Hos terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih selesa dengan panggilan Pak Nil ada memuat naik sekeping foto bersama pelakon, Nabila Huda di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, pengacara berusia 58 tahun ini sempat berkongsi cerita apabila bertemu empat mata bersama heroin filem Munafik itu.
Di samping memuji kejelitaan anak kepada Amy Search ini, Pak Nil turut meluahkan rasa syukur dan senang hati apabila melihat ibu kepada seorang cahaya mata itu yang kini dilihat semakin bahagia bersama keluarganya.
“Dia mmg cantik dan sgt luar biasa bakat lakonannya. Melihat kebahagiaannya berumahtangga, Paknil cakap “Org yg tak kahwin bila tengok video keluarga awak, terus nak berumahtangga.”
“Paknil bersyukur, Abil @kupu_kupu akhirnya bertemu kebahagiaan dalam kehidupannya.
“Nantikan program Hard2Heart sebuah talk show Paknil merungkai sisi terlindung seseorang personaliti setiap Khamis jam 11mlm di Astro Ria,” tulisnya sebagai kapsyen.
Program bual bicara Hard2Heart, yang akan berkongsi kisah tentang personaliti tanah air itu bersiaran setiap hari Khamis, jam 11 malam di saluran Astro Ria.
Sekadar informasi, Nabila telah mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008, namun berpisah dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila, 8.
Selepas itu, Nabila berkahwin bersama Mohd Izwan pada Disember 2015.
Foto: Instagram Aznil Haji Nawawi