Pelakon dan pelawak, Ammar Titan akui kini agak selektif dalam soal pemilihan tawaran kerja selaku anak seni.
Menurut Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan, dia kini mahu memastikan sesebuah tawaran itu berbaloi untuk diterima sesuai dengan pengalaman dan kebolehannya.
“Saya bukan memilih karya. Namun, saya perlu ambil kira sama ada tawaran tersebut berbaloi atau tidak.
“Dahulu mungkin saya terima apa sahaja jenis tawaran, tapi kini walaupun saya bukan nama besar, saya kena pastika ia berbaloi.
“Penontan hanya nampak apa yang keluar di tv sahaja. Sebaliknya, ada minyak kereta yang harus dibayar, usaha dan masa yang dihabiskan,” katanya kepada MH.
Bekas penyampai radio Hot FM itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Siapa Buka Lampu yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ads
Pada masa sama, Ammar turut memaklumkan selain bergelar anak seni, dirinya juga kini sudah pun menceburi bidang insuran.
“Ya, saya kini ejen insuran. Pada akhirnya, saya yang bayar bil saya sendiri, orang yang bercakap tidak akan membayar bil-bil saya. Melainkan mereka berikan saya tawaran kerja.
“Saya buat perkara yang harus saya lakukan,” katanya lagi.
Katanya, meskipun mempunyai reputasi sebagai selebriti, Ammar memaklumkan pekerjaan sebagai ejen insuran ini mempunyai cabaran yang tersendiri.
Ads
“Mudah atau tidak itu perkara subjektif. Bila bercakap soal insuran ini, ini turut berkait dengan kepercayaan.
“Mungkin orang sudah percaya saya sebagai seorang pelakon dan pelawak tapi mereka belum percaya saya sebagai seorang yang menguruskan kewangan.
“Saya suka pekerjaan ini kerana dapat bantu orang. Saya boleh bagi mereka jalan penyelesaian terhadap masalah mereka,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ammar menjelaskan dirinya tidak mempuyai masalah untuk membahagikan masa melaksanakan dua pekerjaan ini.
Ads
“Kerja ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Ketika aktif berlakon dahulu, ada juga tempoh yang kita tidak bekerja langsung.
“Jadi, kini saya boleh bahagikan masa. Bila kerja melibatkan lakonan dan pengacaraan, saya akan fokus. Bila saya lapang, saya boleh buat kerja insuran pula,” akhirinya.
Terdahulu, Amar merupakan antara tunjang utama filem Siapa Buka Lampu bersama-sama barisan pelakon seperti Qasrina Karim, Gheetha Ammasee, Issey Fazlisham dan Gesya Shandy.
Filem seram komedi ini merupakan karya gabungan tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia daj Thailand.
Siapa Buka Lampu yang diarahkan oleh Reka Wijaya ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 4 Julai ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jurulatih kecergasan yang juga usahawan, Coach Yin atau nama sebenarnya, Mohd Tishrin ada meluahkan rasa terhadap dakwaan yang dibuat pengasas kosmetik, Nur Sajat yang kononnya, dia mengalami lebam di bahagian lengan akibat dipukul.
Luahan tersebut diluahkan Yin di salah satu entri di Instagram, yang turut memaparkan foto bahagian lengan Sajat yang lebam.
“Pandai betul kau nk burukkan aku.tunjuk tgn lebam konon nye aku yang pukul, kau sendiri CKP y kau jatuh tangga semasa kau kt Euro.
”Bonda rozita ibu kepada Dato alif pun ad bg tahu dlm vidio dia yang mengatakan sajat jatuh. Kau nk fitnah aku, fitnah lah sajat.
”Semua org Ingat tgn kau lebam sbb aku pukul.pikir logik akal mcm mana aku pukul sampai boleh lebam mcm tu,” tulisnya.
”Kau nk aibkan aku aku xkisah,Tp xperlu nk fitnah bg tahu 1 Malaysia badan kau lebam sbb aku pukul.
”Kau sendiri jatuh, kau buat cerita y aku pukul tgn smpai lebam.kalau ko dah ad org lain terus kn lah..Cara ko lyn aku,,maki aku,aku diamm je.Tp xperlu nk fitnah aku,” maklumnya lagi.
Lelaki itu turut memuat naik beberapa posting lain selepas itu, terkait dengan kisah yang sama.
Penyanyi Baby Shima mendedahkan dia tidak faham dengan segelintir netizen yang pesimis terhadap tindakannya menyantuni lelaki warga emas yang mencari rezeki dengan menjadi penghantar makanan, baru-baru ini.
Ada yang salahertikan pertemuan tersebut dan tak kurang yang menganggap ia sebagai satu hal untuk menunjuk-nunjuk.
Menurut Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli,26, apa yang dilakukannya adalah ikhlas dan dia sendiri tidak faham ada golongan yang seolah-olah tidak suka melihat sesuatu kebaikan.
“Entahlah. Saya pun tak faham. Apa yang saya buat seolah-olah semuanya tak betul, salah.
“Apabila saya menari ada yang kecam dan maki. Bila buat baik seperti jumpa Atuk Grab pun, tetap ada sesetengahnya tak puas hati. Tetap ada yang maki. Habis tu korang nak saya buat apa?.
“Saya jumpa Atuk Grab ni memang ikhlas. Melihat keaadaannya yang sudah tua, tapi masih mencari rezeki, saya jadi sedih. Dalam keadaan sekarang dan usianya yang sudah lanjut, dia gagahkan diri juga untuk mencari rezeki.
“Salah ke saya jumpa dia untuk gembirakan dia. Saya pelik bila ada yang tak suka saya buat kebaikan,” katanya.
Shima pada masa masa akui sedih dengan apa yang berlaku.
“Saya tak kisah apa orang nak cakap atau nak tuduh bukan-bukan sehingga saya mengalami depresi, tapi bila saya buat perkara baik tetap nak kecam, agak-agak laa…
“Saya ni manusia biasa, ada hati dan perasaan. Kalau tak suka, lebih baik diam. Kalau nak komen pun, biarlah secara baik. Saya buat perkata baik kot,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial berkenaan satu video seorang lelaki warga emas yang dikatakan masih gigih bekerja menjadi penghantar makanan meski usianya sudah mencecah 68 tahun.
Perkara itu mendapat perhatian ramai selepas seorang pengguna TikTok memuat naik video tersebut di media sosial seterusnya menjadi buah mulut.
Dalam video lain dari akaun @danielashraf1370 juga, individu berkenaan sempat berborak dengan warga emas terbabit dan menurutnya sebelum ini dia menjadi penghantar pesanan dengan mengikuti perkhidmatan penghantaran lain, namun lebih serasi dengan Grab.
Menerusi video yang dirakam pemuda berkenaan,warga emas yang dikenali sebagai Pakcik Zack memaklumkan dia menanggung dua orang anak.
Kecoh di laman media sosial apabila pengacara dan usahawan Neelofa meminta suaminya, Haris Ismail untuk ‘blocked’ pengguna media sosial ketika mereka sedang bersiaran langsung di platform TikTok baru-baru ini.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, kelihatan kurang selesa dan meminta suaminnya, yang turut berada di sisinya ketika sesi live sama untuk menyekat individu yang menggunakan nama Diana itu.
Menerusi video yang tular berkenaan, pengguna TikTok tersebut seolah-olah sengaja ‘memanaskan keadaan’ dengan menulis mesej berbaur provokasi terhadap bekas hos program MeleTOP itu.
Menerusi komen berkenaan, pengguna terbabit mengatakan jika seorang lagi pelakon popular lain mengeluarkan produk inai pastinya lebih baik berbanding keluaran ibu kepada Muhamaad Bilal itu.
“Tolong block si Diana ni, serabut betul komen dia,” kata Neelofa spontan sebaik membaca komen berkenaan.
Neelofa buat TIKTOK LIVE explain tentang Innai Nunha, tapi Diana ni datang komen2. Nak tahu komen apa yang buat Neelofa block Diana — pic.twitter.com/GQLlg9WqdO
Menerusi sesi itu juga, Neelofa dan suami berkongsi tentang produk mereka serta perancangan untuk melancarkan produk penjagaan kulit (skincare) pula selepas ini.
Dalam pada itu, nama Diana juga trending dan diperkatakan oleh netizen di Twitter gara-gara hal tersebut.
Malah ada netizen yang turut berkongsi tangkap layar komen Diana yang mengaitkan nama seorang pelakon terkenal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti...