Beberapa keping foto usahawan yang kini bergelar selebriti, Nur Sajat yang dilihat mengalami lebam di beberapa bahagian badan mulai tular di media sosial sejak awal semalam.
Malah beberapa status yang dikongsi menerusi Insta Stories miliknya turut mendapat perhatian ramai.
“Semuanya dah berubah, kau masih macam tu…Kau pukul aku lagi! Cukuplah setakat ini,” tulis Sajat.
Malah, Sajat turut berkongsi sekeping lagi foto yang dakwanya turut alami lebam di bahagian bawah dagu.
Sementara itu, posting yang dimuat naik Sajat kemudiannya dikaitkan dengan usahawan yang juga jurulatih kesihatan Coach Yin.
Yin awal malam tadi turut berkongsi sekeping foto dengan entri yang terkait dengan luahan rasa sebelum memadamkan posting berkenaan.
Menerusi ruangan kapsyen pada foto tersebut Coach Yin memaklumkan dirinya perlu ‘move on’ dan cukuplah berharap.
Pada masa sama, Yin menyatakan rezeki dan jodoh ditentukanNya selain turut berkongsi status berkaitan menerusi Insta Stories.
Tulisnya, orang lain tidak akan melakukan perkara tersebut tanpa sebab dan kesabaran ada batasannya.
“Move on… Cukuplah… Banyak lagi yang elok dan pandai hormat orang,” tulisnya meski tidak menyatakan nama mana-mana individu.
Serentak dengan hal berkenaan, rata-rata nerizen memberikan pelbagai respon, malah ada juga yang membayangkan ia bersifat ‘propa’ memandangkan posting awal berkaitan hal itu sudah pun dipadam.
Malah sebelum itu, ibu kepada rakan baiknya, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Rozita Ibrahim ada memuat naik video Sajat yang difahamkan telah terjatuh dari tangga ketika sedang bercuti di luar negara, baru-baru ini.
Hal tersebut dimaklumkan menerusi IG TV milik wanita berkenaan.
Apa pun yang berlaku, mendoakan semuanya diselesaikan dengan cara baik dan andai benar seperti dakwaan Sajat sebelum ini, harap ia tidak berlaku lagi.
Foto: Instagram Sajat, Sajat RTW, Bonda Rozita Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Azhan Rani memaklumkan ibunya kini masih lagi dirawat di hospital dan memerlukan pemantauan rapi selepas dilaporkan pengsan hampir tiga kali ketika di rumah.
Bagaimanapun, Azhan memberitahu keadaan ibunya sudah beransur baik dan kini sedang menjadi rawatan fisioterapi dan pemulihan.
“Mak saya sekarang berada dalam keadaan terbaring. Namun, perkembangan dia agak bagus berbanding hari pertama. Sebelum ini, dia pernah tumbang hampir tiga kali di rumah.
“Berat badan pun dah menurun secara drastik iaitu 32 kilogram tapi selera makannya sudah kembali okay.
“Ketika ini, dia tak mampu untuk duduk, berdiri dan berjalan. Kita kena ajar dia bertatih dan bertongkat.
“Mak saya masih lagi perlu diurus sebab dia masih pakai lampin 24 jam. Perlu ada orang yang jaga untuk tukar pakaian. Sekarang saya bergilir-gilir dengan adik,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini
turut mengingatkan anak-anak di luar sana untuk tidak merasa susah untuk menjaga ibu bapa yang sakit.
“Untuk menguruskan mak yang sudah tua dan sakit sememangnya bukan mudah. Apatah lagi bila anak-anak lelaki nak menjaga orang perempuan.
“Kita kena buang perasaan malu, kotor atau geli nak bersihkan najis. Buat anak-anak di luar sana, kalau kita rasa itu susah, itulah yang mak kita lalui dahulu.
“Kalau kita rasa dia menyusahkan kita, memang patut pun. Kita pun dah susahkan dia berkali-kali ganda ketika kita kecil,” ujarnya lagi.
Azhan berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis sidang media drama Budak Hostel Otanya Sewel yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Katanya lagi, dia juga sudah melihat pelbagai rakam keluarga ketika berada di hospital.
“Bila berada di hospital, saya dapat melihat keadaan ibu bapa orang lain. Ada ibu bapa yang tiada pun anak-anak datang tengok. Sampai nak suap makanan pun kena minta tolong orang lain.
“Bila orang tua sakit, janganlah ramai-ramai datang ketika waktu melawat. Orang tua yang sakit, dia tak perlukan pelawat tetapi penjaga. Jagalah, jangan datang melawat. Itu sahaja syurga yang kita ada,” katanya lagi.
Kongsinya lagi, anak-anak perlu berbincang sesama adik-beradik demi memastikan kebajikan ibu bapa sentiasa terjaga.
“Seorang anak perlu mengambil tanggungjawab yang lebih. Kalau kita kumpulkan alasan? Rasanya ibubapa kita akan terbiar.
“Orang lain yang punyai ramai adik-beradik pun akan susah nak jaga mak. Tapi alasan sebegitu tidak akan ada pada mak kita. Seorang mak boleh jaga sampai 10 orang anak.
“Saya tak anggap ini satu pengorbanan tapi ia merupakan tanggungjawab,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Riena Diana dan Keith Foo menjelaskan mereka tidak mahu tergesa-gesa untuk berkahwin dalam tempoh masa terdekat kerana masing-masing mempunyai komitmen tersendiri terhadap kerjaya.
Bagaimanapun, mereka akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga sekiranya tiba masa sesuai.
“Bukan dah tahu (tarikh), maksudnya kita dah ada perancangan tetapi tak tahu lagi bila apa semua. Tapi sudah tentu kita ambil langkah satu persatu.
“Kami tidak terburu-buru untuk ke alam perkahwinan. Kami percaya pada proses.
“Tambahan pula Keith akan jalani penggambaran drama panjang dan tidak lama lagi. Begitu juga dengan saya,” kata Riena.
Pelakon teater Andak Bertandak itu menambah, masih ada beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum fasa tersebut berlaku.
“Keith memang sentiasa memberi sokongan pada kerjaya saya. Malah sebenarnya kami berdua sebenarnya sudah bersedia untuk apa sahaja.
“Cuma sekarang ini, kami mahu fokus kepada benda-benda lain terlebih dahulu, misalhya perkara yang saya rasa saya nak explore dan buat.
“Masih dalam perbincangan sebab ada juga beberapa perkara yang saya tidak bersetuju,” katanya lagi.
Sementara itu, Keith ketika ditanya mengenai perkara sama hanya meminta doa yang baik-baik.
“Doakan yang baik-baik untuk kami. Itu sahaja,” katanya ringkas.
Terdahulu, Riena akui hubungan mereka kian rapat sejak sama-sama terlibat menerusi drama bersiri Salju Rindu pada Jun lalu.
Keith sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai empat tahun kemudian.
Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar yang kini berusia tujuh tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...