Memuat naik kata-kata pedoman untuk dihayati, usahawan Safiey Illias berkongsi pengajaran yang bakal diperoleh mereka yang zalim di hari akhirat.
Menerusi kapsyen, Rasulullah bersabda, orang yang muflis adalah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala namun kerap berbuat kejahatan semasa hidup.
“Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”
“Para sahabat menjawab:
“Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”.
“Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati.
“Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim),” tulisnya.
Satu peringatan yang bagus untuk diamalkan.
Foto : Instagram Safiey Illias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI