Penyanyi, Ernie Zakri telah menitip ucapan hari jadi buat rakan duetnya, Syamel yang ke-26 tahun. 

Syamel atau nama lengkapnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly telah meraikan ulang tahun kelahiran di sebuah pusat karoake bersama rakan-rakan lain.

Selamat ulang tahun yang ke 26 Bang Mel! Yeay Bang Mel dah tuaaaaa! Semoga dilimpahi segala rahmat dunia akhirat.

Orang yang baik baik inshaaAllah Allah SWT jaga. Teruskan menjadi diri sendiri! Pibedayyyy,” tulisnya.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, peminat turut menitip ucapan buat penyanyi lagu Kau Pun Sama itu. 

Sementara itu, Syamel turut meluahkan rasa syukur kerana dipanjangkan usia sehingga hari ini. 

Hello from 26 years old Bangmel. Thank you for the wishes and doa.

IKLAN

“To my lovely parents terima kasih kerana membesarkan diriku dengan penuh kasih sayang. Love you guys so much,” tulisnya. 

IKLAN

Terdahulu, Ernie dan Syamel merupakan Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 (2018) menerusi lagu Aku Cinta. 

 Foto : Instagram Ernie Zakri/ Syamel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI