Berada di tanah suci sekeluarga bagi menunaikan umrah, pelakon Rita Rudaini ada berkongsi momen dirinya bersama dua permata hati, buat tatapan peminat.
Lalu, satu perkongsian terkini dari Rita juga cukup mencuit hati apabila bintang Geng Mak-Mak itu mendedahkan, kedua ’heronya’, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, mendapat perhatian hingga ada yang mahu merakam foto bersama.
Selepas 19 tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar disahkan bercerai dengan suaminya, Azri Iskandar dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada pagi Selasa.
Memetik laporan Getaran, Ellie berkata perceraian itu terjadi kerana mereka sudah tidak serasi untuk meneruskan kehidupan bersama.
Ellie, 52, terlebih dahulu memfailkan permohonan cerai terhadap Azri, 54, sebelum bulan Ramadan tahun ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri.
“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya. Ini keputusan yang sukar tapi saya sudah fikirkan semasak-masaknya. Jodoh kami sampai sini sahaja.
“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya,” katanya.
Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Azrell Omar Azri Iskandar, 18, dan Nur Azreen, 13 tahun.
Ellie yang bakal muncul dengan filem Telaga Suriram berharap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Aina Abdul mendedahkan tiga persalinan yang digayakan pada malam pertama konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur malam tadi mempunyai signifikan yang tersendiri.
Paling mencuri tumpuan adalah busana pertama yang dikenakan Aina, 29, yang mempunyai perincian rambut sebagai material utamanya.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Gani, berkata, persalinan rona hitam tersebut terhasil menerusi perbincangan bersama penata gayanya, Abu Shaef Hamza.
“Kesemua persalinan ada ceritanya masing-masing. ‘Outfit’ yang pertama boleh dikatakan sebagai ‘the alter-ego of Aina Abdul’. Ia menggunakan lebih 150 unit rambut palsu yang diimport dan dicampur bersama rambut asli.
“Agak berat untuk dipakai tetapi selesa, kukuh. Persalinan tersebut dibuat pereka Melinda Looi.
“Sebenarnya idea untuk menggunakan material rambut sebenarnya datang hasil perbincangan bersama Abu. Ketika itu konsert ini belum lagi terjadi atau dibincangkan.
“Tetapi saya selalu beritahu Abu, saya mahu gunakan material ‘rare’ yang mana orang tak kan terfikir. Apa lagi yang boleh bagi atau dipersembahkan.
Lalu dia ada tunjukkan satu foto busana ‘baju rambut’ yang saya rekaannya belum saya tengok lagi,” katanya kepada MH.
Tambah Aina, dia bersyukur kerana mempunyai barisan ‘skuad cantik’ komited yang membawa kepada penghasilan sesuatu yang diidam-idamkan.
“Saya tertarik dan pereka yang saya terfikir ketika itu ialah Melinda Looi memandangkan beliau selalu berfikir di luar kotak.
“Sebab itulah kita panggil busana tersebut sebagai ‘The Hair Outfit’. Jujurnya saya tidak sabar untuk melihat apa reaksi peminat di luar sana dengan persalinan ‘rambut’ itu.
“Bagi saya ia persalinan yang brilliant. Tak pernah difikir orang tetapi berkat pasukan saya, kami bersama-sama seterusnya dapat menghasilkan sesuatu yang sangat berbeza,” katanya lagi.
Selain persalinan berkenaan, dua lagi busana turut digayakan Aina malam tadi iaitu gaun kembang rona jingga rekaan Zaimi Zulkafli yang menggunakan lebih 2,000 meter kain dan dres sarat tassel rekaan Rizaman Ruzaini.
Baju ilham Kuntum pula dipakai Aina khas untuk sidang media dan sesi meet and greet bersama penonton.
Beberapa persalinan unik lain bakal digayakan penyanyi lagu Semalam itu pada malam kedua, malam ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jumaat lalu, penyanyi dan pelakon Alif Satar sekali lagi menjadi viral usai Solat Jumaat apabila wajahnya sekali lagi muncul di balik para jemaah yang hadir bagi menunaikan solat Jumaat.
Malah gelagatnya yang dirakam secara spontan ketika sedang mendengar khutbah menjadi buah mulut ramai selepas sepotong video tersebut dikongsikan Alif di Instagram.
Bagaimanapun, awal semalam penyanyi Sesungguhnya Aku itu ada memuat naik foto yang dirakam bersama imam dan penceramah terkenal.
“Nervous bila harini dipanggil masuk bilik imam masjid wilayah.. macam jumpa guru besar rasa dia. ni dia orang-orang kuat dan berani jadi imam.. bukan kerja yang senang, much respect.
“Siapa yang selalu tengok ceramah agama kat youtube, 12hb ni kat masjid wilayah, ustaz famous dari Indonesia @ustadzabdulsomad akan bagi ceramah dari 9:30am-12.00pm kat Masjid wilayah.. mai ramai2 geng!,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Lalu entri berkenaan mendapat sambutan di kalangan netizen yang rata-ratanya tidak sabar untuk mengikuti majlis ceramah yang bakal diadakan.
Malah, ada juga yang membayangkan hos Anugerah Juara Lagu ke-33 lalu itu ‘dipanggil mengadap’ kerana wajahnya sering dirakam ketika sesi khutbah Jumaat dibacakan.
Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!