Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad kecewa dengan sikap segelintir pihak yang mengecamnya disebabkan dia kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Menurut Uyaina, keberadaannya di Los Angeles adalah disebabkan urusan kerja dan bukannya untuk bercuti.
View this post on Instagram
“Saya terima banyak tomahan disebabkan perjalanan saya ke Amerika Syarikat sebab saya lantang tentang Palestin.
“Saya sudah berada di sini hampir dua minggu sebaik sahaja ke Cappadocia. Saya juga tidak memuat naik sebarang hantaran termasuk soal kerja.
“Saya nak tanya satu perkara, korang tak kerja ke sekarang disebabkan terlalu lantang berkenaan Palestin? Ini merupakan kerja saya untuk memuat naik hantaran di media sosial,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pengacara program Wanita Hari Ini itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, sepanjang berada di sana, dia juga bimbang tentang keselamatannya lebih-lebih lagi selepas videonya berkaitan Palestin tular di media sosial.
“Pertama sekali, saya amat bimbangkan keselamatan saya terutama sekali tentang Amerika Syarikat dan Islamofobia.
“Saya memang sangat risau sebab orang sangat mudah nak mengenalpasti agama saya kerana berhijab.
“Kedua, saya faham ramai yang akan mengecam saya kerana pergi ke US yang merupakan sekutu Israel.
“Anda tak tahu berapa banyak jenama yang saya telah tolak disebabkan mereka sokong Israel.
“Ada yang saya dah shoot. Tinggal nak post je. Saya tarik diri. Saya tanggung kerugian sendiri. Tak mengapa,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memaklumkan dirinya telah ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk di soal siasat
“Itu belum cerita macam mana marshall tahan dan soal siasat saya. Mungkin disebabkan saya berhijab dan pakaian bertutup atas bawah. Mereka ingat saya orang Arab.
“Tapi masa saya ditahan US Marshall, rasa jantung jatuh ke lantai woo. Orangnya besar. Lepas tu tengok atas bawah. Seram.
“Syukur Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku. Syukur Ya Allah. Dalam hati waktu tu ‘Ya Allah cepat la nak balik Malaysia. Cepat lah’,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Uyaina memaklumkan dirinya telah membatalkan perjalanannya ke New York sebagai langkah berjaga-jaga.
“Saya sepatutnya ke New York selepas Los Angeles tapi saya putuskan untuk pendekkan perjalanan. Jadi, saya batalkan hasrat ke New York.
“Entah lah. Ada rasa yang tak best pasal New York. Firasat saya kata jangan pergi. Jadi, saya tukar tiket penerbangan pada saat akhir,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI