Pelakon, Elfira Loy mengakui tugas untuk memberikan anaknya ubat sememangnya merupakan antara rutin yang agak mencabar lebih-lebih lagi apabila harus dilakukan secara berseorangan.
Menurut Elfira, setiap langkah harus disusun dengan betul demi keselesaan anaknya itu.
Katanya lagi, langkah-langkah yang dikongsikan itu juga merupakan saranan daripada pihak doktor.
“Bila kena bagi Rayyan makan ubat sorang sorang ni, memang kena perketatkan permainan kita sebagai seorang ibu.
“Pertama, balut dia dan lift his head a bit. Kedua, duduk atas dia bagi tangan tak gerak (jangan duduk betul pulak).
“Ketiga, pegang muka dia kuat kuat.
Keempat, bagi dia nganga, spray ubat near to the throat. (Near tu maksudnya dekat ye ibu ibu bukan pada)
Ads
“Cara ini jugak didemostrasikan oleh doktor. Sekian terima kasih,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Elfira menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, tugas ini menjadi agak mencabar buat dirinya memandangkan dia juga merupakan seorang yang kurang gemar untuk memakan ubat.
“Fuhhh mommy setiap kali bagi ubat , bukan sebab dia tapi sebab kaki mommy memang akan auto lemah bila tengok ubat. So ni memang cabaran paling mencabar .
Ads
“Orang yang tak suka ubat , kena bagi orang lain makan ubat,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga anaknya itu kembali sembuh seperti sedia kala.
“Normal. Bila dah mak mak, kita akan jadi macam tu.
“Sempat smile to the camera. Cute la Rayyan. Cepat sihat ya handsome boy.
Ads
“Kena try cara ni juga la. Thank you sebab share.
Thanks El for the tips,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, semalam, Elfira memaklumkan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf telah mengalami jangkitan kuman di bahagian paru-paru selepas menjalani pemeriksaan di hospital.
Anaknya itu juga dikatakan turut mengalami demam serta batuk dan selesema sejak beberapa minggu lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan.
Sumber: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Akhirnya kisah rumah tangga di antara pelakon dan usahawan, Fizo Omar bersamabekas isteri, Mawar Abd. Karim telah menemui nokhtahnya.
Pasangan ini akhirnya bercerai dengan talak satu kira-kira jam 10.55 pagi tadi Mahkamah Rendah Syariah Ulu Langat, Seksyen 9.
Apa pun, ketahui terlebih dulu mengenai 10 fakta menarik Fizo yang mungkin jarang diketahui umum.
1.Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar dilahirkan di Kota Bahru, Kelantan pada 19 Julai 1985.
2.Bukan sahaja tampan malah pelakon inj juga seorang yang bijak. Fizo memiliki Diploma Kejuteraan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis.
3.Pelakon berusia 33 tahun ini merupakan anak kedua daripada empat adik beradik dan mempunyai darah campuran Melayu, Arab dan Siam. Ayahnya berketurunan Melayu manakala ibunya pula berketurunan Siam dan Arab.
4.Menyedihkan, Ayah kepada Fizo telah kembali ke rahmatullah pada Julai 2011. Wan Omar, 80, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
5. Sejak kecil lagi, Fizo sudah terlibat secara serius bermain bola sepak ke peringkat negeri dengan mewakili negeri Kelantan dalam beberapa kejohanan yang disertai.
6.Pada tahun 2007, Fizo menyertai pencarian Hero Remaja 2007/2008 sekaligus menjadi naib juara. Juara untuk edisi berkenaan ialah Kamal Adli.
7.Selepas itu, Fizo memulakan karier sebagai seorang pelakon dan nama Fizo semakin dikenali apabila dia membintangi sebuah drama bersiri bertajuk Matahari pada tahun 2009 yang disiarkan di saluran TV3.
8. Pada 10 November 2013, Fizo Omar selamat bergelar suami kepada seorang usahawan, Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.32 pagi di Country Heights, Kajang. Fizo telah memberi mas kahwin berjumlah RM 506 kepada Mawar.
9. Fizo telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam pada 29 Disember 2017.
10. Bagaimanapun, rumah tangga Fizo telah berakhir apabila Fizo telah melafazkan lafaz cerai talak satu kepada Mawar di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat pada 10 Julai. Bagaimanapun, keduanya berpisah secara baik dan reda dengan perpisahan itu.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh Marissa Dania Hakim tampil bersuara menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengundang fitnah.
Anak kepada pasangan selebriti, pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim berusia 19 tahun itu berkata, orang ramai seharusnya menjaga setiap pertuturan dan mengelak sebarang pemikiran negatif.
“Berhenti sebarkan khabar angin dengan pelbagai spekulasi yang akan membawa kepada fitnah.
“Berhati-hati dengan apa yang anda tuturkan dan berfikir,” katanya.
Perkara tersebut dikongsikan Marissa menerusi hantaran di Insta Stories, hari ini.
Marissa turut mengingatkan supaya orang ramai seharusnya bersyukur bahawa segala aib mereka masih tersimpan rapi.
“Bersyukurlah aib kita masih dijaga Allah SWT,” ujarnya ringkas.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama atau isu yang diperkatakan, luahan Marissa dipercayai ditujukan kepada khabar angin yang bertebaran mengenai diri dan keluarganya.
Minggu lalu, suaminya iaitu Ahmad Aslam mengesahkan bayi sulungnya hasil perkahwinan dengan Marissa meninggal dunia selepas dilahirkan pada usia kandungan enam bulan.
Bahkan dalam kenyataan itu, Aslam berkata hanya orang tertentu sahaja tahu mengenai perkara berkenaan termasuk bapa mentuanya.
Rentetan daripada berita duka itu, terdapat netizen yang melemparkan kecaman selain menganggap perkara tersebut sebagai kifarah kepada tindakannya berkahwin di Thailand tanpa pengetahuan keluarga. –
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi berkongsi khabar gembira apabila memaklum dia selamat melangsungkan majlis pernikahannya bersama gadis pilihannya yang dikenali sebagai Aleesya Tajul pada Sabtu.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Khairul menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
“After 2 months and 9 days bercinta, finally! We made it,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan selebriti tempatan turut menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga pasangan ini akan kekal bahagia hingga ke Jannah.
Antara yang turut tidak ketinggalan menitipakan ucapan termasuklah rakan seperjuangan yang juga merupakan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syarin.
Dalam perkembangan lain, sebelum ini, Khairul atau popular dengan jolokan SuperKIP telah pun mengumumkan persaraannya daripada sukan permotoran meskipun usianya baru sahaja mencecah 22 tahun.
Kecederaan yang dialami Khairul sehingga memaksanya untuk memotong sebahagian jari kelengkeng dikatakan sebagai antara sebab pelumba tersebut sukar untuk kembali ke prestasi asalnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan penghargaan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang atas usaha gigih mereka dalam memadam kebakaran hutan...