Ditegur akan perubahan pada wajah, jelas Wani Kayrie, apa yang dilihat hanyalah teknik solekan dan wajahnya masih asli tanpa sebarang pembedahan.
Katanya lagi, walaupun suka melihat wanita yang mempunyai bibir mungil, namun untuk melakukan perubahan pada wajah, tidak sekali-kali.
“Ini memang bibir original saya. Tapi saya memang tidak buat bibir. Namun saya akui suka melihat orang yang berbibir penuh. Namun untuk buat, saya takut, memang tidak.
“Kalau lain pun mungkin kerana garisan gincu yang dipakai. Saya nafikan ada melakukan perubahan pada wajah,” jelasnya sambil ketawa.
Penyanyi berusia 20 tahun ini turut mengakui kerap kali menerima komen supaya mengubah bentuk hidungnya agar lebih mancung.
“Perkara pertama yang selalu orang suruh saya buat ialah hidung kerana kecil dan comel. Tetapi ketahuilah saya suka hidung saya dan bersyukur dengan kurniaan ini.
“Lagipun teknik solekan sekarang hebat dan mampu mengubah penampilan seseorang,” katanya kepada media sewaktu sidang media Dansa Dan Sing.
Dalam perkembangan lain, Wani Kayrie menduduki tangga keenam pada minggu kedua Dansa Dan Sing dengan jumlah markah 76.27.
Dansa Dan Sing dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Hady Mirza sementara juri tetapnya terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim.
Program berkenaan bersiaran secara langsung setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI