Pelakon, Rita Rudaini menasihati rakan selebriti, Bella Astillah untuk terus memberikan fokus terhadap kehidupannya dan anak-anak tanpa menghirau mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan dirinya.
Menurut Rita, mereka yang dihantui rasa bersalah akan sedaya upaya membuat dakwaan tidak benar bagi menutup kesilapan mereka sendiri.
“Bella, jalan terus. Yakinlah Allah ada dengan awak. Orang yang dikejar bayang-bayang ni memang akan cuba sedaya upaya sehabis mungkin untuk membuat macam-macam cerita.
“Tidak akan habis. Sebab bayang-bayang itu akan kejar mereka sampai kiamat. Tenang sahaja Bella. Nikmati hidup awak dengan anak-anak.
“Orang macam tu memang sampai kiamat pun tidak akan mengaku salah. Lagi nak cari jalan dan cuba mencari geng untuk putar belit supaya orang lupa kisah mereka,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Shah Alam 3000 itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Ads
Dalam pada itu, Rita turut mengingatkan Bella untuk sentiasa percaya dengan ketentuan Illahi dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan.
Katanya lagi, Allah akan sentiasa ada bersama kita dikala jatuh dan bangun.
“Tuhan itu maha adil. Satu pesan kami, jaga amanah Allah sehabis baik.
“Tak payah risau tiada pasangan untuk
jaga kita hingga tua kerana kita ada yang lebih hebat dan sentiasa menjaga kita sampai bila-bila iaitu, Allah yang Maha Pengasih.
“Jangan risau. Luka awak, Allah yang akan ubati,” kongsinya.
Ads
Sejak awal pagi tadi, nama Bella menjadi perhatian netizen selepas tular satu video diaplikasi TikTok yang mendakwa dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Muaz Zabir.
Malah, menerusi hantaran tersebut juga, turut tersebar beberapa foto mesra
dan hantaran mesej yang didakwa merupakan perbualan diantara Bella dan Muaz.
Bagaimanapun, sehingga kini, kedua-dua pihak masih belum membuat sebarang penjelasan berhubung hantaran tular tersebut.
Bella dan Muaz dikatakan pernah bekerjasama dalam sebuah drama pada September tahun
lalu.
Ads
Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Manakala pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspress namun kes itu akan disebut semula pada 4 April 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan
Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini & Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mempersoalkan mengenai ketidakhadiran heroin drama episod, Ku Akad Kau Dengan Bismillah, Sophia AlBarakbah pada sidang media naskhah berkenaan, hari ini.
Kenyataan tersebut dikongsikan Bella menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi.
“Kenapa tadi lari? Kenapa tak datang sidang media?
“Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak. Tapi saya lah orang yang paling takut nak cakap benda yang tak betul.Kenapa saya berani bagi kenyataan sebabianya sahih,” luahnya.
Menerusi hantaran sama, Bella turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama individu, dipercayai Sophia.
Antara perbualan tersebut termasuk permohonan maaf daripada individu terbabit selain mahu memperbetulkan keadaan susulan dakwaan cubaan menganggu Aliff.
Dalam masa sama, dia turut merayu supaya hal ini dirahsiakan daripada pengetahuan ibu bapanya.
Dalam pada itu, Bella akui dia tidak bercadang untuk memberikan sebarang kenyataan lanjut lagi, namun status yang didakwa ditulis individu tersebut mengundang rasa kurang kepada dirinya.
“Saya tiada perancangan nak bagi apa-apa kenyataan dah, tapibila saya tengok Sophia pun bagi kenyataan konon tak nak terbabit satu Malaysia…Tapi inilah sebabnya dia tak nak masuk campur satu Malaysia,” katanya lagi.
Bella menambah, apa yang dikongsikan itu baru sedikit.
“Ini baru 10 peratus,” tulisnya lagi.
Terdahulu Aliff tampil mengulas dakwaan ada wanita yang cuba mengganggu rumah tangganya dengan Bella Astillah.
Dalam masa sama, Aliff turut meminta individu tersebut untuk mengeluarkan kenyataan demi menjernihkan konflik yang berlaku.
Kontroversi tercetus selepas ibu kepada dua cahaya mata itu mendedahkan seorang pelakon yang didakwa berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Diana Danielle menyeru semua pihak untuk tidak mempertikaikan jumlah pemberian duit raya yang diterima di musim perayaan ini.
Menurut Diana, kita sepatutnya berasa bersyukur kerana duit raya itu diberikan atas dasar keikhlasan.
“Sekarang ini orang tak faham ke duit raya itu bukan wajib tapi salah satu bentuk sedekah yang ikut keikhlasan dan kemampuan seseorang tu.
“Seringgit ke seratus ringgit ke, enjoy sahajalah perkara baik di musim perayaan ini,” tulisnya.
Pandangan itu disuarakan sendiri oleh isteri kepada pelakon Farid Kamil itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Diana turut menyelar tindakan segelintir pihak yang merasakan diri mereka layak menerima duit raya dalam jumlah yang besar.
“Nak rasa berhak dan mempersoalkan sangat dah kenapa? Sampai kata kalau banyak ini, baik tak payah bagi. Apa ingat nafkah ke? Relax la.
“Saya pun dapat RM10 dari my uncle haritu wah rasa berbunganya. Lama tak dapat duit raya.
“Enjoy paham enjoy? Ni kerja tak puas hati sahaja memanjang,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut menasihatkan sifat meminta-minta ini harus dihentikan terutamakan sekali buat golongan anak muda dan kanak-kanak.
“Saya masih ingat, mak saya selalu pesan semasa kecil, jangan buka sampul duit raya di depan orang ramai.
“Zaman sekarang orang banyak tak bersyukur sis. Walau budak kecil pun, alahai mulut boleh tahan.
“10 ringgit mungkin kecil bagi kita namun besar untuk orang lain. Sambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran bukan nak collect duit raya. Kita dah kerja orang bagi kita terima. Selepas itu doakan si pemberi.
“Kannnnnn. Orang sekarang ni tak pandai berterima kasih. Raya pun bukan pasal duit raya tapi meraikan hari dengan gembira,” antara komen-komen netizen.
Ketika ini, isu jumlah duit raya antara topik yang hangat diperkatakan di media sosial.
Ada segelintir pihak yang mengatakan bayi yang masih kecil tidak sepatutnya diberikan jumlah yang besar sebaliknya ia patut diberikan mereka yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi.
Pada pendapat MH, terpulanglah kepada si pemberi. Sebagai penerima, kita sepatutnya bersyukur dan bergembira kerana tradisi duit raya ini masih diteruskan sehingga hari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & X Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ezzaty Abdullah memaklumkan dirinya kini terpaksa menjalani tempoh berpantang di kediaman ibu bapanya memandangkan rumahnya kini sedang didalam proses renovasi.
Bagaimanapun, khabar duka pula menimpa kedua ibu bapanya selapas mereka dilaporkan positif Covid-19.
Risau akan keselamatan cucunya, kedua ibu bapa Ezzaty memutuskan untuk keluar daripada rumah dan menjalani tempoh kuarantin di rumah neneknya yang terletak di Ampang.
Menurut pelakon drama KL Gangster Underworld ini, dia sememangnya berasa amat bersalah dengan situasi yang harus dilalui oleh kedua ibubapanya itu.
“Ya Allah, serba salah saya terpaksa berpantang di rumah parents sebab rumah saya belum siap. Bersepah dan berhabuk. Bising orang buat kerja lagi.
“Kesian baby saya kalau berpantang di rumah. Dengan tak ada dapur lagi. Tak boleh masak.
“Allah bagi ujian sebab Allah sayang. Parents saya dua-dua positif Covid-19.
“Mula-mula mereka kuarantin di tingkat atas tapi sebab risau dan terlalu sayangkan cucu-cucu, mereka yang keluar dari rumah untuk kuarantin di rumah arwah nenek saya di Ampang sebab tak ade orang di sana,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Azwan Kombos itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Ezzaty turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga ibu bapa serta seluruh ahli keluarganya dapat kembali sembuh dan terhindar daripada wabak Covid-19.
“Sedih, serba salah, terkilan, semua ade. Parents saya pula yg terpaksa keluar dari rumah mereka sendiri.
“Saya risau sangat keadaan anak-anak saya terutama baby saya yang baru dua minggu. Doakan saya dan anak-anak semua sihat dan tidak dijangkiti covid ye.
“Doakan kami semua negatif dan doakan ibu, bapa, nenek, adik dan seluruh ahli keluarga saya yang lain cepat sembuh,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Ezzaty.
Terdahulu, Ezzaty telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 11 Februari lalu.
Sekadar informasi, Azwan dan Ezzaty telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 16 Julai 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ezzaty Abdullah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!