Baru sahaja dilancarkan, lagu Haruman Terindah nyanyian PU Lokman Naufal sudah trending di YouTube untuk kategori muzik dan menjadi pilihan lagu latar di TikTok.
Pastinya, kejayaan manis tersebut memberikan kelegaan kepada mereka yang terlibat dalam pembikinan lagu berkenaan dan menganggap ini merupakan petanda positifkepada usaha yang sedang dilakukan ketika ini.
Bagi PU Lokman sendiri, dia masih terkejut dan tidak percaya lagu berkenaan boleh berada di kedudukan pertama carta trending selepas melancarkan semula lagu tersebut 7 hari yang lalu.
“Saya gembira dan bersyukur kerana peminat suka dengan Haruman Terindah. Mereka banyak meninggalkan komen positif dan menganggap apa yang kita lakukan sebagai satu usaha dakwah dalam hiburan.
“Dengan tema kasih sayang, bait-bait lirik lagu ini begitu dekat dengan pendengar. Saya bahagia apabila ramai yang tersentuh dengan lagu ini meskipun ada yang sudah mendengarnya sebelum ini lagi,” katanya bercerita.
Sebenarnya Haruman Terindah sudah pun dilancarkan pada 2020. Namun atas perbincangan dengan pihak pengurusan PU Lokman, mereka mahu merakamkan semula lagu berkenaan dengan susunan muzik yang lebih segar selain melancarkan lirik video baharu.
Ads
Pelbagai elemen baharu ditambah baik terutama susunan muzik supaya lagu berkenaan lebih catchy agar dapat menangkap halwa telinga peminat baharu yang belum mengenalinya.
“Sebenarnya pendengar juga antara sebab mengapa saya merakamkan semula lagu ini. Mereka masih suka dengan lagu ini dan mahu versi yang lebih catchy sesuai dengan peredaran masa.
Ads
“Jadi saya penuhi permintaan mereka dan tak sangka penerimaan luar biasa daripada semua pihak. Ini menunjukkan kita perlu melakukan usaha yang berterusan untuk kekal relevan,” kata pendakwah ini lagi.
Hakikat tersebut turut dizahirkan oleh Jaja Ishak selaku penerbit Haruman Terindah. Dia gembira dengan sambutan yang diberikan dan dalam masa yang sama mahu membuktikan sesebuah karya boleh kekal relevan sekiranya ada penambahbaikan dilakukan.
“Pada awalnya kita kurang yakin untuk merakamkan semula lagu ini kerana berpendapat adalah lebih wajar untuk merakamkan lagu baharu sahaja. Tapi apabila melihatkan trend di TikTok kecenderungan peminat menggunakan lagu ini, kita yakin dengan keputusan ini.
Ads
“Akhirnya lagu ini trending di YouTube dan turut mendapat sambutan di TikTok. Ini yang membuatkan saya yakin untuk terus melabur dalam mana-mana pembikinan karya kreatif dalam bidang muzik,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Jaja tidak menolak kemungkinan untuk terus mencari bakat-bakat baharu untuk diketengahkan. Dia sendiri sebelum ini sudah menerbitkan beberapa lagu termasuklah Takdir nyanyian Aliff Iskandar, Teguh Mimpi (Lakaa Idris) dan beberapa karya lain lagi.
Tidak pernah meletakkan sebarang syarat khusus dalam mencari bakat baharu, Jaja yang juga merupakan penerbit drama yakin sesiapa sahaja boleh berjaya sekiranya mereka berusaha keras untuk mengejar mimpi.
“Saya hanya membantu mereka mencapai cita-cita. Kalau ada yang berminat untuk bekerjasama dengan saya, silakan tampil. Mana tahu kalian pula akan menjadi bintang besar masa hadapan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang kini aktif berniaga nasi ayam tidak dapat menahan sebak apabila tidak menyangka jualannya akan ‘licin’ lebih awal sekaligus tidak mampu memenuhi semua permintaan para pelanggan.
Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi menerusi video yang dikongsikan di Instagram juga berkali-kali memohon maaf kepada pembeli yang beratur tetapi terpaksa pulang dengan tangan kosong.
“Assalamualaikum semua, saya rasa sedih hari ini sebab jualan saya habis awal lagi. Jadi saya nak minta maaf pada yang datang tapi tak sempat. Yang teks tapi saya tak sempat nak balas.
“Saya minta maaf sangat-sangat kalau ada yang kecewa. Lain kali saya buat lebih banyak untuk semua orang,” katanya.
Menerusi video sama, Faye antara lain menjelaskan tangisannya bukan untuk menagih simpati, namun rasa serba salah susulan memikirkan perasaan pelanggan.
“Saya (menangis) bukan untuk minta belas kasihan tetapi saya tak boleh nak jelaskan kepada semua. Jadi saya lakukan sesi ‘live’ ini, siapa yang tonton… tontonlah.
“Saya minta maaf ya, yang tak sempat… ada seorang pakcik sampai dua kali dah dia datang, namun tak sempat juga. Saya minta maaf sangat, saya kecewakan orang,” katanya lagi.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 100,000 di platform Instagram Faye.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi nasyid, Fakhrul Unic berkongsi rakaman lucu sewaktu menerima panggilan telefon daripada seorang kanak-kanak untuk program Sahabat Ramadan.
Jelasnya, kadang kala rasa lucu itu datang tidak diundang.
Sewaktu disoal nama pemanggil, kanak-kanak itu mempersoalkan bukankah namanya telah dipaparkan di kaca televisyen. Fakhrul seraya berseloroh dan ‘memarahi’ dirinya supaya membaca sendiri nama yang tertera.
Dan di akhir panggilan, rancangan terpaksa diberhentikan dan diteruskan ke iklan komersial kerana hos dan kru sudah tidak mampu menahan tawa.
“Rasa klakar tu dtg kadang tak di undang
“Sy perati je dak ni jawab..barai, satu studio, krew2 cameraman smua dh gelak..FM @syazwannordin lari keluar studio..member dua2 dh tahan gelak truk, try control lg..last2 mana tahan.
“Terus trpaksa throw iklan, padahal belum lg patutnya.
#sahabatramadan minggu last dah..setiap hari 5.30 ptg di astro oasis k,” kongsinya di Instagram.
Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Bo Ra disahkan telah bercerai dengan suaminya yang juga pengarah filem, Jo Ba Reun, kurang daripada setahun selepas mendirikan...