini menambah, meski sedar namanya kurang popular berbanding rakan-rakan seangkatan seperti gandingannya dalam Cinta Ibadah iaitu Fattah Amin, namun Aishah tidak menganggap perkara itu sebagai satu tekanan.
“Saya memang ada, bukan senyap. Tawaran berlakon yang kadangkala kurang menarik membuatkan saya perlu teliti. Maklum saja cerita Melayu balik-balik ‘Megah Holding’.
“Tawaran cerita begitu ada dan memang saya terima, namun tidak kena dengan minat. Walaupun nama saya kurang popular, tetapi sebilangan watak kurang sesuai dengan saya seperti watak kampung.
“Pernah sebelum ini saya membawa watak seperti itu, tetapi tidak menjadi kerana kurang bersuaian dengan wajah.
“Walaupun persaingan dengan artis baru itu memang ada, tapi itu rezeki masing-masing kerana sebagai contoh Che Ta (Rozita Che Wan) turut memulakan kerjaya lakonan agak lambat, tetapi meletup sehingga sekarang.
“Jadi sekarang ini saya sudah bersedia untuk membuat kemunculan semula,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Aishah kini muncul menerusi filem berjudul Musyrik – Api Neraka Menantimu yang turut menampilkan Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies sebagai pelakon utama.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...