Penyanyi dan pencipta lagu, Faizal Tahir mendedahkan sahabat baiknya yang juga merupakan penyanyi, Yasin Sulaiman merupakan antara individu yang paling banyak mengubah hidupnya ke arah yang lebih balik.
Menurut Faizal, dia dan Yasin sebenarnya merupakan bekas jiran di kondominium yang sama dan mereka juga sudah merancang untuk bertemu beberapa hari sebelum penyanyi tersebut ditahan.
“Saya cuba berhubung tapi tak dapat kerana telefonnya tiada bersamanya. Saya cuba hubungi peguamnya pula, mungkin mereka juga sibuk. Pada waktu seperti ini kawan-kawan memang perlukan sokongan.
“Kalau nak cerita mengenai betul atau salah, saya tak layak. Apa yang boleh saya katakan, Yasin merupakan seorang kawan atau manusia yang paling banyak mengubah hidup saya.
“Sebenarnya saya merancang untuk bertemu dengan dia beberapa hari sebelum insiden tersebut berlaku. Kemudian, dapat pula berita mengenai kes melibatkan dirinya.
“Apa yang saya cakap ini bukan kerana bias, kalau saya boleh senarai orang-orang yang mengubah hidup saya menjadi lebih baik, Yasin mungkin di top 3,” katanya kepada MH.
Faizal berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaru hasil kolaborasi bersama penganyi, Amira Othman menerusi lagu berjudul, Alah Bisa yang berlangsung di ibu kota pada Khamis.
Ads
Penyanyi lagu Sampai Syurga ini turut menambah, Yasin sememangnya memiliki keperibadian yang sangat baik dan banyak memberi impak yang mendalam buat kehidupannya.
“Saya banyak belajar mengenai kehidupan dan hal agama dengan dia. Pergi ke rumahnya saya akan belajar dan fahami maksud Al-Quran. Dia banyak memberi pengertian hidup buat saya.
“Bila jadi macam ni, saya pun sedih. Saya cakap secara jujur, demi Allah Yasin merupakan antara manusia paling baik saya pernah jumpa. Dia sangat suka memberi.
Ads
“Orang kalau jumpa dia buat pertama kali pun, mesti akan puji betapa baiknya dia. Hati dia bersih, tak pernah buruk sangka dan selalu tolong orang.
“Kalau orang kata Faizal dah lain sekarang, antara nama yang saya akan sebut adalah disebabkan Yasin,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Faizal juga turut memaklumkan dia merupakan antara individu bertanggungjawab yang menjaga Yasin ketika dia mengalami simptom bipolar pada tahun 2013.
“Saya pernah menjaga dia sewaktu dia mengalami bipolar sekitar tahun 2013. Dia tanpa segan silu berkongsi mengenai perkara tersebut.
Ads
“Nak kata susah untuk menjaga itu tidak tapi saya banyak berlajar perkara baru. Ia pengalaman berharga buat saya. Saya sangat sayang pada dia.
“Personalitinya akan berubah-ubah, jadi, saya kena banyak bersabar. Kalau tiba-tiba kena marah atau mood baik tiba-tiba bertukar, itu biasa. Hampir tiga bulan juga saya menjaga dia,” ujarnya lagi.
Mengikut pertuduhan, penyanyi popular dengan lagu Mimpi Laila yang berusia 47 tahun itu didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Utusan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh baru-baru ini apabila pasangan selebriti Justin Bieber dan Hailey Baldwin mengesahkan bahawa mereka sudah berkahwin menerusi laman media sosial masing-masing.
Apa taknya, sejak kecoh kononnya pasangan itu berkahwin dalam satu upacara ringkas Oktober lalu, kedua-dua mereka hanya mengambil langkah berdiam diri sahaja. Apa-apapun, para peminat tetap bergembira dengan berita tersebut.
Namun begitu, tahukah korang bahawa ada lagi selebriti lain yang juga mempunyai pasangan model? Malah, ada yang mencapai taraf supermodel terkenal tau!
Oleh itu, jom kita lihat 5 artis yang berpasangan dengan model di Hollywood!
1. Adam Levine dan Behati Prisloo
Mereka telah bersama sejak 2012 dan berkahwin pada tahun 2014 lagi dan ramai yang memuji Behati kerana berjaya menjinakkan Adam. Mempunyai dua orang anak perempuan iautu Dusty Rose dan Gio Grace.
2. Jason Statham dan Rosie Huntington-Whiteley
Mereka telah bersama dari tahun 2010 dan bertunang pada tahun 2016 namun tiada tanda-tanda mahu berkahwin. Pasangan itu mempunyai seorang anak, Jack Oscar yang lahir tahun lalu.
3. Marc Wahlberg dan Rhea Durham
Mereka bercinta pada tahun 2001 dan berkahwin pada tahun 2009 dalam satu majlis yang dihadiri ahli keluarga dan teman terapat sahaja. Pasangan ini mempunyai 4 orang anak iaitu Ella Rae, 15 tahun, Michael, 12 tahun, Joseph, 10 tahun dan Grace Margaret, 8 tahun.
4. Wiz Khalifa dan Winnie Harlow
Penyanyi lagu See You Again mula berpacaran dengan salah seorang peserta America’s Next Top Model musim ke-21 awal Julai lalu malah kedua-duanya juga turut mengumumkan percintaan mereka menerusi laman Instagram masing-masing
5. Bella Hadid dan The Weeknd
Mereka pernah putus sebentar sebelum ini apabila The Weeknd dilihat menjalinkan hubungan dengan penyanyi Selena Gomez namun menyambung semula hubungan cinta yang putus itu pertengahan tahun ini.
Foto/Instagram: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jep berseloroh memberi tahu, terpulang kepada rakyat Malaysia sama ada mahu memilih anak tempatan atau pemain import untuk memenangi anugerah Puskas (gol paling cantik).
“Puskas! Terpulang pada korang nak anak tempatan atau pemain import yang menang nanti,” tulisnya.
Dalam satu perlawan persahabatan, Jep yang mewakili pasukan Super Lawak FC telah menjaringkan satu gol cantik menerusi sepakan percuma dari jarak lebih 30 ela.
Jaringan cantik tersebut nyata mengejutkan ramai pihak malah, turut mendapat pujian daripada pemain Harimau Malaya di bahagian komen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat perkongsian suami kepada, Sari Yanti itu.
Buat pengetahuan, Puskas merupakan sebuah anugerah khas yang diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) untuk memberi pengiktirafan kepada pemain professional yang telah menjaringkan gol yang cantik dan unik.
Terdahulu, pemain Pahang, Herold Goulon telah mengejutkan dunia apabila telah menjaringkan gol ‘luar biasa’ menerusi sepakan percuma dari jarak lebih 60 ela.
Gol cantik tersebut telah tular dan turut tersebar di media-media antarabangsa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Tengok ayam pasti rasa nak muntah,” kata pelakon Farah Nabilah menerusi Harian Metro apabila ditanya mengenai alahan yang di alami pada awal kehamilan.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kini tidak lagi alami alahan teruk.
Terdahulu, bintang berusia 28 tahun ini Farah diijabkabulkan bersama juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember tahun lalu.
“Pada peringkat awal kehamilan saya langsung tak boleh tengok ayam. Padahal saya memang sukan makan ayam sebelum itu.
“Syukur sekarang tiada alahan teruk dan keadaan saya juga baik-baik saja,” katanya.
Sementara itu, Farah turut mengakui dia mendapati dirinya hamil sehari sebelum bertolak ke Maldives untuk berbulan madu pada Mac lalu.
“Alhamdulillah, minggu depan genap lima bulan usia kehamilan. Saya mula dapat tahu hamil sehari sebelum bertolak ke Maldives pada 9 Mac lalu,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, dia dan suami, Mohammed Amirul Yunus sebenarnya memberi masa enam bulan untuk mereka melayari bahtera rumah tangga sebelum fokus untuk menimamg cahaya mata.
“Namun, tak sangka rezeki datang secepat ini. Kami berdua sangat gembira dan teruja untuk menunggu anak pertama ini lahir.
“Insya-Allah, jika mengikut jadual saya bakal bersalin pada akhir Oktober depan. Doakan semoga semuanya dipermudahkan dan kandungan berada dalam keadaan selamat,” jelas Farah.
Terdahulu, pelakon ini mengumumkan mengenai berita itu menerusi Instagram, pada Rabu.
Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya membuat ramai peminat tersenyum manis apabila dia berkongsi berita gembira perkembangan hubungan cintanya pada hari raya kedua.Dalam satu hantaran...