Nama Fathia Latiff nampaknya tak pernah lekang dari menjadi bualan orang ramai khususnya di media sosial Twitter dan Instagram. Kalau tidak mengenai mengenai posting luahan suaranya, pasti gambar di Instagramnya akan menjadi tumpuan.
Terbaru, MH terlihat beberapa gambar yang di kongsi Fathia. Wow! Nampaknya aktres jelita itu cuba berjinak-jinak dengan seni bela diri Muay Thai.
Adakah Fathia mengambil langkah ini untuk mempertahankan diri selepas dilapor diserang oleh seorang lelaki botak beberapa hari yang lalu kerana lantang membicarakan dan memberi pendapat mengenai hal politik di Twitter?
Bagaimanapun, Fathia telah menutup ruangan komen gambar tersebut. Ribuan komen telah Fathia terima digambar yang lain, di mana disedang minum dan menampakkan mukanya yang dilihat tidak seperti sebelumnya.
Rata-rata pegikutnya meninggalkan komen mengenai wajahnya seolah-olah yang sedang breakout dan dilihat tidak flawless seperti dahulu.
Ada juga yang mendakwa tekanan yang dihadapi pelakon cantik itu menyebabkan kulitnya bermasalah dan meminta Fathia untuk mencari masa untuk rehatkan diri.
Menjadi selebriti pastinya sukar, dalam hal kerjaya sehingga hal peribadi pastinya akan menjadi tumpuan.
Sabar jelah ya Fathia. Bagi MH, masalah jerawat perkara biasa. Perempuan biasalah kadang-kadang masalah datang bulan atau tekanan pasti akan memberi efek pada kesihatan diri, tak selalu kulit akan licin berseri-seri kan?