Isteri kepada Johan iaitu Ozlynn meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan penyanyang.
Kongsi Ozlynn atau nama lengkapnya Rozlinawaty Ismail, Johan sentiasa memahami kehendaknya dalam apa juga keadaan,termasuk makanan kegemaran.
“Org pertama yg dpt kiss sblm anak2. dia ckp dia rindu kita banyak2.. kita x caya.. tp bila dia bawak kita g pasar malam n belikan makanan fav kita putu mayam.. popia basah.. buah kundang ok cukup! kita dh bahagia..
“Kita tau dia sayang n rindu kita.. ok jap eh… dia baru lepas siku kita.. dia ckp “ u sengeh2 dgn sape?? Hp penting ke i penting??
Ads
“Guys!! For sure aku habaq dia lg penting..sambil tgn aku laju dok menaip.. post dulu sat.. pastu siap dia kita lipat. ok janji!! Last ok papa.. i sayang u tauuu.. tauuuuu,” tulisnya.
Penyanyi tersohor, Dato’SriSitiNurhaliza menyambutulang tahunke– 25 tahun di dalamindustri seni, hari ini.
Beliau yang kinisedangsarathamiltelahmenghadiahkan sesuatu yang istimewapadatarikhistimewa inidenganmelancarkan album lagukanak-kanak,Legasi.
Album terbitanSitiNurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd diterbitkansecara digital dan juga album fizikal.
Bermula 1 April, para pencintamuzikdanpeminatbolehmendapatkan album penuh di seluruh platform digital danpihak SNP memberikankepercayaankepadasyarikat Universal Music Sdn. Bhdsebagaipengedar.
Sementara, album fizikalatau CD pula bolehdilanggan melalui platform snp.onpay.my ataumenerusi Affiliate SNP yang sah.
Bagipenerbitan album yang ini,Sititelah memberikepercayaankepadapenerbitmuda, PownHasril bagimemberikansentuhanbarudansegaruntukkeseluruhan lagu yang ditampilkan.
Menariknya juga, Siti juga sempatmenyiapkanduabuah video sebelumberehatuntukpersediaanmelahirkandanberpantang.
Video muziklagu Medley KlasikSiti 1 akandilancarkanpadajam 9 malam, 1 April di saluranyoutubeSitiNurhaliza.
Video muzikinimendapatkerjasamadaripadasyarikatBeausitidan Wonderlab.
Sebuahlagi video muzikialahmenerusilaguciptaanSiti untukbayi yang bakallahir yang diberijudulAnakanda.
Video muzikuntuklaguinimendapattajaansyarikat Cuckoo danakandilancarkanpadabulan April juga.
MenurutSiti, penerbitan album kanak-kanakinimerupakanusahabeliaubagimelestarikanlagukanak-kanakklasiksupayaterusdiingatidanmenjadiwarisangenerasiakan datang.
Selainitu, sebagaipenyanyi yang telahbergelaribu, Siti berpendapatlaguataumuzikkanak-kanakmempunyaiimpak positifbagimembantuperkembangandanpembelajaran.
“Apa yang pentingadalahmesej yang kitasampaikan di dalamsesebuahlagu.Anak-anakiniakancepatbelajardan memahami, justerudalamliriklagukanak-kanaktermasuk olahanlirikterbaharu, sayamemberikanmesej yang baikserta berguna,’’ ujarpenyanyiberusia 42 tahunini.
Single Medley KlasikSiti 1 merupakanlagukanak-kanak yang seringdinyanyikanolehSitibersamarakan-rakan sewaktutinggal di berek polis di Kuala Lipis, Pahang.
Nostalgia puluhantahunlaludiabadikanolehbeliau di dalam sebuahlagudanberharap agar permata hatinya,SitiAafiyah mengenallagukanak-kanak zaman beliaudahulu.
UjarSiti, beliauberharap agar album Legasitidakdisamakan dengan album komersilbeliau yang lain.
Penerbitansebuah album komersilpastitidaksamadengan album kanak-kanak yang lebihsantaidantentunyaberbezadalambanyakaspek sertapemilihan.
Namunapabilamendengar album ini, dia yakinusahanyatidaksia-siakeranaLegasimenampilkan keistimewaan yang tersendiri.
“Sayatetapmengutamakankualitimuzik, bunyidangubahan yang baikdalamsesebuahlagudan album Legasimempunyai keseronokantersendirisewaktu di dalam studio.
“Apa yang penting, sayasangatberpuashatidenganhasilkerjadan usaha yang dibuatolehPownHasrilselakupenerbitbersama pasukankerjanya,’’ katanya.
Album Legasimengandungi 7 buahlagudanmempunyai 10 buah track termasukinterlud.
Di dalam album ini, Sititurut menghasilkansebuahlagubuatanak yang bakaldilahirkan yang diberijudulAnakanda.
Sebuahlagilaguciptaanbeliau sebeluminiiaituComel Pipi Merahturutdimuatkan di dalam album ini.
Lain-lain lagutermasukAnakkuSayangku (laguasalAnakku Sazali), Medley KlasikSiti 2, Bintang Kecil danBurung KakakTua.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengisahkan seorang anak muda Bernama Bidin Al-Zaifa yang kini sudah mempunyai perniagaan sendiri dalam bidang permotoran.
Menariknya, filem Bikers Kental 2 ini membawa plot yang lebih hebat apabila Bidin mahu memperisterikan Cherry Porntit dari Hatyai, Thailand, namun hubungan mereka berada di jarak jauh.
Dalam mengejar cinta Cherry, Bidin bertemu musuhnya, Pornthaliwat Thani yang telah dipenjarakan selepas ditangkap.
Secara tidak langsung, Pornthaliwat menyimpan dendam terhadap Bidin kerana tidak berjaya mendapatkan wang yang dicuri Bidin.
Setiba sahaja Bidin di sebuah warung di Hat Yai, dia ternampak Cherry bersama seorang lelaki kacak sedang menolongnya. Lantas, Bidin mulai berasa cemburu dan ingin menyerang lelaki itu.
Realitinya, lelaki berkenaan adalah abang kepada Cherry iaitu Ananda.
Disebabkan salah faham itu, Bidin meminta maaf, bagaimanapun Ananda tidak berapa menyenangi sikap Bidin gara-gara pergaduhan tersebut.
Adakah Bidin berjaya mendapatkan cinta sejati dari Cherry apabila banyak halanagn dan dugaan yang berlaku di Thailand? Jangan lupa saksikan filem bergenre aksi ini di pawagam pada 14 Mac ini.
Selain itu, filem aksi ini diterajui barisan pelakon tempatan seperti Zizan Razak, Dato Awie, Dato Afdlin Shauki, Bront Palarae, Amerul Affendi bergandingan dengan pelakon Thailand seperti Meau Julallangtip dan Kaewkorravee.
Diarahkan oleh pengarah terkenal, Helmi Yusof yang telah menubuhkan syarikat produksinya sendiri iaitu Calif Work Studios Sdn Bhd dan mereka telah berjaya menghasilkan filem seram iaitu “Seru” arahan Woo MingJin.
Jadi, kepada pembaca MH yang berminat untutk memenagi barangan ekslusif filem Bikers kental 2 boleh ke Instagram Media Hiburan, @mediahiburanofficial dan jawab seoalah yang mudah!
Sejak semalam, tular di media sosial mengenai sebuah video melibatkan seorang gadis yang didakwa telah mengkritik bakat penyanyi, Nabila Razali.
Jelas gadis tersebut, Nabila difahamkan telah menjalani kelas vokal selama lebih setahun untuk memperbaiki nyanyiannya bagi lagu Peluang Kedua, namun hasilnya seolah-olah sama.
Malah dia juga turut membandingkan bakat yang dimiliki Nabila dengan penyanyi lagenda, seniwati Puan Sri Saloma.
Video yang tular dilaman Twitter itu nyata mendapat perhatian daripada ramai pihak termasuklah Nabila sendiri.
Hmm. I do realised my weaknesses & my flaws, Some people take a longer time to learn something. We are born differently. Embrace your strength & weakness. But don’t put down others just because you are better than them.Most importantly, TRUST THE PROCESS &have faith. InshaAllah. https://t.co/mcXy1GvEO9
Menerusi perkongsian di Instagram stories, Nabila dilihat ada memberikan reaksinya berhubung isu berkenaan.
Jelas Nabila, dia sendiri tidak tahu apa motif sebenar gadis tersebut namum dia menyifatkan setiap orang mempunyai kebolehan yang berbeza.
“Ada orang hantar video ini kepada saya. Pertama sekali, saya tidak tahu apa niat perempuan ini untuk memuat naik video berkenaan.
“Saya selalunya abaikan sahaja konten-konten seperti ini. Tetapi kali ini saya perlu jelaskan mengenai beberapa perkara.
“Saya sedar akan kelemahan dan kekurangan saya. Ye memang benar, sesetengah orang perlukan masa yang lama untuk belajar sesuatu.
“Apapun, kita semua telah dilahirkan berbeza. Keluarga berbeza, sekolah berbeza dan kebolehan masing-masing juga berbeza. Kita kena terima kekuatan dan kelemahan kita,” tulisnya.
Dalam pada itu, bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) 2013 ini turut memaklumkan dirinya sentiasa percaya dengan proses pembelajaran yang sedang dilaluinya ketika ini.
“Tapi jangan sesekali kita menjatuhkan orang lain untuk merasakan diri lebih bagus. Sokonglah mereka. Bangkit bersama.
“Bagi kritikan yang membina dan bukan menjatuhkan. Yang paling penting, kita kena percayakan kepada proses tersebut dan berserah kepada Allah,” katanya lagi.
Nabila turut mendedahkan dia telah pun memaafkan perbuatan gadis tersebut selain turut tidak mahu menyimpan perasaan lebih-lebih lagi ketika di bulan yang mulia ini.
“Walau apapun niat gadis tersebut, tak mengapa. Saya maafkan je dia di hari baik bulan baik ni. Saya cuma nak bangkitkan kesedaran supaya kita sama-sama gunakan media sosial dengan berkhemah.
“Sebab kita tak akan tahu yang kata kata kita mungkin boleh memusnahkan impian orang lain. Salam Ramadan dan salam Nuzul Al-Quran.
“Akhir sekali, selalu ingat perkara ini, tiada yang sempurna diantara kita. Yang sempurna hanyalah Dia. Assalamualaikum,” akhirnya.
Sumber: Instagram Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!