Chef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik satu kisah tentang perjuangan arwah bapanya dan ‘si polan’.
Menurut perkongsian Fazley, dia telah berkongsi kisah penat lelah arwah bapa tercinta berjuang bersama Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad demi negara tercinta.
Seperti yang MH katakan, selain daripada berkongsi tentang perjuangan arwah bapanya, Fazley juga turut bercerita tentang seorang individu yang digelarkan sebagai ‘si polan’.
Kata Fazley, isterinya merupakan anak kepada si polan tersebut dan cerita yang dikongsikan oleh Fazley tentangnya membuatkan MH terperanjat seketika kerana dia disifatkan sebagai seorang yang berhati syaitan oleh chef selebriti popular ini.
“Syukur Alhamdulilah, Allah Maha Besar, tak sia sia akhirnya perjuangan arwah ayah saya dari hari pertama, bersama2 Tun Mahathir dan barisan pemimpin kanan beliau, untuk membuat perubahan demi negara tercinta. Kepada rakyat malaysia, tahniah kerana kita sama2 melaksanakan perubahan ini
Arwah ayah saya Datuk Hj Yaakob Mohammad adalah antara pelopor utama memulakan perubahan ini bersama YABhg Tun Mahathir Mohammad, Namun sayangnya beliau pergi lebih awal di kala beliau sedang sibuk turun naik bersama saya ke office Tun Mahathir. Pemergian arwah begitu mengejut tanpa sebarang masalah kesihatan dan amat misterius buat kami sekeluarga, juga sahabat handai. ‘Si Polan’ mencuba pelbagai cara untuk memastikan arwah ayah saya tidak dapat melaksanakan perjuangan beliau bersama Tun
Pelbagai halangan dan gangguan di laksanakan agar arwah ayah saya tak mampu melaksanakan tugasan2 penting beliau berjuang demi perubahan. Malahan saya dan isteri sering menjadi mangsa kekejaman si polan tanpa ada belas kasihan, namun kami sekeluarga terus tabah memperjuangkan kebenaran. Arwah ayah saya sentiasa memberi kata2 semangat, “ Fazley & Azrene, Yakinlah, Allah akan sentiasa berlaku adil, masanya akan tiba, Perjuangan kita belum selesai, perubahan harus di laksanakan”
Teringat kisah arwah ayah saya di panggil Tun Mahathir ketika arwah ayah masih lagi menjadi Pengarah JPJ Wilayah perseketuan, “Kob, can you help me manage this issue since the system that you implement in JPJ works so well?” Parti UMNO telah ‘deregister’ dan menjadi parti Haram kerana senarai ahli tidak dikemas kini dengan strategik
Dalam tempoh 24 jam arwah ayah saya meninggalkan tugasnya sebagai PTD officer dan bertugas sebagai Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Mulai saat itu setiapkali pilihanraya, saya sentiasa bersama arwah ayah membantu melaksanakan tugas2 pentadbiran dan perlaksanaan sistem keahlian. Pada ketika itu, setiap kali melihat kelibat si polan, ada juga timbul rasa kagum, namun sayangnya rasa kagum itu tidak bertahan
Nak tahu kenapa?
BERSAMBUNG DI GAMBAR KEDUA DI ATAS ???,” tulisnya dan ceritanya itu telah bersambung pada gambar–gambar yang dimuat naik olehnya.
Malah terbaru, Fazley ada memuat satu gambar bukti bagaimana ibu mertuanya itu menunjukan reaksi kurang senang bila bersamanya…
MH dapat merasakan, luahan yang dikongsikan oleh Fazley ini pasti sudah lama terbuku di hatinya dan kini segala yang dipendam begitu lama sudah dilepaskan.
Apapun, MH doakan agar keluarga Fazley sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT dan Al Fatihah buat arwah bapa tercintanya.
Semoga arwah bapa Fazley tenang di sana bersama orang-orang yang beriman.
Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob