Hampir enam tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon Bella Astillah ada memberikan sedikit tips dan pesanan dalam mencari pasangan hidup buat pengikut di laman Instagramnya.
Menurut Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, kriteria utama yang perlu dilihat dalam mencari pasangan hidup yang ideal adalah menerusi karakter serta personaliti seseorang itu.
“Anda mungkin jatuh cinta dengan seseorang kerana kecantikannya. Tapi ingatlah, kerana pada akhirnya anda akan hidup bersama karakternya (perangai) bukan kecantikannya,” tulis Bella.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan Bella.
“Cantik ayat-ayatnya.
“Sangat tepat!
“Aura positif.
“So cantik, love, love, love,” komen beberapa netizen.
Sekadar informasi, pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali dilapor berlaku curang.
Namun berkat kesabaran dan jodoh yang panjang, pasangan ini kembali rujuk dan kini sedang meniti hari-hari bahagia di samping kehadiran sepasang cahaya mata, Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2, yang menyerikan lagi perkahwinan mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.