Inilah yang dikatakan pengorbanan seorang suami dalam memberikan yang terbaik buat isteri tercinta ya?
Pelakon Aeril Zafrel berkongsi kepayahan dan kesukaran yang dialami demi menghasilkan gambar terbaik buat isterinya, Wawa Zainal.
“Punya la susah nak cari angle. kalau tak sayang aku jgak tak tahula @w4w4_zainal ni.
“Korang jangan tengok gambar yg last,” tulisnya menerusi entri foto tersebut.
Gelihati melihat keletah Aeril yang dikatakan ‘over’, netizen meninggalkan pelbagai reaksi yang melucukan.
Status suami mithali yang digalas nampaknya membuatkan netizen mengintai peluang untuk menjadi isteri kedua.
“Nak jadi bini number dua boleh tak?,” kata salah seorang netizen.
Ada-ada sahaja keletah pasangan ini. Semoga berbahagia hendaknya melayari rumah tangga.
Foto : Instagram Aeril Zafrel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Hari-Hari Keluar RM150, Beli Kasut & Beg Boleh Pula?,” – Fizz Fairuz Harap Ibu Bapa Tak Berkira, Graduasi Di Hotel Demi Keselesaan
Pelakon, Datuk Fizz Fairuz berpandangan isu pihak sokolah mengadakan majlis graduasi di hotel tidak sepatutnya diperbesar sehingga ke pengetahuan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menurut Fizz atau nama sebenarnya, Mohd. Fairuz Zainal Abidin, tujuan pihak sekolah mengadakan majlis di tempat sedemikian adalah untuk memberikan keselesaan kepada pelajar itu sendiri.
“Sekolah buat dekat tempat selesa dikatakan tak sesuai. Bila buat dekat sekolah sahaja dikatakan tak ada tempat lain ke nak buat dengan panasnya.
“Adoi, semua benda tak betullah zaman sekarang ni. Untuk anak-anak, bagi
sahajalah,” tulisnya.
Pandangan itu disuarakan oleh suami kepada pelakon, Almy Nadia itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, majlis seperti ini tidak akan diadakan sekiranya tidak mendapat persetujuan ketika mesyuarat Pesatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
“Mereka buat sebab PIBG dan ibu bapa sudah setuju. Kalau tak setuju, mereka tak buat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Fizz juga berpandangan para ibu bapa tidak sepatutnya berkira untuk anak-anak sendiri.
“Setahun sekali buat. Bukan hari-hari kena keluar RM150 hingga RM250 tu. Beli beg dan kasut mahal-mahal boleh?
“Takkan untuk anak nak berkira. Pendapat saya lah,” akhirinya.
Baru-baru ini, isu mengenai majlis graduasi yang diadakan secara besar-besaran di hotel hangat diperkatakan di media sosial.
Rata-rata netizen beranggapan, majlis tersebut sememangnya membebankan para ibu bapa kerana memerlukan pembayaran yang agak tinggi.
Malah, isu ini juga telah pun mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Menurut Fadhlina, Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan majlis graduasi sekolah diadakan secara sederhana, namun meriah dan penuh penghargaan bagi meraikan semua pelajar.
Katanya lagi, perbincangan dengan ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing adalah asas kepada majlis graduasi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizz Fairuz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tipulah Kalau Saya Tak Pernah Berangan Miliki Trofi Ini,” – Nama Dijulang Sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Zul Ariffin Percaya Rezeki
Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 (FFM), Zul Ariffin menyifatkan kemenangannya malam tadi sebagai sesuatu yang istimewa, lebih-lebih lagi impian untuk menggenggam anugerah tersebut kini menjadi kenyataan.
Lebih 13 tahun terlibat dalam seni, Zul, 35, juga akui ia bukan satu perkara mudah, memandangkan aktor lain yang turut tercalon dalam kategori sama bukan calang-calang.
“Tujuh tahun lalu saya terima Anugerah Pelakon Harapan. Masih ingat lagi ketika di belakang pentas, Datuk Rosyam Nor pernah bagitahu saya ‘kalau tak dapat anugerah (Pelakon Lelaki Terbaik), aku ‘ketuk’ kau dengan trofi ini’. Alhamdulillah, akhirnya nama saya diumumkan.
“Jujurnya ia satu bukan perkara mudah untuk genggam trofi ini. Selama 13 tahun saya dalam industri dan syukur, kemenangan ini menjadi satu kenangan yang manis,” katanya.
Memegang watak sebagai ahli sukan bela diri campuran (MMA) hingga menjulang namanya sebagai pelakon terbaik, Zul juga tumpang gembira atas kejayaan Remy Ishak dan pengarah Sangkar, Kabir Bhatia yang turut menerima trofi masing-masing.
“Tipulah kalau saya tidak pernah berangan untuk miliki trofi ini. Bila jadi kenyataan, ia sesuatu yang istimewa. Remy dan Khabir pun terima anugerah malam ini dalam satu projek yang sama. ‘Beyond special’ bagi saya. Kalau Allah nak bagi rezeki.
“Nak nama tercalon dalam lima calon akhir pun bukan senang. Malah sebelum ini pun, kalau berlakon mana-mana filem harapnya ada nama tercalon. Kali ini alhamdulillah ia jadi kenyataan menerusi Sangkar,” katanya.
Ditanya mengenai emosinya saat menggeggam anugerah tersebut, Zul tidak menafikan apa yang diraih sebagai satu kejayaan peribadi.
“Terima trofi di Festival Filem Malaysia adalah sesuatu yang berprestij. Lain daripada yang lain. Mereka yang pernah menang kategori ini pun bukan calang-calang. Sekarang alhamdulillah, saya termasuk dalam senarai itu.
“Anugerah yang lain sudah tentu istimewa juga, tapi seperti yang telah saya beritahu sebelum ini, trofi Pelakon Lelaki Terbaik hampir mustahil untuk diterima. Syukur alhamdulillah,” katanya lagi.
FFM31 anjuran FINAS disiarkan secara langsung TV2 dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dapat Juga Kongsi Rezeki Tolong Ringankan Beban…,” – Hasil Jual Air, Ini Cara Amir Raja Lawak Bantu Kawan
Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak teruja apabila bisnes Air Jagung Amerreka yang diusahakannya di tepi jalan sejak 2017 lalu kini dapat memberi manfaat dengan membantu orang lain mencari pendapatan tambahan.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi menerusi Harian Metro memberitahu, dia kini turut dibantu rakan industri dalam menjalankan perniagaannya.
“Sekarang pun ada kawan saya yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja industri membantu saya berniaga. Alhamdulillah, dapat juga saya kongsi rezeki dan tolong ringankan beban keluarga kawan saya di dalam keadaannya tak boleh ‘shooting’ ketika ini.
“Walaupun risau juga terdedah dengan persekitaran kerana kes jangkitan Covid-19 yang masih lagi tinggi, tapi saya ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Jika ada pelanggan yang nak bergambar, saya minta jarakkan diri dan bersalaman pun tak boleh,” katanya.
Bintang berusia 32 tahun itu turut menambah, dia turut memasang hasrat untuk mengembangkan bisnes sekiranya ada rezeki besar selepas ini.
“Saya pun ada hasrat nak buka kafe macam kawan-kawan lain, memang teringin. Tapi, saya kena fikir banyak sudut sebab nak kena beringat untuk bayar sewa kedai dan gaji pekerja.
“Malah, melihatkan situasi pandemik yang masih teruk sekarang ini tak tahulah bila akan reda. Saya risau dengan keadaan yang tidak menentu ketika ini apabila tengok ada peniaga-peniaga kena tutup kedai sebab tak mampu nak tanggung lagi,” katanya.
Turut simpati dengan nasib peniaga yang terpaksa gulung tikar ketika pandemik ini, Amir berdoa semoga mereka berjaya untuk kembali bangkit.
Dia pada masa sama tidak berasa malu mencari rezeki menjual air di tepi jalan.
Malah, dia kini bersyukur bisnesnya itu sudah mempunyai agen dan stokis di beberapa negeri dan turut menambah perisa air baharu iaitu air epal dan tembikai susu selain jagung dan keladi yang sedia ada.
Amir juga bertuah kerana isterinya, Nur Intan Syafinaz dan keluarga menyokong penuh mengenai bisnes yang diusahakan.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber : Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI