Tidak dinafikan, perkembangan teknologi semasa memberi akses buat sesiapa sahaja untuk melemparkan komen, khasnya menerusi media sosial. Sama ada komen yang diberikan itu membina atau sebaliknya, semuanya boleh dibaca semua orang.
Bagaimanapun sebagai pengguna berhemah, setiap komen perlulah diiringi dengan kata sopan dan adab untuk melontarkan apa-apa komen.
Itulah yang cuba disampaikan pelakon, Emma Maembong yang tidak berapa gemar dengan sikap segelintir netizen yang suka memberi komen secara membabi buta, lengkap dengan ayat berunsur sindiran hingga boleh menjatuhkan air muka.
Misalnya baru-baru ini, pelakon Awak Suka Saya Tak ini ada memuat naik mesej pengguna media sosial yang seakan mempertikaikan pertuturan pelakon berkenaan memandangkan dia merupakan seorang yang berdarah campuran. Malah, Emma ada memberi reaksinya sendiri berhubung isu tersebut menerusi Insta Story di Instagram.
Mengulas mengenai perkara itu, Emma tidak mahu memanjangkan isu dan baginya ia tidak perlu diperbesarkan lagi. Mungkin penguasaan Bahasa Inggeris saya tak sempurna, mungkin tak tahu cakap langsung. Tapi saya tak mahu untuk cuba dan belajar. Sekurang-kurangnya saya cuba belajar.
“Nak tegur tu tak salah. Contohnya saya selalu juga tersalu atau salah eja dalam bahasa Inggeris, tetapi ada yang tegur. Katanya sis, ejaan sis salah jadi saya betulkan balik dan ucap terima kasih.
Tak salah orang tegur sebab ia akan buat kita jadi lebih baik daripada sebelumnya. Tapi bila cara tegur macam kau dah la tak pandai apa semua cara tu tak elok.
“Kenapa perlu kecam selagi boleh cakap cara baik? Tak ada orang yang lahir terus pandai. Bayangkan orang yang dah bijak pun masih lagi belajar nak cari ilmu. Jadi siapalah kita untuk kutuk dan caci?”luah Emma ketika ditemui MH.
Dalam perkembangan lain, pelakon ini sedang sibuk menjalani penggambaran drama rantaian, Cik Sempurna selain bakal terlibat dalam projek istimewa Awak Suka Saya Tak sempena raya nanti.
Malah katanya juga, dia turut mempunyai projek filem tahun depan. Bagaimanapun ia belum boleh dijelaskan secara terperinci memandangkan masih di peringkat perbincangan.
Foto: Instagram Emma Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI