Pengacara popular, Datuk AC Mizal memuji semangat dan kesungguhan pengasas jenama Sellection, Nor Rafidah Khairuddin yang cekal dalam usahanya meluaskan empayar perniagaan yang wajar dijadikan contoh.
Menerusi sesi lintas langsung yang diadakan di butik tiga lot premis niaga terbaharu miliknya Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Datuk AC turut hadir ditemani isterinya, Datin Emylia Rosnaida.
“Bukan senang nak cari peniaga Melayu bumiputera macam ini. Dua tahun lalu saya jumpa dia di butik kecilnya. Sekarang ini butik Rafidah semakin membesar dan meluas, tahniah. Siap bawa jenama Coach dan lain-lain.
“Butik baharu miliknya mengingatkan saya seperti sebuah butik saya lawati ketika percutian di Jepun baru-baru ini, memang sebiji. Malah harga ditawarkan juga lagi murah berbanding di luar,” kata bekas anggota kumpulan 4U2C itu.
Malah, bapa kepada dua cahaya mata itu juga turut berpendapat, manusia hidup atas satu perkara dipanggil harapan.
“Kita bangun tidur dengan harapan esok lebih sihat, berjaya, kaya dan sebagainya. Kita juga sering berharap boleh beli sesuatu tapi dengan syarat kena kerja keras.
“Apabila tak ada harapan dan selesa duduk rumah, ia tak membawa apa-apa makna. Macam sekarang ini selepas tengok harga beg di butik ini contohnya berharga RM900, kita sasar nak beli.
“Nak beli mungkin tidak hari ini, tapi waktu mendatang. Kena kumpul duit. Semua manusia hidup dengan harapan. Sesekali ‘reward’ atau beri ganjaran kepada diri dan sentiasa positif dalam hidup. Satu lagi, kena ada ilmu… jangan main langgar saja,” katanya.
Ads
Bukan hanya wanita, Datuk AC juga akui golongan lelaki juga kena pandai bergaya dan ‘reward’ diri dengan barangan berjenama jika ada rezeki lebih.
Selain AC, jenama ini turut terkenal di kalangan artis popular lain termasuk Maria Tunku Sabri, Elly Mazlein, Amyra Rosli dan beberapa pempengaruh.
Menurut Rafidah, kehadiran golongan berkenaan antara yang melonjakkan pengaruh serta jenama yang diusahakannya.
“AC sendiri banyak berkongsi tips dan nasihat kepada saya. Dari zaman 4U2C hingga bergerak solo, beliau membuktikan keampuhan dirinya hingga masih relevan,” kata usahawanita ini.
Sementara itu, Rafidah yang bermula dari personal shopper dan memiliki butik sendiri di Wangsa Melawati bersyukur kini empayar perniagaannya naik taraf.
Ads
Bermula dari ‘personal shopper’, wanita ini berjaya pindah lokasi butik fizikalnya dengan tiga kali ganda besar dari yang lama. Perpindahan itu juga menjadi bukti kesungguhannya bergelar usahawan yang diceburi sejak tahun 2014.
“Bagi saya kejayaan memiliki butik baharu yang turut menempatkan gudang dan pejabat ini dianggap sebagai peristiwa penting dalam perjalanan saya mengembangkan empayar serta legasi bisnes. Saya amat berterima kasih kepada pasukan saya dan terutamanya pelanggan setia.
“Dari personal shopper dan memiliki butik kecil sebelum ini juga saya anggap sebagai pencapaian penting dan diharap boleh menjadi inspirasi kepada orang diluar sana. Walaupun bermula dari kecil, sesiapa sahaja boleh berjaya dan maju jika mahu,” katanya lagi.
Rafidah menambah misinya untuk membolehkan semua golongan wanita dan lelaki tanpa mengira status memiliki barangan berjenama dari Amerika Syarikat seperti Coach, Michael Kors, Kate Spade dan Fossil juga sudah menjadi kenyataan.
“Dulu orang selalu anggap jenama mewah hanya untuk golongan tertentu termasuk Mak Datin. Tapi kini sebaliknya semua golongan termasuk wanita bekerjaya, sektor kerajaan seperti guru, suri rumah dan peniaga indusri kecil dan sederhana (IKS) juga boleh memilikinya.
“Kami meraikan keyakinan semua golongan tanpa prejudis. Tambah pula, dengan pelan ansuran bayaran tiga ke enam kali kami perkenalkan. Lebih banyak peluang dibuka untuk merasai pengalaman bergaya. Hanya bayar deposit, terus dapat barangan diimpikan.
“Melalui siaran lintas langsung di media sosial Facebook Page kami, Branded Handbags by Rafidah, banyak “review”, tips fesyen dan penggayaan kami kongsikan buat pelanggan. Ia bukan sekadar menjual, tetapi berkongsi ilmu dalam pemilihan beg atau tas tangan yang tepat dan ideal.
“Sempena Februari bulan ulang tahun kelahiran saya, kini juga ditawarkan kod diskaun istimewa “BR26” sebanyak RM26 untuk semua pembelian. Malah harga kami tawarkan selama ini juga boleh jimat 30 ke 50 peratus daripada premis lain,” katanya.
Wanita kelahiran Ipoh, Perak itu juga kini boleh berbangga kerana sejak tahun lalu jenamanya sudah memiliki aplikasi mobil sendiri iaitu Sellection.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Zarina Zainuddin mengakui terkejut apabila anak bongsunya, Adam,15, membelanjakan lebih RM10,000 untuk membeli tiga permainan video dalam talian.
Atas hal yang berlaku, Zarina berkata dia hilang kata-kata apabila wang simpanan sebanyak RM23,000 untuk kegunaan masa depan pendidikan anaknya itu kini hanya berbaki RM3.
“Selama ini, saya memang beri dia kad bank untuk mudahkan dia membeli data internet atau makanan dalam talian. Saya tak terfikir langsung yang dia akan menggunakan wang yang saya kumpul dalam akaun peribadinya untuk membeli permainan video itu.
“Menggigil satu badan apabila dapat tahu wang itu ‘lesap’. Adam mengaku dia membeli tiga permainan video dalam talian yang setiap satunya berharga RM3,000 hingga RM5,000,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Zarina berkongsi video di Instagram yang memperlihatkan Adam mengaku kesilapan yang dibuat dan berasa kesal dengan tindakannya itu.
Bagaimanapun, Zarina sudah memadam video itu kerana dikecam netizen yang mendakwa pelakon itu menjatuhkan air muka dan membuka aib anaknya.
Zarina berkata, dia tidak berniat untuk mengaibkan anak bongsunya itu sebaliknya mahu perkara ini menjadi iktibar dan teladan kepada ibu bapa lain.
“Saya muat naik video itu bukan suka-suka atau nak aibkan anak. Saya cuma nak bagi teladan supaya ibu bapa di luar sana mengawasi pergerakan anak-anak di rumah, lagi-lagi dalam keadaan sekarang ini macam-macam boleh berlaku.
“Saya sudah memadam hantaran itu dan saya beritahu Adam yang saya nak dia menghargai apa yang saya lakukan untuknya selama ini. Sebagai ibu saya sangat terkesan dengan benda ini tapi orang luar tak faham perasaan saya. Mereka ingat saya muat naik video untuk tujuan nak malukan dia.
“Nak malu apa? Dia bukan mencuri atau merogol anak orang. Dia cuma beli permainan video menggunakan duit dia sendiri dengan jumlah yang begitu besar. Dia mencalarkan kepercayaan saya. Jadi apa yang malunya? Mereka yang kata macam ini tiada fikiran ke?
“Takkanlah nak simpan keburukan anak. Saya kongsi supaya orang luar juga ambil langkah sama dengan memantau pergerakan anak masing-masing. Saya dah terkena, jadi saya tak mahu orang lain pun sama,” katanya.
Zarina berkata, dia sangat tegas dengan anak-anak dan jika buat salah kena mengaku kesilapan yang dibuat dan kena tanggung kesan kesalahan itu.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti dijangka, filem mengisahkan mengenai kumpulan muzik legenda, Queens serta penyanyi utamanya, Freddie Mercury, Bohemian Rhapsody muncul sebagai Filem Terbaik di Anugerah Golden Globes 2019.
Selain itu, pelakon yang melakonkan watak Freddie, iaitu Rami Malek turut diumum sebagai pelakon terbaik di anugerah tahunan.
“Saya sangat-sangat terharu kini, jantung saya berdegup sampai nak terkeluar rasanya,” katanya ketika menerima anugerah tersebut.
Apa-apapun, MH ingin berkongsi senarai penuh pemenang pada anugerah itu yang diadakan di Beverly Hill Hilton serta dihoskan oleh Sandra Oh dan Andy Samberg pada malam Ahad.
Anugerah Cecil B.DeMille -Jeff Bridge
Anugerah Carol Burnett – Carol Burnett
Filem Terbaik- Bohemian Rhapsody
Filem Terbaik Kategori Musikal/ Komedi – Green Book
Filem Terbaik Kategori Animasi – Spiderman: Into The SpiderVerse
Filem Terbaik Kategori Bahasa Asing – Roma (Mexico)
Pelakon Terbaik Filem Wanita – Glenn Close, The Wife
Pelakon Terbaik Filem Lelaki – Rami Malek, Bohemia Rhapsody
Pelakon Terbaik Filem Kategori Musikal/Komedi Wanita – Olivia Colman, The Favourite
Pelakon Terbaik Filem Kategori Musikal/Komedi Lelaki – Christian Bale, Vice
Pelakon Pembantu Wanita Filem – Regina King, If Beale Street Could Talk
Pelakon Pembantu Lelaki Filem – Mahershala Ali, Green Book
Pengarah Terbaik- Alfonso Cuaron, Roma
Skrip Terbaik Kategori Filem – Brian Currie, Peter Farelly dan Nick Vallelonga, Green Book
Lagu Original Terbaik- Shallow, The Star Is Born
Muzik Terbaik Kategori Filem – Justin Hurwitz, First Man
Drama Terbaik- The Americans (FX)
Siri Drama Terbaik – The Kominsky Methos (Netflix)
Pelakon Terbaik Wanita Kategori Drama – Sandra Oh, Killing Eve
Pelakon Terbaik Lelaki Kategori Drama- Richard Madden, Bodyguard
Drama Terbaik Kategori Musikal/Komedi- Rachel Brosnahan, The Marvelous Mrs.Maisel
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Siri- Michael Douglas, The Kominsky Method
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Patricia Clarkson, Sharp Objects
Foto/Carian Google
Sumber: Enews!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Nadiyah Shahab menyangkal sekerasnya dakwaan segelintir pihak yang menganggap kejayaan perniagaannya ketika ini banyak dibantu oleh golongan berkepentingan dalam politik serta wujud unsur kronisme.
Katanya, dia bersama suami, Ben Ali telah sedaya upaya berusaha seperti orang lain untuk membuang stigma kroni tetapi akhirnya orang tetap melabelkan mereka sebegitu.
“Memang I terasa bila orang cakap macam tu especially bila saya dan suami penat-penat plan every single things untuk pastikan orang tidak cakap kami ni kroni tapi akhirnya orang cakap juga.
“This is the first attack that we got in our business and we feel like if you have the haters it’s mean you made it. Itulah perkara positif yang saya ambil,” katanya.
Nadiah berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana super-telemovie berjudul ‘Saya Jual Ye Bang’ di GSC Signature, The Gardens, Kuala Lumpur pada Isnin.
Ketika ditanya mengapa produknya mudah untuk menembusi pasaran tempatan, ini jawab pelakon tersebut;
“Senang mereka kata? Of course it’s hurts.
“Jika anda pergi bertanya kepada semua pemilik stesen minyak, kebanyakan mereka sudah mengenali Ben kerana dia pergi ke semua stesen minyak untuk memasarkan produk kami,” katanya lagi.
Terdahulu, Nadiyah dan suaminya telah dikecam hebat oleh netizen selepas produk mereka dipromosikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq ketika mesyuarat ahli jemaah menteri di Dewan Parlimen.
Kontorversi semakin hangat selepas netizen mengetahui status Ben Ali sebagai Exco Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!