Berada di tanah suci sekeluarga bagi menunaikan umrah, pelakon Rita Rudaini ada berkongsi momen dirinya bersama dua permata hati, buat tatapan peminat.
Lalu, satu perkongsian terkini dari Rita juga cukup mencuit hati apabila bintang Geng Mak-Mak itu mendedahkan, kedua ’heronya’, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, mendapat perhatian hingga ada yang mahu merakam foto bersama.
“Depa ramai org suka kt sana, paling selalu kena tangkap peluk, Arjuna. Orang arab ingt anak arab, sampai mintak kt mommy nak beli.
”Ryan pon sama, org tanya dia ‘mak arab ke?’ Jenis arab gelap. Alhamdulillah ramai syg n suka depa, ramai peminat kt sana.
”Ryan diminati pakistan ‘challo beta’, #theAiritsjourney,” tulis Rita.
Posting berkenaan mendapat reaksi pelbagai peminat dan kebanyakannya terhibur dengan kapsyen yang ditulis Rita.
Foto: Instagram Rita Rudaini