Pelakon, Puteri Sarah Liyana menyuarakan keyakinan untuk menampilkan persembahan yang terbaik sepanjang bersaing di program Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-4 bersama kumpulan Gebu.
Menurut Puteri Sarah, dia kini mahu mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa dan mengasah bakatnya untuk menjadi anak seni yang versatil.
“Saya sudah pernah berlakon, sertai teater dan berniaga. Kini, saya nak mencabar diri untuk melawak pula. Mana tahu saya boleh jadi pelakon komedi pula nanti.
“Saya akui nyanyian bukan bidang saya namun, saya anggap program ini seperti ‘Fear Factor’.
“Saya akan terus mencuba. Sedap atau tidak, janji kita buat persembahan dengan yakin,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, pelakon drama Polis Peronda ini memaklumkan dirinya tidak mengambil masa lama untuk membuat keputusan bila dia mendapat pelawaan daripada dua anggota pelawak yang lain iaitu Ilham Abata dan Mamak Puteh.
“Saya pernah berlakon bersama Ilham Abata sebelum ini untuk telefilem komedi. Dia nampak saya kelakar jadi, dia jemput saya sertai kumpulannya.
“Bila Mamak dan Ilham datang jumpa saya, saya terus okay. Saya nak cuba pelbagaikan bakat saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah juga akui sudah bersedia untuk berdepan dengan kritikan juri mahupun netizen.
“Tak mengalah. Kalau orang nak kecam pun, saya okay sahaja. Saya jadikan itu sebagai pembakar semangat. Saya akan usaha lagi untuk buktikan yang saya juga mampu melawak,” kongsinya lagi.
Ditanya adakah Puteri Sarah kini berada di fasa bahagia sehingga mahu menyertai pertandingan lawak, ini reaksi tuan empunya badan;
“Betul ke? Jangan terpedaya dengan luaran. Pada saya, tak perlu kita campurkan urusan peribadi dan kerja. Ketika di luar, saya memang seorang yang periang.
“Namun, bila melibatkan hal peribadi, ada masa kita perlu tegas. Saya tak nak orang pijak kita.
“Ketika saya ditimpa ujian sebelum ini, saya pernah terima tawaran berlakon drama berat tapi saya mampu melakukan,” akhirinya.
Terdahulu, MLS4 bakal bersiaran bermula 22 September, jam 9 malam disaluran Astro Warna dan Astro Go.
Sebanyak 10 kumpulan bakal bertanding dan akan diadili oleh tiga juri tetap iaitu Saiful Apek, Harith Iskander dan Anna Jobling.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI