Penyanyi, Siti Sarah mengakui berasa agak kecewa dengan sikap segelintir masyarakat masa kini yang disifatkan seperti tiada adab ketika memberikan apa sahaja pandangan.
Jelas Sarah, adab masyarakat zaman sekarang boleh dikatakan berbeza jika ingin dibandingkan dengan orang-orang yang terdahulu.
Katanya lagi, perkara seperti ini hendaklah dididik sejak di peringkat awal bermula dari dalam rumah lagi.
“Orang zaman sekarang ni ramai yang dah tak macam dulu penuh dengan adab. Tau pangkat diri cam mana nak bertutur dengan orang atasan.
“Benda macam ni berlaku dari dalam rumah sendiri. Jangan main langgar je. Tengoklah dengan siapa kita nak bercakap.
“Jangan main sembur je. Sekarang ni adab dengan ibu bapa, guru, boss macam dah hilang,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu itu menerusi satu hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Sarah turut mendedahkan dia juga berasa kurang selesa dengan sikap mudah melontarkan kata-kata carutan dan menganggap ia seperti perkara biasa.
“Tak fikir hati dan perasaan orang lain. Kalau dia cakap pernah lalu luar istana, orang dalam istana tu sangatlah beradab dan ikut protokol.
“And sorry to say kenapa orang sekarang suka hati je cakap bodoh, B***, c***** dah macam snack. Main tulis je kat social media. Kenapa eh? Mencarut tu memang gigil kalau tak sebut sehari?,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen turut senada malah ada juga yang memberikan pendapat tersendiri.
Terdahulu, media melaporkan pihak polis telah menahan Iswardy Morni pada Sabtu bagi membantu siasatan berkait kenyataannya menerusi video di laman YouTube yang didakwa berbaur sensitif terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Foto: Instagram Siti Sarah