Sejak akhir-akhir ini, kita sering kali mendengar keluhan segelintir ibu bapa yang kini dikatakan sudah tidak mampu lagi membeli lampin pakai buang buat anak kecil mereka terutamanya dizaman ekonomi serba mencabar ini.
Lantaran itu, pelakon, Balkisyh Semundur Khan mencadangkan supaya para ibu bapa mencari alternatif lain dengan menggantikan lampin pakai buang dengan kain napkin.
Menurut Balqish, tidak salah untuk kita kembali menggunakan teknik lama sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah kekurangan lampin pakai buang buat sementara waktu.
“Saya dapat maklumat terlalu ramai yang perlukan pampers untuk anak-anajmereka sejak saya upload di IG baru-baru ini. Saya dah berbincang dan berikan maklumat mereka yang memerlukan kepada beberapa NGO..alhamdulillah ada diantara mereka yg telah dibantu.
“Cuma yang menjadi kebimbangannya, bantuan pampers ini mungkin tak akan dapat secara kerap sebab terlalu ramai yang memerlukannya dan tambahan juga ramai orang yang dah terputus bekalan makanan dan barangan asas.
“Jadi dana peruntukan akan diutamakan untuk mereka yang amat memerlukan barangan asas dan makanan. Bagi menjamin keperluan anak-anak, saya cadangkan kita kembali kepada zaman dahulu atau #backtonature iaitu menggunakan lampin atau napkin,” tulisnya.
Katanya lagi, meskipun kaedah ini dianggap remeh pada zaman serba moden ini, namum, setidak-tidaknya ia dapat membantu para ibu bapa untuk berjimat serta mendahulukan perkara yang lebih penting seperti soal makan dan minum.
“Memang zaman sekarang ianya dianggap remeh dan kotor tapi masa kecik saya pon guna napkin nie.. Saya berasal daripada keluarga yang susah dan adik-adik saya hingga yang bongsu pon guna napkin nie.
“Kalau saya ade baby pon, saya sendiri akan buat kaedah ini supaya dapat saving memandangkan saya pon dah hilang pendapatan.
“Biarlah org nak kata apa pn, asalkan say boleh terus melangsungkan kehidupan yang tak tahu sampai bila boleh bertahan..Pitih dah makin surut bohh..kijee takdok.
“Pada saya kaedah ini bolehlah anda guna untuk sementara sahaja dan kalau ekonomi dah pulih dan pendapatan dah stabil nnt boleh guna pampers balik. Kalau tanya pd En. Google pelbagai teknik yang ada diajar dalam tu,” katanya lagi.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon yang sinonim dengan drama Mok Cun itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Balkisyh turut dilihat menitipkan doakan agar keadaan megara dapat pulih seperti bisa dalam masa terdekat.
“Orang zaman dulu atau tahun 90-an ke bawah termasok saya nie masa kecik mmg guna kaedah nie dan alhamdulillah kami helok jekk. Semua orang tengah tenat skarang. Buat masa nie kita kena ubah cara hidup kita yg tak sama dengan khidupan sebelom ini.
“Semoga kaedah #backtonature ini sedikit sebanyak boleh membantu anda yg telah kehabisan pampers. Saya doakan supaya dipermudahkan urusan kita smua dan pandemik COVID-19 ini cepat berakhir,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Balkisyh Semundur Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Teka teki dan spekulasi tentang status hubungan Mira Filzah akhirnya terjawab menerusi ruang IG Live milik pelakon itu bersama ustazah Asma’ Harun dalam Bual Bicara Santai Pengorbanan.
Menerusi siaran tersebut, pendakwah itu secara spontan bertanyakan status Mira sama ada sudah berpunya atau masih solo.
Pelakon itu secara jujur akhirnya mengakui dia kini sudah punya kekasih dan kedua-dua belah keluarga sudah membincangkan soal ikatan suami isteri.
Jelas ustazah Asma’, andai kedua belah keluarga sudah bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan, maksudnya Mira sudahpun bergelar tunangan orang menurut hukum Islam, cuma secara adatnya belum dijalankan.
Pendakwah tersebut turut mendoakan agar pelakon berusia 27 tahun itu dapat melangsungkan ikatan perkahwinan bersama pasangan pada tahun ini dan menitipkan doa kebahagiaan buat kedua-duanya.
Terdahulu, Mira Filzah dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan Wan Emir, anak seorang ahli politik dan majlis didakwa akan berlangsung sekitar Oktober 2020.
Foto : Instagram Meletop
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkunjung ke kediaman Allahyarham Siti Nur Surya Ismail di Telemong, Terengganu baru-baru ini.
Prihatin atas nasib yang menimpa keluarga arwah, Ebit dilihat mengisi masa dengan menziarahi ahli keluarga mangsa pembunuhan kejam itu.
Malah, sepotong video pendek yang merakamkan Ebit dipeluk erat bapa Allahyarham, Ismail Muda, 58, sejurus bertemu di Instagram turut menjentik hati wargamaya.
“Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis.
“Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Malah, titipan sama beserta dengan beberapa foto sekitar kunjungan turut dikongsikan Ebit menerusi Facebook, awal semalam.
“Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser.
“Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3. Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah.
“Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa. Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat,” tulis Ebit seolah-oleh mengimbas antara perkongsian dari bapa arwah.
Pilu atas apa yang berlaku, Ebit turut menyifatkan betapa berat ujian yang menimpa keluarga berkenaan.
“Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai.
“Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan. Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga,” tulisnya lagi.
Foto: Ustaz Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Zara Zya tampil menjelaskan spekulasi orang ramai bahawa kekasihnya, Hafreez Adam sudah melamarnya, baru-baru ini.
Katanya, sebentuk cincin diterimanya daripada Hafreez hanyalah sebagai hadiah hari lahirnya pada hujung Oktober lalu dan tiada niat lain.
“Sebenarnya foto yang saya memuat naik itu bukanlah memberi bayangan atau gambaran apa-apa yang mengatakan kami bakal berkahwin.
“Cuma, saya mahu berkongsi waktu-waktu gembira dengan peminat di laman sosial sahaja.
“Sejujurnya, cincin itu hanyalah hadiah hari lahir saya sahaja. Hafreez sengaja nak sambut hari kelahiran saya lewat sebab tak nak saya syak apa-apa.
“”Sudah tentulah saya terkejut dengan apa yang dia buat. Tapi lagi terkejut dapat cincin itu,” katanya kepada Mstar.
Sebelum ini, Zara memuat naik foto bersama kekasihnya dalam suasana makan malam cukup romantis serta Hafreez menyarungkan cincin di jarinya menimbulkan spekulasi bahawa pasangan tersebut bakal berkahwin dalam masa terdekat ini.
Susulan itu, pasangan tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan tidak sabar untuk melihat Zara dan Hafreez bergelar raja sehari.
Apa pun, jom ikuti kronologi percintaan mereka berdua.
1. Pasangan tersebut mula rapat ketika sama-sama membintangi drama Mona Lisa sebuah adaptasi drama Korea bertajuk Two Women’s Room. Ketika itu, ada spekulasi mengatakan bahawa percintaan mereka hanyalah gimik untuk melariskan drama sahaja, namun kedua-duanya menafikan perkara tersebut.
2.Sering kali memuat naik foto dan video bersama-sama di laman media sosial masing-masing, ramai yang sering bertanya soalan ‘bila mahu kahwin’ kepada pasangan tersebut.
3.Selain itu, Zara juga membuat kejutan semasa hari lahir Hafreez dengan memakai ‘costume teddy bear’. Comel sangat!
4.Bagaimanapun, September lalu, Zara memuat naik status di Instagram gambaran mempunyai masalah dengan teman lelakinya itu namun memadam status tersebut. Katanya, adatlah satu hubungan pasti ada pasang surutnya.
5. Terbaru, Hafreez pula membuat kejutan hari lahir buat Zara apabila memberikan sebentuk cincin sebagai hadiah buat kekasihnya itu. Romantik habislah!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.