Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Ilyas atau sinonim dengan panggilan Syinta ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.
Menerusi posting tersebut, Syinta telah meluahkan perasaan bersama pengikutnya di laman media sosial berkenaan.
Bahkan, Syinta juga turut memberitahu bahawa dia telah merancang untuk membawa kedua-dua orang tuanya menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah, tahun hadapan.
“Org terus mengeji , kita terus maju . Org yang nak berjaya perlu punya prinsip pergi mampos dan fokus dengan apa yg nak dicapai .
“Kalau kita susah , bukan orang tu yg bagi kita makan . Betul tak ?? Bagai mimpi akhirnya buka juga @skinworks_bysafiey dan @safieycosmetics_hq .
“Nak bawak mak dan ayah pergi haji tahun depan. Tapi mak dan ayah cakap tak nak pergi kalau syinta®️tak pergi .
“#Dsiempire #apasalahsyinta #syintagila #perlakingsnowfitz #skinworksbysafiey #safieycosmetics,” tulisnya.
Di samping itu, netizen juga turut mendoakan agar semua urusan usahawan terkenal tersebut dipermudahkan.
Ada juga peminat yang turut memberikan reaksi pelbagai terhadap prinsip bisnesnya itu.
Foto : Instagram Safiey Ilyas