Kasih ayah sepanjang masa, kasih ibu membawa ke syurga.

Tidak dapat menahan kesedihan, penyampai radio Suria FM, DJ Lin merasa sebak pada sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini apabila pertama kali menyambutnya tanpa kehadiran ibu tercinta yang telah pergi dijemput Ilahi pada 24 Jun lalu.

Ibu DJ Lin, Puteh Jantan, 80 menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit buah pinggang di kediamannya di Larkin Jaya, Johor Bahru.

 “Orang Rindu Mak Sangat,” – DJ Lin Ziarahi Pusara Allahyarhamah Ibu

“Orang Rindu Mak Sangat,” – DJ Lin Ziarahi Pusara Allahyarhamah Ibu

Ads

Walaupun masih terasa kehilangan arwah ibu, DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid, 47, dan adik-beradiknya yang lain tetap cuba menghidupkan suasana hari raya seperti mana yang sering dilakukan ibu mereka pada ketika hayatnya.

“Selamat Hari Raya mak ya. Kali pertama anak-anak juga menantu serta cucu-cucu mak akan menyambut kedatangan Aidiladha tanpa mak di sisi kami.

“Tapi kami tetap tunaikan hasrat mak untuk kita masak ketupat dan lauk pauk macam yang selalu kita hidangkan di pagi raya,” tulis DJ Lin di Instagramnya.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

Menerusi perkongsian itu juga, DJ Lin memuat naik video dia menziarah pusara arwah ibu di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Johor Bahru.

Ads

“Mak… Orang (DJ Lin) datang ziarah kubur mak. Macam mana kehidupan mak kat sana? Orang doakan roh mak tenang dan di tempatkan di kalangan orang beriman, soleh dan solehah selalu. Orang rindu mak sangat,” luah DJ Lin.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram DJ Lin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI