Pelakon Zara Zya awal semalam ada menitipkan sesuatu menerusi salah satu fotonya yang dimuat naik di Instagram.
Katanya, dia bukanlah insan sempurna. Akan tetapi dia bersyukur dengan apa adanya ketika ini.
“Siapalah saya.. saya orang yang jauh dari sempurna. Tapi saya sangat bersyukur dgn kehidupan saya dan saya tak lepas dari kelebihan dan kekurangan.
“Orang yg suka pada saya, syukur alhamdulillah. Orang yg benci saya, saya tak fikirkan. Yang penting, saya happy,” tulisnya.
Lalu, posting yang sudah pun mendapat lebih 14,000 tanda suka itu turut dihujani dengan pelbagai komen peminat dan rata-ratanya turut bersetuju dengan apa yang dikongsikan pelakon ini.
Dalam ramai yang suka, pasti akan ada yang tak berapa suka kan kita kan?
Foto: Instagram Zara Zya