“Orang Yang Sakit, Dia Simpan Semuanya Dalam Senyuman,”- Isu Elyana, Netizen Kata Kalau Tunjuk Lagi Kena Kecam

Share

Berkongsi kata-kata semangat sewaktu menjadi juri Mikrofon Impian menerusi laman Instagram, Elyana menjadi inspirasi buat pesakit kanser apabila terus positif menjalani kehidupan harian.

Tersentuh apabila salah seorang peserta Mikrofon Impian ditimpa ujian kanser rahim tahap 4, ulas Elyana, apabila seseorang sakit, sedikit bahagia pun mampu membuatkan seseorang itu untuk terus bangkit dan ‘hidup’.

Disahkan mengidap kanser limfoma tahap 4, penyanyi Kalis Rindu ini berkongsi bahawa dia tidak mahu menunjukkan kesakitan kepada umum, sebaliknya lebih suka memperlihatkan sisi positif dalam diri.

“Orang Yang Sakit, Dia Simpan Semuanya Dalam Senyuman.”

Kagum dengan semangat wanita jelita ini, netizen berharap agar dia terus kuat dan terus fokus kepada perkara yang gembira.

Malah, ramai menyokong keputusannya untuk tidak berkongsi derita kerana tidak ramai yang faham dan hanya akan dituduh meminta simpati.

Foto – Instagram Elyana

Published by
Noraini Abd Wahab