Penyanyi dan pencipta lagu, Faizal Tahir mendedahkan sahabat baiknya yang juga merupakan penyanyi, Yasin Sulaiman merupakan antara individu yang paling banyak mengubah hidupnya ke arah yang lebih balik.
Menurut Faizal, dia dan Yasin sebenarnya merupakan bekas jiran di kondominium yang sama dan mereka juga sudah merancang untuk bertemu beberapa hari sebelum penyanyi tersebut ditahan.
“Saya cuba berhubung tapi tak dapat kerana telefonnya tiada bersamanya. Saya cuba hubungi peguamnya pula, mungkin mereka juga sibuk. Pada waktu seperti ini kawan-kawan memang perlukan sokongan.
“Kalau nak cerita mengenai betul atau salah, saya tak layak. Apa yang boleh saya katakan, Yasin merupakan seorang kawan atau manusia yang paling banyak mengubah hidup saya.
“Sebenarnya saya merancang untuk bertemu dengan dia beberapa hari sebelum insiden tersebut berlaku. Kemudian, dapat pula berita mengenai kes melibatkan dirinya.
“Apa yang saya cakap ini bukan kerana bias, kalau saya boleh senarai orang-orang yang mengubah hidup saya menjadi lebih baik, Yasin mungkin di top 3,” katanya kepada MH.
Faizal berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaru hasil kolaborasi bersama penganyi, Amira Othman menerusi lagu berjudul, Alah Bisa yang berlangsung di ibu kota pada Khamis.
Ads
Penyanyi lagu Sampai Syurga ini turut menambah, Yasin sememangnya memiliki keperibadian yang sangat baik dan banyak memberi impak yang mendalam buat kehidupannya.
“Saya banyak belajar mengenai kehidupan dan hal agama dengan dia. Pergi ke rumahnya saya akan belajar dan fahami maksud Al-Quran. Dia banyak memberi pengertian hidup buat saya.
“Bila jadi macam ni, saya pun sedih. Saya cakap secara jujur, demi Allah Yasin merupakan antara manusia paling baik saya pernah jumpa. Dia sangat suka memberi.
Ads
“Orang kalau jumpa dia buat pertama kali pun, mesti akan puji betapa baiknya dia. Hati dia bersih, tak pernah buruk sangka dan selalu tolong orang.
“Kalau orang kata Faizal dah lain sekarang, antara nama yang saya akan sebut adalah disebabkan Yasin,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Faizal juga turut memaklumkan dia merupakan antara individu bertanggungjawab yang menjaga Yasin ketika dia mengalami simptom bipolar pada tahun 2013.
“Saya pernah menjaga dia sewaktu dia mengalami bipolar sekitar tahun 2013. Dia tanpa segan silu berkongsi mengenai perkara tersebut.
Ads
“Nak kata susah untuk menjaga itu tidak tapi saya banyak berlajar perkara baru. Ia pengalaman berharga buat saya. Saya sangat sayang pada dia.
“Personalitinya akan berubah-ubah, jadi, saya kena banyak bersabar. Kalau tiba-tiba kena marah atau mood baik tiba-tiba bertukar, itu biasa. Hampir tiga bulan juga saya menjaga dia,” ujarnya lagi.
Mengikut pertuduhan, penyanyi popular dengan lagu Mimpi Laila yang berusia 47 tahun itu didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Utusan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Komposer dan pencipta lagu, Ajai menyifatkan dirinya amat bertuah kerana diberikan peluang untuk bekerjasama bersama penyanyi berbakat besar, Allahyarham Siti Sarah sejak daripada awal kemunculannya didalam industri seni.
Menurut Ajai, Sarah sememangnya dikurniakan bakat nyanyian yang sangat luar biasa dan dia juga berasa amat berbagga kerana berpeluang untuk menghasilkan beberapa buah lagu buat penyanyi kesukaan ramai itu.
“Usai sudah majlis kebumi Allahyarhamah Siti Sarah. Saya hanya mampu memanjatkan doa serta Al-fatihah mengiringi pemergian beliau. Saya mengenali beliau seawal kerjaya seninya.
“Peluang memberikan karya-karya ciptaan saya padanya merupakan satu penghargaan. Bekerja dengan seorang insan seni yang mempunyai kurniaan bakat yang sangat indah daripada Allah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada, Ajai turut mendedahkan dirinya juga tidak menyangka lagu duet, Semakin Benci Semakin Cinta yang diciptakan khas buat Sarah dan Shuib bakal menjadi kerjasama terakhirnya bersama penyanyi tersebut.
“Adik, kita mula dengan Kesetiaan, begitu lah sifat kamu adik. Setianya kamu sebagai seorg isteri, ibu, anak dan sahabat. Budi pekerti adik sangat indah. Yang terakhir bersama adik, untuk lagu duet bersama Suami kamu.. @shuibsepahtu.
“Rupanya itulah kenangan tawa terakhir kita. Sebesar mana kasih sayang kami padamu adik, besar lagi kasih Allah SWT yang menjemputmu hari ini,” katanya lagi.
Dikesempatan itu juga, Ajai turut menitipkan doa semoga arwah Sarah diberikan ganjaran syurga di akhirat kelak.
“Damailah kau di bumi abadi. Buat ib, kau kena kuat. Jangan sia-sia kan apa yang telah kau bina bersamanya. Demi anak-anak ib. Al-Fatihah,” akhirinya.
Sekadar informasi, lagu duet Semakin Benci Semakin Cinta merupakan hasil ciptaan sepenuhnya daripada Ajai dan kini telah pun meraih hampir 300,000 jumlah tontonan di Youtube.
Sumber: Instagram Ajai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Persembahan bertenaga yang diberikan Liza Aziz pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza 11 (GV11) malam tadi, memberi kelebihan kepadanya apabila berjaya menduduki tempat pertama dalam kalangan sembilan perserta bertanding.
Liza yang membawakan lagu hits Dolla iaitu Damelo berjaya memihat hati para juri dan menerima menerima 81.90%.
Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing disandang Dyrga Dadali dan Sheila Abdul dengan markah sebanyak 75.50% dan 72.40%.
Tiada Peserta Tersingkir!
Sementara itu, The Lima, Arrora Salwa dan Fairuz Selamat berada di kedudukan ‘bottom 3’, dengan markah sebanyak 65.30%, 59.80% dan 59.20%.
Bagaimanapun, tiada penyingkiran diumumkan malam tadi, sekali gus memberikan peluang kepada semua bintang untuk terus bersaing pada minggu hadapan.
Semak markah kesemua peserta minggu ketujuh mengikut kedudukan;
Penyanyi Wani Kayrie berkongsi satu ciapan daripada salah seorang wargamaya menerusi Twitter ke Instagram yang menjadi sorotan pada Isnin.
Wani yang kini sedang bersaing bersama sepupunya, Bella Astillah di dalam Famili Duo terhibur apabila individu berkenaan menyamakan penampilannya di dalam program itu Ahad lalu sama dengan figura iklan produk bedak popular suatu ketika dulu.
“Bincangkan… The power of makeup & hairdo by @jibsalimthemakeupartist,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis yang peminat turut sama geli hati dengan perkongsian yang dibuat selain tak kurang yang mengatakan Wani tampak ‘cute’ dan comel.
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.