Penyampai radio dan hos, Haniff Hamzah menyifatkan dia belum terfikir untuk mencari peneman hidup meski sudah tiga tahun bergelar duda.
Haniff sebaliknya mengakui, pada fasa ini dia memilih untuk mengukuhkan kewangan terlebih dulu.
“Saya tak mahu lalui ‘roller coaster’ sehingga satu tahap saya sendiri sudah selesa dengan keadaan sekitar, barulah saya akan mencari pasangan hidup.
“Lagipun pada usia 60 tahun pun saya boleh bercinta lagi. Saya yakin yang bercinta ini bukan semata-mata untuk hubungan intim saja, tapi lebih kepada kasih sayang dan saling melengkapi.
“Saya juga akui hubungan yang lebih daripada persahabatan ini juga ada pasang surutnya. Jadi saya seboleh mungkin nak elakkan benda itu buat masa ini.
Ads
“Memanglah saya boleh bangkit dan bersama tapi saya tak perlukan pengganti lagi,” katanya.
Dia bagaimanapun turut akui, episod trauma dengan kegagalan rumah tangga sebelum ini lalu sudah berjaya dilenyapkan.
Menurut Haniff, selepas menjalani dua kali sesi kaunseling bersama doktor pakar, dia bersyukur segala beban yang terbuku di hati akhirnya pulih.
Ads
“Semua orang yang melalui episod perceraian akan melalui fasa trauma. Macam mana dia layan trauma itu adalah hak dia. Sejujurnya saya dah habis layan trauma yang saya lalui.
“Saya ada berjumpa dengan doktor pakar dan mendapatkan rawatan sebanyak dua sesi di klinik berbeza. Saya bulatkan hati nak jalani rawatan itu pun sebab kawan saya yang syorkan kerana saya seorang yang kuat berahsia.
“Jadi dia nasihatkan untuk saya kongsikan segala masalah kepada individu tidak dikenali.
“Saya tak sangka selepas menceritakan segala yang terbuku di hati akhirnya saya berasa lega dan boleh ‘move on’.
Ads
“Saya juga nak cadangkan kepada pasangan yang ada masalah rumah tangga untuk mendapatkan rawatan kaunseling kerana ia sangat membantu,” katanya.
Untuk rekod, Hanif mendirikan rumah tangga dengan Wan Katherina pada 12 Jun 2010 dan bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki, Tuah Kaliff, 8, dan Jebat Kaliff, 7.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rancangan hiburan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) telah menyaksikan tiada penyingkiran, seterusnya kesemua 7 bintang berjaya mara ke pentas akhir, Ahad depan.
Bagaimanapun, para penonton sudah pasti mempunyai reaksi dan telahan sendiri mengenai persembahan bintang yang bersaing dalam pusingan semi final GV7.
Pengarah dan penerbit Michael Ang misalnya, ada memberikan pandangan terhadap persembahan kedua Noraniza Idris yang menyampaikan lagu Bollywood, Chaiyya Chaiyya nyanyian asal Sukhwinder Singh, Sapna Awasthi (petikan filem Dil Se).
Kongsi Michael menerusi laman media sosial Twitter, persembahan Noraniza padanya kurang memuaskan minggu ini.
“Omg my fav Hindustan songs Di bunuh dgn kejam oleh noraniza!!!!! Kenapa la nak pergi nyanyi Hindustan!!!
“First time dengar lagu Hindustan dgn suara sengau! Tak sedap lagu Hindustan bila suara sengau nyanyi! Sebab tu penyanyi Hindustan suara semua nyaring!,” tulisnya memberikan pendapat.
Omg my fav Hindustan songs Di bunuh dgn kejam oleh noraniza!!!!! Kenapa la nak pergi nyanyi Hindustan!!! First time dengar lagu Hindustan dgn suara sengau! Tak sedap lagu Hindustan bila suara sengau nyanyi! Sebab tu penyanyi Hindustan suara semua nyaring!
Selain Noraniza, Michael juga dilihat turut memberi reaksi terhadap persembahan beberapa bintang lain yang turut bertanding menerusi platform sama.
Terdahulu, markah Noraniza antara tiga terendah malam tadi iaitu sebanyak 55.10 peratus.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Minggu ini, GV7 menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap manakala Jay Jay dan Datuk Syafinaz Selamat sekali lagi diundang sebagai juri jemputan.
Foto: Twitter Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Izreen Azminda ada memuat naik satu rakaman video di laman media sosial Instagram baru-baru ini.
Menerusi entri berkenaan, Izreen atau nama lengkapnya Izreen Azminda Aznam kelihatan sedang berjalan sambil mengenakan baju T berlengan lengan panjang dan berseluar berwarna hitam.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian peminat dan telah meraih lebih 200,000 tontonan hingga ini.
Hasil tinjauan ke ruangan komen, ada peminat yang membuat spekulasi bintang ini kelihatan seperti sedang hamil lagi.
“Alhamdulillah baby bump,” tulis salah seorang warga maya.
“wah baby bump lah,” tulis peminat di ruangan komen.
“Tahniah dah baper bulan,” tanya peminat.
Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.
Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail bersedia untuk memaafkan anaknya itu namun tidak boleh menerima apa yang telah dilakukan pengarah itu terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana serta anak-anak mereka.
Berkongsi perkara itu di InstaStory, Patimah berkata dia terkilan apabila Syamsul dilihat lebih mempertahankan keluarga isteri keduanya, Ira Kazar berbanding Puteri Sarah.
“Sebagai ibu, saya maafkan Syamsul tapi saya tidak boleh terima apa yang dia buat kepada Puteri Sarah dan anak-anaknya untuk keluarga perempuan yang tidak bermaruah itu,” tulisnya.
Perkongsian itu seolah menggambarkan perasaan Patimah susulan pengarah kontroversi itu yang enggan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah biarpun sebelum ini kedua-duanya sudah sepakat untuk bercerai seperti mana dalam proses rundingan mereka pada 10 April lalu.
Menerusi prosiding semalam yang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Syamsul enggan melafazkan cerai kerana mendakwa Puteri Sarah enggan menarik balik kes tuntutan saman terhadap Ira serta keluarganya.
Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.
Untuk info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin,...